Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang tamu sebagai hiasan. Pokok hiasan dalam rumah bukan sekadar untuk rumah kelihatan cantik, malah boleh membantu peredaran udara di dalam rumah secara semula jadi dengan cara pokok menyedut karbon dioksida dan melepaskan oksigen.
Jadi kita bertukarlah kepada tanaman yang hidup, kos penanaman dan penjagaan sangat rendah berbanding membeli pokok bunga hiasan palsu. Selain itu, antara manfaat dan kelebihan lain yang terdapat pada pokok hiasan ialah:
Mengurangkan kemurungan
Membantu peredaran udara dalam rumah
Membantu memori dan kesihatan mental
Mengurangkan kesan cuaca panas
Pokok lily Paris atau spider plant
Pokok Lily paris (Chlorophytum comosum) tergolong dalam tanaman hiasan dan berasal daripada Afrika Selatan dengan mempunyai ciri-ciri daun yang ramping serupa pedang.
Nama lain untuk Lily paris ialah ‘spider plant’ kerana tanaman ini memiliki bentuk daun yang panjang dan melengkung dengan banyak mirip seperti kaki labah-labah.
Mempunyai bentuk seperti rumput dan warna daun yang cantik.
Banyak kebaikan menanam pokok bunga ini di dalam rumah. Antaranya:
Menghasilkan oksigen dan pengudaraan yang baik di dalam rumah dengan cara memberi kesegaran untuk kita bernafas dan menghirup udara yang sihat.
Menghilangkan racun ‘formaldehida’ dan ‘xylene’ yang berasal daripada cat dinding serta perabot.
Cara Tanam:
Membiak menggunakan keratan dahan (sulur)
Jika pokok sudah cukup umur, tanaman akan mengeluarkan sulur atau akar dan di ujungnya akan tumbuh tanaman baru berukuran kecil dengan bentuk yang sama seperti induknya.
Jika pokok ditanam di dalam pasu bergantung, ia akan tumbuh berjuntai ke bawah dan seperti anak labah-labah.
Jika anak pokok bergantung menyentuh tanah, ia menyebabkan anak pokok lily paris tumbuh yang baru dan boleh dipindahkan ke pot atau pasu lain.
Pisahkan sebahagian sulur dari induknya, pisahkan menggunakan gunting dan potong secara menyerong.
Rendamkan ke dalam air dan biarkan sementara untuk proses pengakaran sebelum menanamnya.
Menyediakan media tanaman
Menggunakan campuran tanah humus, pasir dan baja Milagro dengan nisbah 2:2:1.
Lily paris sangat mudah beradaptasi dengan sekeliling untuk membesar.
Tanam di dalam pasu raya
Masukkan campuran tanah ke dalam pasu mengikut saiz pasu (jangan terlalu penuh), buatkan lubang sedalam 5 inci dan tanamkan anak pokok ke dalam pasu.
Menyiram
Penyiraman dilakukan secukupnya 1 kali sehari kerana pokok paris lily tidak memerlukan banyak air dan pencahayaan.
Penjagaan
Pokok hiasan ini sangat mudah dijaga tanpa penjagaan rapi dari segi penyiraman kecuali perlu memangkas anak pokok yang sudah berjuntai seperti labah-labah untuk kelihatan cantik.
Pokok ini perlu dibaja 2 minggu sekali dengan cara tabur satu sudu baja MilAgro dan gemburkan tanah supaya sebati.
Jangan lupa untuk aktiviti merumput jika ada rumput yang tumbuh disekeliling pokok kerana rumput akn mengganggu pembesaran pokok (rumput telah menyerap nutrien yang ada di dalam tanah).
Chinese evergreen
Pokok bunga ‘Chinese evergreen’ mempunyai banyak jenis mengikut warna, bentuk dan daun yang berbeza.
Nama saintifik pokok hiasan ini ialah ‘Aglaonema’. Tumbuhan ini akan tumbuh dengan baik ditempat kelembapan tanah dan ruang yang tinggi dan memerlukan cahaya matahari yang rendah.
Pokok hiasan ini juga berfungsi sebagai memberi pengudaraan yang baik dan segar didalam rumah.
Terdapat beberapa Aglaonema yang senang ditanam di Malaysia. Antaranya ialah:
*Emerald
*Adelia
*Cinta *Siam Aurora
Cara Tanam:
Menggunakan anak pokok yang tumbuh dibawah induk pokok.
Ambil anak pokok yang hidup di induk pokok secara berhati-hati tanpa merosakkan daun dan batang pokok.
Cabutkan perlahan-lahan anak pokok sehingga menampakkan akar pokok.
Pastikan anak pokok sudah mempunyai 3 helai daun dan pastikan induk mempunyai akar yang kuat untuk hidup
Rendamkan akar anak pokok ke dalam air sementara waktu sebelum proses penanaman (supaya pokok tidak terhidrat dan kekurangan air).
