Thursday, October 31, 2019

CARA MUDAH UNTUK ANDA TANAM UBI KENTANG DALAM PASU




Menetap di bandar susah sikit nak berkebun kan? Tambah mereka yang tinggal di rumah rumah nun jauh di atas sana. 

Admin nak kongsikan kepada anda satu kaedah mudah untuk menanam ubi kentang.


Kentang, bukan lah pilihan tanam di malaysia. Barangkali, ramai beranggapan kentang hanya sesuai untuk iklim sejuk. Hakikatnya, kentang ditanam secara meluas di India. Ini bermakna, kentang juga sesuai dengan iklim Malaysia. Tapi, ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan kentang yang ditanam di Malaysia memunyai hasil tuaian lumayan tak kira sama ada di musim hujan mahupun panas memuncak.

Untuk mendapatkan hasil ubi kentang yang banyak, penyelengaraan memainkan peranan utama. Ia termasuklah:
  1. Pemilihan benih
  2. Persiapan medium
  3. Proses Menyemai
  4. Keperluan siraman
  5. Pencahayaan
  6. Tambak tanah
  7. Tiba masa tuai

Dan menariknya, hari ni admin nak kongsikan cara tanam ubi kentang hanya dalam pasu.


1. Potongkan pasu seperti ukuran gambar diatas ni



2. Hingga jadi macam ni.


3. Sediakan lagi satu pasu.


4. Masukkan pasu yang ditebuk tadi kedalam pasu satu lagi.


5. Ubi kentang yang dibiarkan tumbuh.


6. Masukkan tanah untuk tanaman sebanyak dalam gambar diatas.


7. Letakkan ubi kentang tersebut.


8. Tanah dimasukkan lagi sehingga ubi kentang tidak kelihatan


9. Letakkan air secukupnya.




10. Letakkan air secukupnya.





Senang kan? Apa lagi..cubalah ya..

Sumber asal: Nifty Outdoors

--
Berminat nak dapatkan Milagro? Komen dibawah atau tinggalkan no telefon anda.

Berminat dengan tanaman ? Jom join Geng Kebun Organik


Tuesday, October 29, 2019

Gembira bila pokok bunga jadi semakin gemuk subur dan akar sihat - Baja Milagro


Siapa je yang tak pernah putus asa bila dah menanam berbulan bertahun beli pokok tapi tak mengeluarkan hasil. Ada yang hampir nak buangkan je pasu pokok tu sebab putus asa tak mengeluarkan hasil, ada yang dah berhabis banyak duit beli baja macam-macam untuk suburkan tanaman tapi hasilnya sekejap je keluar.

Sebab itu adanya baja Milagro ini untuk bantu menyelesaikan masalah tanaman orang ramai. Banyak dah testimoni yang kami dapat daripada pengguna Milagro sendiri. Kali ini nak tunjukkan kepada peminat pokok bunga macam mana mereka ini semua mendapatkan hasil yang awesome sangat ♥


Puan Fatimah 

                                         Tekan link ini : Testimoni Pokok Bunga Kemboja

Akar makin gemuk dan akar dia jadi sihat. Bunga pun makin cepat keluar dan lebih banyak berbanding yang biasa. Sebelum ini pengeluaran bunganya agak perlahan dan lambat. Bila dah gunakan Milagro, ianya berbunga lebih daripada yang biasa. 

Puan Hasnah

Tekan link ini :Testimoni Puan Hasnah

Sebelum ni tak berapa nak ada bunga. Pokok pun nampak macam tak sihat. Kerap sangat tukar baja sebab bila tak menjadi, tukar lagi baja lain. Kalau tak menjadi lagi, tukar baja lain lagi. Bila dah gunakan Milagro ni dah tiada masalah. Gunakan 1 pek sahaja untuk semua pokok dekat rumah.                                                                                            
               

Berminat nak dapatkan Milagro? Komen dibawah atau tinggalkan no telefon anda.

Berminat dengan tanaman ? Jom join Geng Kebun Organik



Monday, October 28, 2019

TANAM BAYAM BRAZIL DENGAN MUDAH DAN CEPAT


Bayam brazil ni rugi kalau tak tanam kat rumah sebabnya mudah dan cepat je nak tanam. Tak susah dan tak memerlukan langkah yang banyak pun untuk tanam bayam brazil ini.

Cara tanamannya pun cuma gunakan keratan batang je. Paling penting adalah untuk memilih keratan batang yang baik supaya nanti akan dapat hasil sayur bayam brazil yang baik jugalah.

