Friday, July 16, 2021

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang tamu sebagai hiasan. Pokok hiasan dalam rumah bukan sekadar untuk rumah kelihatan cantik, malah boleh membantu peredaran udara di dalam rumah secara semula jadi dengan cara pokok menyedut karbon dioksida dan melepaskan oksigen. 

Jadi kita bertukarlah kepada tanaman yang hidup, kos penanaman dan penjagaan sangat rendah berbanding membeli pokok bunga hiasan palsu. Selain itu, antara manfaat dan kelebihan lain yang terdapat pada pokok hiasan ialah: 


  • Mengurangkan kemurungan

  • Membantu peredaran udara dalam rumah

  • Membantu memori dan kesihatan mental

  • Mengurangkan kesan cuaca panas



  1. Pokok lily Paris atau spider plant

  • Pokok Lily paris (Chlorophytum comosum) tergolong dalam tanaman hiasan dan berasal daripada Afrika Selatan dengan mempunyai ciri-ciri daun yang ramping serupa pedang. 

  • Nama lain untuk Lily paris ialah ‘spider plant’ kerana tanaman ini memiliki bentuk daun yang panjang dan melengkung dengan banyak mirip seperti kaki labah-labah. 

  • Mempunyai bentuk seperti rumput dan warna daun yang cantik.

  • Banyak kebaikan menanam pokok bunga ini di dalam rumah. Antaranya: 

  • Menghasilkan oksigen dan pengudaraan yang baik di dalam rumah dengan cara memberi kesegaran untuk kita bernafas dan menghirup udara yang sihat.

  • Menghilangkan racun ‘formaldehida’ dan ‘xylene’ yang berasal daripada cat dinding serta perabot. 


  • Cara Tanam:

  1. Membiak menggunakan keratan dahan (sulur)

  • Jika pokok sudah cukup umur, tanaman akan mengeluarkan sulur atau akar dan di ujungnya akan tumbuh tanaman baru berukuran kecil dengan bentuk yang sama seperti induknya. 

  • Jika pokok ditanam di dalam pasu bergantung, ia akan tumbuh berjuntai ke bawah dan seperti anak labah-labah.

  • Jika anak pokok bergantung menyentuh tanah, ia menyebabkan anak pokok lily paris tumbuh yang baru dan boleh dipindahkan ke pot atau pasu lain. 

  • Pisahkan sebahagian sulur dari induknya, pisahkan menggunakan gunting dan potong secara menyerong.

  • Rendamkan ke dalam air dan biarkan sementara untuk proses pengakaran sebelum menanamnya.




  1. Menyediakan media tanaman

  • Menggunakan campuran tanah humus, pasir dan baja Milagro dengan nisbah 2:2:1. 

  • Lily paris sangat mudah beradaptasi dengan sekeliling untuk membesar.


  1. Tanam di dalam pasu raya

  • Masukkan campuran tanah ke dalam pasu mengikut saiz pasu (jangan terlalu penuh), buatkan lubang sedalam 5 inci dan tanamkan anak pokok ke dalam pasu. 


  1. Menyiram 

  • Penyiraman dilakukan secukupnya 1 kali sehari kerana pokok paris lily tidak memerlukan banyak air dan pencahayaan.


  1. Penjagaan

  • Pokok hiasan ini sangat mudah dijaga tanpa penjagaan rapi dari segi penyiraman kecuali perlu memangkas anak pokok yang sudah berjuntai seperti labah-labah untuk kelihatan cantik.

  • Pokok ini perlu dibaja 2 minggu sekali dengan cara tabur satu sudu baja MilAgro dan gemburkan tanah supaya sebati.

  • Jangan lupa untuk aktiviti merumput jika ada rumput yang tumbuh disekeliling pokok kerana rumput akn mengganggu pembesaran pokok (rumput telah menyerap nutrien yang ada di dalam tanah). 



  1. Chinese evergreen 


  • Pokok bunga ‘Chinese evergreen’  mempunyai banyak jenis mengikut warna, bentuk dan daun yang berbeza.  

  • Nama saintifik pokok hiasan ini ialah ‘Aglaonema’. Tumbuhan ini akan tumbuh dengan baik ditempat kelembapan tanah dan ruang yang tinggi dan memerlukan cahaya matahari yang rendah.

  • Pokok hiasan ini juga berfungsi sebagai memberi pengudaraan yang baik dan segar didalam rumah.

  • Terdapat beberapa Aglaonema yang senang ditanam di Malaysia. Antaranya ialah:

                                   

               *Emerald                              

                                                                                                                                                            

                 *Adelia                                  


              *Cinta                                      *Siam Aurora


  • Cara Tanam:

  1. Menggunakan anak pokok yang tumbuh dibawah induk pokok.

  • Ambil anak pokok yang hidup di induk pokok secara berhati-hati tanpa merosakkan daun dan batang pokok.

