Thursday, January 31, 2019

Laman Sosial Cambahkan Minat Terhadap Tanaman




Zaman sekarang semua benda terpulang dekat diri kita sendiri samada nak gunakan sesuatu benda itu ke arah yang positif ataupun negatif. Tanpa kita tahu sebenarnya laman sosial ni banyak je bagi perkara yang positif kepada kita semua.

Bagi orang yang minatkan tanaman dan kurang ilmu mengenai tanaman, dia akan gunakan laman sosial media sebagai platform untuk mencari ilmu. Dekat facebook atau Instagram dah ada pelbagai jenis komuniti yang hanya menumpukan kepada tanaman, perkebunan , dan pertanian sahaja.

Bila kita dah mula menyertai kumpulan komuniti untuk tanaman atas talian sebegini, bermacam info dan maklumat dari orang lain yang boleh kita dapat tentang tanaman atau kaedah untuk bercucuk tanam. Kita pun dapat tengok hasil orang lain dan minta pendapat untuk memulakan bertanam, tanaman jenis apa yang sesuai, dan sebagainya.

Apa yang menariknya, bila kita menanam kemudian dikongsikan hasil tersebut membuatkan orang ramai pun tertanya dan dapat berkongsi ilmu dengan mereka. Selain tarikan daripada hasil tanaman, kita pun dapat belajar mengenai selok-belok pertanian dengan lebih mendalam. Kita dapat mula memahami pengaruh cuaca pada setiap jenis tanaman, mengenal jenis tanah bersesuaian, baja, kaedah semaian dan banyak lagi ilmu berkaitan tanaman hanya dihujung jari sahaja.

Paling penting bila berkebun sendiri sudah pasti akan jarang ke pasar untuk membeli sayur-sayuran. Kita boleh terus kutip sayur yang perlu di kebun jika hendak memasak. Dalam masa yang sama, kita juga dapat bersedekah dengan jiran tetangga dan dapat menjual sedikit hasil tanaman untuk simpanan ketika kecemasan.Buah dan sayur-sayuran yang kita tanam ni pun boleh dijual untuk menambahkan pendapatan kita sendiri. 


Yang minatkan pokok bunga juga banyak perkongsian dilaman sosial yang kita boleh tengok. Contoh tentang cara nak cantikkan laman, pokok bunga apa yang senang dan mudah untuk kita jaga, dan sebagainya lah. Kadang ada juga orang yang menjadikan pokok bunga ni sebagai pendapatan. Semua orang sukakan bunga siapa je tak suka bunga kan ?

Bunga yang kita tanam ni pun boleh dijadikan hadiah untuk yang tersayang ke atau ada sambutan ke dengan sedikit pengubahsuaian dari segi gabungan warna, bagaimana nak membungkus bunga tersebut. Semuanya kita boleh dapat dan belajar dari laman sosial.


Ada tak yang minat bercucuk tanam bermula dari perkongsian dilaman sosial ? Kita GENG 😍😍


Jom join kami di Facebook page Geng Kebun Organik

Tuesday, January 29, 2019

Lepaskan Geram Bercucuk Tanam


Menjadi pilihan untuk terapi minda dan juga terapi mata. Semangat dan kagum melihat hasil tanaman sendiri mengeluarkan hasil yang sangat memuaskan hati. Dahlah cantik mata memandang kehijauan tanaman sendiri, dapat juga menjana pendapatan sendiri dengan hasil bercucuk tanam.

Bagi yang memang suka menanam akan rasa geram je tengok kebun orang lain ada hasil sayur ataupun buah yang sangat memuaskan hati. Mesti akan cari juga ruang dan peluang untuk menanam tu. Lagi lagi bagi golongan suri rumah mestilah nakkan luaran rumah cantik juga dengan tumbuhan. Takkan dalaman rumah je nak cantik.

Ada sesetengah orang yang memang gemar bercucuk tanam ni pantang tengok laman yang ada ruang kosong je mesti akan usahakan untuk tanam sesuatu. Pokok bunga ke pokok buah ataupun sayuran. Bila dah rajin menyemai, menyiram , membelai tanaman sampailah keluarkan hasil. 

Kita tengok hasil bercucuk tanam tu pun rasa seronok dan dapat berkongsi hasil dengan jiran tetangga. Dalam masa yang sama dapatlah menjalankan sedekah kepada orang ramai dengan memberikan hasil tersebut. Jiran jiran pun akan mula pasang niat untuk bercucuk tanam sebabkan dah tengok hasil kita sendiri.