Permulaannya, pilih keratan batang dan potong dalam beberapa ukuran cm sahaja. 

Kemudian, dibuatkan lubang dalam sejengkal untuk cucukkan keratan batang bayam brazil tersebut. Pemilihan keratan batang juga perlu diambil berat. Jangan dipilih keratan batang yang terlalu tua atau muda. 

Bila dah dibuatkan lubang pada media tanaman tersebut, tanamkan keratan tersebut ke dalam lubang tanaman tu tapi jangan terlalu dalam. 

Kemudian, bila dah ditanamkan keratan batang tersebut, bolehlah disiram kan air secukupnya untuk pastikan pertumbuhan bayam brazil tersebut berjalan dengan lancar. Proses pertumbuhan bayam brazil ini cuma mengambil masa dalam 2-3 minggu sahaja. 

Bayam Brazil ni pun ada banyak khasiat yang ramai orang taktahu. Antaranya adalah boleh melawan kanser, menguatkan tulang badan, mampu membantu untuk menurunkan berat badan dan banyak lagilah.

Nakkan tahu lebih lanjut tekan link dibawah terus  


Dapat sesuatu tak? Jangan lupa untuk join Geng Kebun Organik untuk dapatkan lebih banyak info mengenai tanaman. 

Dan kalau nak tahu mengenai Milagro klik link ini www.wasap.my/60126449220/BLOG2810


Thursday, October 17, 2019

CARA TANAM POKOK TIN

Image may contain: plant and food

Siapa sini ada tanam pokok Tin? Cubalah tanam atau pergi cari anak pokok Tin untuk dijaga. Buah pokok Tin banyak khasiat, dan ia antara tumbuhan yang disebut di dalam Al Quran. Tak rugi tanam pokok Tin ni. Ia boleh ditanam dan dibiakkan menerusi dua cara, iaitu keratan batang dan juga teknik Tut.

Pokok Tin memerlukan cahaya matahari yang agak banyak. Jadi, kena letak di kawasan yang mudah nak terima cahaya matahari. Lagi satu ia perlu dibaja dengan baik. Kalau jarang dibaja, buah akan lambat keluar.


Nak tahu cara-cara 'pembenihan' pokok TIN guna teknik Tut? Ikuti langkah-langkah mudah di bawah ni.

Image may contain: plant, outdoor and nature
1. Pilih cabang dahan dari bahagian batang pokok Tin matang iaitu bahagian batang yang dah ada buah.


2. Lepas tu, dengan menggunakan pisau lipat atau pisau belit, anda buang bahagian kulit luar pada dahan tu. Pastikan keratan tu cuma buang kulit luar sahaja (keliling), dan mestilah di pangkal dahan dari batang matang.

Image may contain: one or more people, people sitting, people eating, food and outdoor
3. Ambil tanah dan gumpal lepas tu letak pada bahagian keratan dahan yang dah dibuang kulit tu. Tanah tersebut boleh dicampurkan dengan baja Milagro, sabut dan dicampur dengan tanah biasa.

Image may contain: plant and outdoor
4. Pastikan tanah ni kelilingi bahagian keratan tu. Biar sekata. Kedap-kedapkan.

Image may contain: plant and outdoor
5. Lepas tu balut dengan plastik lutsinar. Ikat kedua-dua hujung balutan supaya tanah tak terkeluar.


6. Biarkan balutan tersebut paling kurang dua minggu atau sehingga nampak akar tumbuh. Anda boleh lihat terus dan akan nampak tu bercambah dari plastik lutsinar tu.


7. Bila dah ada akar, maka kerat atau potong dahan tu.


8. Sediakan pasu atau polybeg untuk letakkan anak pokok Tin yang baharu.


9. Semasa nak masukkan anak pokok Tin yang baru ni, barulah buka ikatan balutan Tut tu. Tanam sekali dengan tanah yang ada pada Tut tadi. Jangan sampai lerai sebab akar pokok masih muda, takut nanti rosak.


Buah Tin ni banyak khasiatnya ya. Itu sebab sangat bagus untuk tanam pokok ni.


Malah, kalau rajin membiakkan pokok buah Tin, anda boleh jana income sampingan yang agak baik sama seperti ejen Milagro di Shah Alam, Encik Abu Talangi Milagro


Kredit : Hasrul Hassan



💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?

Follow FB Group Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...