  • Cabutkan perlahan-lahan anak pokok sehingga menampakkan akar pokok.

  • Pastikan anak pokok sudah mempunyai 3 helai daun dan pastikan induk mempunyai akar yang kuat untuk hidup

  • Rendamkan  akar anak pokok ke dalam air sementara waktu sebelum proses penanaman (supaya pokok tidak terhidrat dan kekurangan air).


  1. Menyediakan media tanaman

  • Menggunakan campuran tanah humus, pasir dan baja MilAgro dengan nisbah 3:1:1.

  • Campurkan kesemua campuran dengan sebati


  1. Tanam di dalam pasu raya

  • Proses pemindahan anak pokok ke dalam pasu perlu dilakukan di awal pagi sebelum jam 10 pagi untuk mengelakkan pokok terkejut ditempat baru

  • Isikan tanah campuran ke dalam pasu sebanyak ¾ dan buatkan lubang berukuran 5 inci kedalam dan diameter  2-3 inci.

  • Tanamkan anak pokok yang direndam ke dalam lubang yang dibuat dan timbuskan dengan tanah. Siramkan anak pokok dan letak ditempat yang teduh.


  1. Menyiram 

  • Pokok ini tidak memerlukan air yang terlalu banyak tetapi memerlukan tanah yang lembap. Anak pokok perlu disiram 1 kali sehari di awal pagi 

  • Jika tidak siram 2-3 hari tidak mengapa kerana vermiculite berfungsi memegang air dan membebaskan secara perlahan (slow release).


  1. Penjagaan

  • Proses pembajaan perlu dilakukan 2 minggu sekali dengan cara tabur satu sudu baja MilAgro di permukaan tanah dan gembur tanah tersebut.

  • Jangan biarkan air bergenang di dalam pasu kerana akan menyebabkan air tersumbat dan mengganggu pokok membesar.



  1. Lily damai (Peace Lily)

  • Pokok bunga peace lily merupakan pokok hiasan dari keluarga Araceae (keluarga keladi). Kenapa dipanggil peace lily? kerana bunga sama dengan bunga calla lily.

 

  • Ia memerlukan lokasi ditempat yang teduh dan suhu yang tetap untuk hidup dengan baik.

  • Tumbuhan ini tidak memerlukan air dan cahaya matahari yang banyak dan tidak tahan kepada suhu 45 C.

  • Terdapat banyak fungsi menanam pokok bunga ini di dalam rumah. Antaranya, dapat menapis udara dalam rumah daripada pencemaran Benzin dan Formaldehid yang terdapat dalam cat.



  • Cara Tanam:

  1. Membiak menggunakan anak pokok daripada induk

  • Ambil anak pokok daripada induk yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 helai daun

  • Pastikan anak pokok sihat dan akar tiada jangkitan daripada kulat

  • Cabutkan anak pokok secara perlahan-lahan tanpa merosakkan akar

  • Rendamkan anak pokok didalam air untuk sementara waktu sebelum dipindahkan ke dalam pasu (hanya akar yang direndam).



  1. Menyediakan media tanaman

  • Menggunakan campuran tanah humus, sabut kelapa (cocopeat) dan baja MilAgro.

  • Dengan nisbah 3:1:1 

  • Fungsi sabut kelapa ialah menyimpan air, mengemburkan tanah dengan pH nuetral dan boleh digunakan berkali-kali dan menyokong pertumbuhan akar dengan cepat dan baik.


  1. Tanam di dalam pasu raya

  • Pindahkan anak pokok ke dalam pasu diawal pagi untuk mengelakkan pokok layu dan terbantut apabila dipindahkan.

  • Isikan tanah campuran ke dalam pasu ¾ dan buatkan lubang berukuran 10 cm kedalaman dan diameter.

  • Tanamkan anak pokok dan timbuskan dengan tanah

  • Siramkan anak pokok dan letakkan ditempat teduh



  1. Menyiram 

  • Pokok hiasan ini memerlukan air yang secukupnya untuk mengelakkan pokok daripada layu

  • Siramkan pokok 2 kali sehari diwaktu pagi dan petang


  1. Penjagaan

  • Pokok jangan didedahkan kepada cahaya matahari secara langsung dengan terlalu lama

  • Pokok perlu dibaja dengan baja MilAgro sebanyak 1 sudu untuk 2 minggu sekali. Selepas membaja perlukan gemburkan tanah 

  • Lakukan aktiviti merumput jika ada rumput tumbuh dikawasan tanaman


Kesimpulannya, rumah yang cantik mestilah memerlukan pemandangan yang cantik dan menyegarkan mata, lagi-lagi waktu hari raya ini. Pokok hiasan tanaman indoor mempunyai kelebihan tersendiri, keperluan air juga berbeza untuk setiap pokok.  