Apa yang penting, segala hasil cucuk tanam kita adalah organik dan bebas bahan kimia. Hasil yang kita nak makan mestilah kita akan pastikan kualiti dia baik dan terjamin kan. Lagi-lagi bila dah bercucuk tanam sendiri ni mestilah kita akan pastikan kebersihan, kekemasan tanaman kita tu tersusun dan terjaga.

Bila dah rajin menanam dekat rumah ni anak anak pun akan teruja untuk mencuba menanam bersama. Ianya menarik sebab boleh dijadikan aktiviti pada hujung minggu atau pada hari cuti. Anak-anak pun takkan bosan duduk rumah. Mungkin mereka pun boleh bantu untuk lebih cantikkan laman dengan lebih kreatif. 





Ada tak yang memang geram nak bercucuk tanam ? Kita geng ! 😍

Jom join Facebook page kami di Geng Kebun Organik




Monday, January 28, 2019

Berkebun hobi paling seronok


Seronok sebenarnya bila berkebun ni, malah boleh dijadikan hobi. Bermacam jenis tanaman kita boleh tanam. Sayur, buah ataupun bunga. Lagi-lagi sayur dan buah yang kita akan makan , kita akan masak setiap hari, lagi seronok kalau itu semua kita dapat hasil daripada kita berkebun sendiri.

Selain segar dan menjimatkan kos, aktiviti berkebun dapat kita gunakan sebaik mungkin ruang yang ada di rumah dan mampu mewujudkan suasana mendamaikan terutama ketika memandang suasana hijau di sekeliling rumah. Takdelah dibiarkan laman rumah kosong. Sekurangnya bila berkebun meriahlah rumah dengan hasil tanaman kita.




Sebab apa berkebun ni dikatakan hobi yang paling seronok ?

Bila kita berkebun sambil tu kita boleh keluarkan peluh. Dianggap bersenam juga bagi yang tak gemar nak bersenam kat luar. Salah satu aktiviti menyihatkan yang boleh kita buat dengan ahli keluarga. Jimatlah daripada keluar berjalan sana sini kita berkebun je dekat rumah.

Dan bila kita berkebun sendiri ni, rasa kenyang dan puas hati makan hasil kebun sebab terjamin kualiti bebas dari bahan kimia dan kebersihan pun terjamin sebab bila kita yang berkebun sendiri ni mestilah kita akan jaga dengan baik supaya tanaman kebun menunjukkan hasil.

Berkebun ni pun mampu buat kita belajar untuk bersyukur, ada rasa tanggungjawab untuk menjaga tanaman kita sendiri, didik perasaan bersabar dalam diri sebab nak tunggu tanaman tu keluarkan hasil. Penat berkebun takkan taknak jaga kan. Mestilah kena jaga betul kan.

Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman?

Kita geng !

Jom join group facebook GengKebunOrganik😍







Sunday, January 27, 2019

Isu Tanaman Pokok Tak Berbuah






MASIH KECEWA DENGAN HASIL TANAMAN KORANG KE?
.
.
Antara keperluan pokok untuk hidup dan berbunga yang ramai ambil ringan.
.
.
1. Akar
Pokok memerlukan akar yang sihat untuk berbunga. Sekiranya pokok ditanam di dalam pasu, pastikan air siraman tidak bertakung kerana akan membuat akar rosak dan membunuh pokok.
.
2. Mencantas
Pokok yang berbatang keras seperti bunga kertas perlu dicantas agar pucuk baru keluar dan mengeluarkan bunga.
.
3. Tanah
Tanah untuk menanam perlu peroi dan banyak bahan organik. Tanah liat tidak sesuai kerana akan memegang baja dan pokok tidak mendapat nutrient yang diperlukan untuk berbunga.
.
4. Air
Pokok memerlukan air tetapi air yang lebih boleh membunuh pokok. Pokok bunga kertas contohnya hanya perlu disiram selang sehari manakala pokok yang berbatang lembut memerlukan air yang banyak.
.
5. Baja
Pokok memerlukan nutrient yang cukup untuk berbunga. Kekurangan nutrien nitrogen, fosforus dan kalium boleh menyebabkan pokok tidak berbunga. Pembajaan seeloknya dibuat dua minggu sekali.
.
6. Cahaya matahari
Kebanyakan pokok yang berbatang keras memerlukan matahari penuh untuk berbunga manakala pokok berbatang lembut memerlukan kurang cahaya matahari.
.
.
So, kalau korang nak kan hasil yang kebabom kena lah alert dengan keperluan-keperluan pokok korang.


3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...