Menyediakan media tanaman
Menggunakan campuran tanah humus, pasir dan baja MilAgro dengan nisbah 3:1:1.
Campurkan kesemua campuran dengan sebati
Tanam di dalam pasu raya
Proses pemindahan anak pokok ke dalam pasu perlu dilakukan di awal pagi sebelum jam 10 pagi untuk mengelakkan pokok terkejut ditempat baru
Isikan tanah campuran ke dalam pasu sebanyak ¾ dan buatkan lubang berukuran 5 inci kedalam dan diameter 2-3 inci.
Tanamkan anak pokok yang direndam ke dalam lubang yang dibuat dan timbuskan dengan tanah. Siramkan anak pokok dan letak ditempat yang teduh.
Menyiram
Pokok ini tidak memerlukan air yang terlalu banyak tetapi memerlukan tanah yang lembap. Anak pokok perlu disiram 1 kali sehari di awal pagi
Jika tidak siram 2-3 hari tidak mengapa kerana vermiculite berfungsi memegang air dan membebaskan secara perlahan (slow release).
Penjagaan
Proses pembajaan perlu dilakukan 2 minggu sekali dengan cara tabur satu sudu baja MilAgro di permukaan tanah dan gembur tanah tersebut.
Jangan biarkan air bergenang di dalam pasu kerana akan menyebabkan air tersumbat dan mengganggu pokok membesar.
Lily damai (Peace Lily)
Pokok bunga peace lily merupakan pokok hiasan dari keluarga Araceae (keluarga keladi). Kenapa dipanggil peace lily? kerana bunga sama dengan bunga calla lily.
Ia memerlukan lokasi ditempat yang teduh dan suhu yang tetap untuk hidup dengan baik.
Tumbuhan ini tidak memerlukan air dan cahaya matahari yang banyak dan tidak tahan kepada suhu 45 C.
Terdapat banyak fungsi menanam pokok bunga ini di dalam rumah. Antaranya, dapat menapis udara dalam rumah daripada pencemaran Benzin dan Formaldehid yang terdapat dalam cat.
Cara Tanam:
Membiak menggunakan anak pokok daripada induk
Ambil anak pokok daripada induk yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 helai daun
Pastikan anak pokok sihat dan akar tiada jangkitan daripada kulat
Cabutkan anak pokok secara perlahan-lahan tanpa merosakkan akar
Rendamkan anak pokok didalam air untuk sementara waktu sebelum dipindahkan ke dalam pasu (hanya akar yang direndam).
Menyediakan media tanaman
Menggunakan campuran tanah humus, sabut kelapa (cocopeat) dan baja MilAgro.
Dengan nisbah 3:1:1
Fungsi sabut kelapa ialah menyimpan air, mengemburkan tanah dengan pH nuetral dan boleh digunakan berkali-kali dan menyokong pertumbuhan akar dengan cepat dan baik.
Tanam di dalam pasu raya
Pindahkan anak pokok ke dalam pasu diawal pagi untuk mengelakkan pokok layu dan terbantut apabila dipindahkan.
Isikan tanah campuran ke dalam pasu ¾ dan buatkan lubang berukuran 10 cm kedalaman dan diameter.
Tanamkan anak pokok dan timbuskan dengan tanah
Siramkan anak pokok dan letakkan ditempat teduh
Menyiram
Pokok hiasan ini memerlukan air yang secukupnya untuk mengelakkan pokok daripada layu
Siramkan pokok 2 kali sehari diwaktu pagi dan petang
Penjagaan
Pokok jangan didedahkan kepada cahaya matahari secara langsung dengan terlalu lama
Pokok perlu dibaja dengan baja MilAgro sebanyak 1 sudu untuk 2 minggu sekali. Selepas membaja perlukan gemburkan tanah
Lakukan aktiviti merumput jika ada rumput tumbuh dikawasan tanaman
Kesimpulannya, rumah yang cantik mestilah memerlukan pemandangan yang cantik dan menyegarkan mata, lagi-lagi waktu hari raya ini. Pokok hiasan tanaman indoor mempunyai kelebihan tersendiri, keperluan air juga berbeza untuk setiap pokok.
Begitu juga dari segi nutrien setiap pokok adalah berbeza. Penjagaan untuk pokok hiasan indoor sangat mudah dijaga dari segi penyiraman, pembajaan, pembersihan pot dan merumput, sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjaga pokok setiap hari. Ayuh la pindah ke tanaman pokok bunga yang hidup berbanding tanaman palsu.
Semoga bermanfaat untuk mereka yang sukakan tanaman hiasan supaya kelihatan cantik mata memandang apabila duduk di ruang tamu. Selamat mencuba dan selamat bercucuk tanam.
Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda. Yang ingin mengetahui teknik & penjagaan tanaman pokok hiasan di dalam rumah. Anda suka bercucuk tanam! Kita geng!
Join group facebook Geng Kebun Organik 😍