 

Begitu juga dari segi nutrien setiap pokok adalah berbeza. Penjagaan untuk pokok hiasan indoor sangat mudah dijaga dari segi penyiraman, pembajaan, pembersihan pot dan merumput, sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjaga pokok setiap hari. Ayuh la pindah ke tanaman pokok bunga yang hidup berbanding tanaman palsu.

 

Semoga bermanfaat untuk mereka yang sukakan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik mata memandang apabila duduk di ruang tamu. Selamat mencuba dan selamat bercucuk tanam.  

 

Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda. Yang ingin mengetahui teknik & penjagaan tanaman pokok hiasan di dalam rumah. Anda suka bercucuk tanam! Kita geng!  

 

Join group facebook Geng Kebun Organik 😍

 

 

Thursday, July 15, 2021

DIY TIANG TURUS SEBAGAI PENYOKONG DAHAN POKOK HIASAN MENJALAR MENGGUNAKAN BAHAN TERPAKAI

 


Pokok hiasan yang menjalar kita di rumah hidup subur dan cantik, tapi mata memandang tak sedap sebab kita letak sokongan ranting kayu sahaja untuk dahan pokok menjalar. Kayu yang kita pakai pun cepat reput, nak kena tukar ranting lain dan bentuk semula dahan pokok tu. Dah mengambil masa dan tenaga kita. Jadi kita cipta penyokong yang sesuai untuk dahan pokok menjalar. Antara jenis-jenis pokok yang menjalar untuk pokok hiasan dalam rumah (indoor) ialah:


1. Golden Pothos @ money plant (sirih gading tahan lasak)  

2. Monstera Andansonii (Daun keladi berlubang)


3. Keladi hijau silver

4. Pokok Hati (Philodendron)

4. Pokok Hati (Philodendron)


  1. Pokok anak keladi menjalar gantung @ White butterfly @ caladium live plant (syngonium podophyllum)


Kadang pokok hiasan menjalar ini kita tak letak tiang atau kayu sokongan, kita gantungkan pokok tersebut dan dahan akan hidup ke bawah melandai. Gunakan kaedah gantung untuk pokok nampak cantik. Ikut kreativiti masing-masing, anda nak gantung atau nak letak tiang untuk dahan menjalar. 



BAHAN-BAHAN:

  1. Pipe PVC

  2. Tali DIY @ sabut kelapa

  • Jika gunakan sabut kelapa anda perlukan jaring sekali untuk kedapkan atau bentukkan sabut kelapa memegang pada paip PVC

  • Anda nak gunakan sabut kelapa juga boleh, satukan sabut kelapa menjadi satu bentuk panjang dan gumpalkan. Letakkan sabut kelapa keliling paip PVC


  1. Hot glue gun

  2. Tali rapia

  3. Gunting

  4. Pokok hiasan menjalar

  • Golden Pothos (sirih gading tahan lasak)



CARA-CARA:


  1. Sediakan paip PVC dengan panjang ½ meter


🍀Panjang paip PVC ikut anda hendak berapa panjang

🍀Gunakan saiz diameter ½ inci (15 mm) . Nak gunakan 1 inci (25 mm) pun boleh.

🍀Anda nak gunakan paip PVC yang bocor pon boleh

🍀Kalau tiada paip PVC, anda boleh pakai poly paip juga boleh. Ambil saiz yang kecil

🍀Nak gunakan tiang besi pon boleh.

🍀Kegunaan Paip PVC ini sebagai tiang kukuh untuk dahan menjalar 



  1. Panaskan hot glue gun dan tampalkan tali DIY pada Paip PVC

🍀Panaskan hot glue gun dalam masa 2-3 minit

🍀Letakkan hot glue gun di bahagian atas paip PVC

🍀Cepat-cepat letakkan tali dan tekankan ia menggunakan kepala gunting

🍀Letakkan lagi hot glue gun di atas tali, untuk memberi ketahanan pada tali supaya tak tercabut


  1. Gulungkan tali di keliling paip PVC

🍀Gulungkan tali daripada atas ke bawah mengelilingi paip PVC

🍀Pastikan tali rapat satu sama lain

🍀Gulungkan tali ¾ paip pvc, tidak perlu sampai hujung paip PVC. 

🍀Sebab yang bahagian bawah kita nak tanamkan dalam pasu

🍀Tampalkan hujung tali dengan hot glue gun seperti langkah di awal tadi.


🍀Jika nak gunakan sabut kelapa pun boleh, sabut kelapa akan memberi kelembapan pada pokok. Akar pokok akan hidup dalam sabut kelapa 


🍀Akar pokok akan memegang tiang penyokong dengan kuat jika pakai sabut kelapa

🍀Menggunakan sabut kelapa ada dua kaedah: 



i. Satukan sabut kelapa menjadi satu bentuk panjang dan gumpalkan. Letakkan sabut kelapa yang digumpal keliling paip PVC


ii. Gunakan jaring untuk menahan dan membentuk sabut kelapa berpegang pada paip PVC. Anda nak ikatkan keliling sabut kelapa juga boleh. Jika tiada jaring.



  1. Cucukkan paip PVC di tengah-tengah pasu pokok

🍀Tanamkan paip PVC di tengah-tengah pasu tanaman

🍀Pastikan tiang stabil dan mampatkan tanah tanaman untuk elak tiang jatuh


  1. Letakkan dahan pokok dikeliling tiang dan ikatkan 

🍀Tanamkan pokok hiasan menjalar dan letakkan dahan pokok dikeliling tiang

🍀Ikatkan dengan tali untuk dahan terus bertahan pada tiang 

🍀Selepas 2-3 minggu tali boleh dicabut, pastikan akar pada dahan pokok sudah berpegang teguh pada tiang. Barulah anda cabut

🍀Jangan ikat terlalu ketat untuk elakkan dahan pokok tercedera dan sukar bernafas. Kerana dahan pokok merupakan saluran untuk pokok menerima air dan nutrien

🍀Jika ikat terlalu ketat akan mengganggu pokok mendapatkan sumber nutrien dan air ke bahagian yang lain

🍀Pada batang pokok mempunyai dua saluran untuk air dan nutrien masuk kebahagian lain seperti daun, bunga dan buah.


🍀Phloem untuk mengangkut makanan atau nutrien ke bahagian pokok dan membantu dalam proses fotosintesis untuk pokok membuat makanan

🍀mempunyai 2 laluan untuk nutrien diserap daripada tanah melalui akar pergi ke bahagian daun, buah dan bunga. Satu lagi laluan pokok akan mengeluarkan oksigen di siang hari dan menyerap karbon dioksida untuk proses fotosintesis

🍀Pada waktu malam sesetengah pokok akan melepaskan karbon dioksida dan menyerap oksigen untuk proses respirasi


🍀Xilem pula untuk mengangkut air dan mineral ke bahagian pokok

🍀Mempunyai satu laluan sahaja 


🍀Elakkan penggunaan dawai besi, kerana dawai besi akan berkarat dan merosakkan dahan pokok




TIPS PENTING:


Pastikan tiang kukuh di didalam pasu supaya tiang tidak terjatuh. Cucukkan tiang bersama dengan tanah di dalam pasu. Gunakan tali yang berbulu dan sabut kelapa untuk akar pokok memegang dan mencengkam atau memanjat tiang, kerana sabut kelapa lebih mudah untuk akar pokok memasuki dan menjalar di dalam sabut kelapa dan akan memberi kelembapan pada akar pokok. Sesuai untuk tanaman indoor. Ikatkan dahan pokok pada tiang jangan terlalu ketat untuk mengelakkan pokok mati kerana saluran air dan nutrien tersangkut. Jika hendak membaja pokok, pastikan anda pegang tiang tersebut semasa mengembur tanah.


Q&A:

  1. Boleh ke pakai untuk selain pokok hiasan. Contohnya pokok buah menjalar seperti terung, timun, pokok letup, sacha inchi dan sebagainya.

  • Boleh juga, tapi kurang sesuai. Kaedah ini lebih sesuai untuk pokok hiasan supaya nampak lebih cantik dan sedap mata memandang

  • Untuk sokongan pokok buah-buahan menjalar kebiasaanya menggunakan pancang sama ada bentuk segi tiga atau segi empat, mengikut jenis tanaman.



🍀Kaedah ini sangat sesuai untuk tanaman indoor untuk mereka yang suka menghias halaman rumah atau meletakkan pokok hiasan hidup di dalam rumah supaya kelihatan cantik, rapi dan sedap mata memandang


🍀Sangat mudah, cepat dan menarik untuk kita lakukan di rumah. Lagi-lagi PKP ni kita luangkan masa membuat DIY ni. Gunakan bahan yang ada di rumah sahaja. Kita hias tanaman kita cantik-cantik supaya kelihatan menarik.


🍀Semoga bermanfaat untuk mereka yang sukakan tanaman hiasan menjalar supaya kelihatan cantik mata memandang. Selamat mencuba dan selamat bercucuk tanam. 


🍀Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda. Yang ingin ketahui DIY tiang turus sebagai penyokong dahan pokok hiasan unrtuk menjalar. anda suka bercucuk tanam! Kita geng! 


🍀Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍


3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...