Friday, May 31, 2019

KISAH SERAM YANG SELALU TERJADI MENJELANG HARI RAYA. KORANG PERNAH RASA?

Assalamualaikum. Alhamdulillah dah masuk syawal yang ke-9 pada hari ini. Bagaimana hari raya anda? Ok ke tak ok? Pokok-pokok kat laman menarik ke idak. Hehe. Hari Raya ni adalah hari yang ditunggu-tunggu selain Ramadhan. Masa nilah jumpa mak ayah, bakal mak mentua, atok, nenek. Eii bestnya.

Tapi dalam kemeriahan tu mesti ada perkara seram ni yang korang lalui kan. Meh baca ni, lima perkara paling seram yang terjadi kalau raya. Mesti korang pernah lalui kan tipulah kalau tak pernah lalui kihkih.

1) Bila Terduduk Atas Tudung Yang Dah Iron



Biasalah, bila dah ramai-ramai beraya kat kampung tu, memang meriah dan tentunya kecoh! Mana yang berebut bilik air, yang sibuk isi kuih raya kat dapur, sibuk pakai baju raya dan jugak iron baju. Haa..para lelaki, meh admin nak bagi nasihat penting kat korang.
Bila korang nampak je shawl atau tudung yang dah siap bergosok terbentang lebar atas sofa, tolong jangan duduk! Kalau korang duduk, akan berlakulah kisah seram di pagi raya di mana, pemilik tudung tersebut akan mengamuk dan berkemungkinan korang akan dikejar keliling kampung!


2. Eh..macam mana boleh licin? Siapa yang makan?

Korang mesti ada kuih raya favourite korang sendiri kan? Selalunya, bila raya, kita paling sayang nak bawak keluar kuih raya favourite tu. Siap sorok sebab takut habis.
Tapi, berlaku perkara yang paling sadis apabila balang kuih raya favourite korang dah kosong dan tinggal serbuk kuih je! Rupanya, mak korang dah hidang kuih tu kat tetamu dan diorang pun dah makan sampai licin tak tinggal sebiji pun. Lalu, korang pun menangislah di bucu katil. Huhu..

3. Pagi raya, baju tiba-tiba dah bertukar saiz!



Korang ni punyalah excited nak sambut raya tahun ni. Siap tempah baju 5 bulan sebelum raya. Kononnya tak nak buat persiapan last minute. 5 bulan kemudian di pagi raya, masa nak sarung baju, tiba-tiba..zassss! Terkoyak lah pulak! Tulah..masa berbuka makan takde hari esok. Kan dah merasa jadi Hulk.

Haa, cuba sharekan pengalaman seram korang time raya apa? 

Credit : Ohbulan

Minat menanam? Kita GENG ! Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey .


HIDROPONIK - JOM TANAM UNTUK RAYA AIDILFITRI TAHUN NI

(CONTOH TANAMAN HIDROPONIK)
Tahukah anda apakah itu tanaman "hidroponik"? Tanaman hidroponik ialah tanaman yang ditanaman dengan menggunakan medium air sebagai pengganti medium tanah. Biasanya tanaman hidroponik digunakan oleh pekebun sayur di dalam "Green House". Namun begitu, penanaman begini memerlukan kos permulaan yang sangat besar menyebabkan tanaman hidroponik jarang digunakan oleh petani di Malaysia. Cuba korang bayangkan, bila tetamu datang raya ni tengok tanaman korang hijau macam dalam gambar tu. pehhh.. Mesti diorang bergambar dan korang pun kena puji..

Cara penanaman ini dipilih kerana dengan menggunakan kaedah hidroponik:

  1. Pertumbuhan pokok yang sangat cepat (Raya dah tak lama ni, cepat mulakan hidroponik).
  2. Hasil yang cenderung lebih banyak (Boleh masak untuk satu keluarga).
  3. Tidak memerlukan penyiraman yang kerap (So korang boleh la balik kampung dengan tenang).
  4. Tidak perlu bilangan pakerja yang ramai untuk proses pengemburan tanah dan kawalan rumpai.
  5. Kurang serangan serangga
  6. Sayuran yang lebih bersih
Namun begitu, tahukah anda bahwa tanaman hidroponik ni boleh kita buat sendiri kat rumah guna bahan terbuang dan bahan yang kos rendah? Jom tengok cara buat sistem hidroponik. Lepasni boleh laa tanam sendiri kat rumah, dah tak payah ke kedai nak beli sayuran :)

Bahan yang diperlukan adalah:
  1. Botol mineral besar yang tidak digunakan lagi.
  2. Rockwool
  3. Netpot
  4. Air
  5. Benih sayuran
Peralatan untuk mengolah bahan:
  1. Gunting
  2. Pisau
  3. Api
Untuk uollls yang tak tahu apa tu rockwool dan netpot, korang boleh tengok gambar kat bawah ni k. Actually barang-barang ni susah nak jumpa penjualnya. Tapi korang boleh je beli kat mudah.my atau laman e-commerce lain. Kalau nak lagi jimat, korang boleh gantikan Rockwool dengan span dan Netpot dengan cawan yang korang lubangkan kat bawah. 

1. Rockwool

Kalau korang nampak atas rockwool tu ada lubang kecil, dalam tu laa nanti korang letak biji benih sayuran. Rockwool ni sejenis kapas, so memang akan meresap dengan air. Ni akan bantu pokok dapat air yang cukup tanpa akar pokok sayuran kita lemas sebab terlalu lama terendam. 

2. Netpot
Netpot ni nanti akan jadi pasu korang. Korang akan letak rockwool tu dalam netpot ni. Pastikan netpot ni terendam sikit sahaja dengan air. Rockwool dalam netpot ni terendam 1/4 bahagian je tau.

Cara-caranya:
  1. Masukkan benih dalam lubang rockwool. Kemudian basahkan rockwool dengan air.
  2. Masukkan rockwool dalam netpot.
  3. Buat lubang bulat berdiameter sama dengan bahagian atas netpot pada botol mineral menggunakan pisau. Jika ingin mudah, gunakan pisau yang dipanaskan secukupnya.
  4. Isikan botol tersebut dengan air bersih.
  5. Masukkan netpot yang dalamnya terkandung rockwool dan biji benih tadi dalam botol. 
  6. Biarkan dahulu hidroponik anda berada di tempat redup sehingga benih bercambah.
Mudah kan? Kalau korang nak tengok hasilnya, boleh tengok gambar di bawah ni. Selamat mencuba! Selamat berpuasa! Selamat menyambut hari lebaran!





Kalau tak faham, boleh tengok video ni ya :)
https://www.youtube.com/watch?v=ry5QdqMk-ZY&t=25s



Anda minat menanam? Kita GENG


SELEPAS DIUJI DENGAN ISTERI HILANG PEKERJAAN, RUNSING BAGAIMANA HENDAK MENAMPUNG KEPERLUAN KELUARGA


Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Siapa sangka hanya disebabkan hobi yang minat menanam, Encik Abu Talangi jadikan hobi sebagai sumber pendapatannya. 

Kalau nak tau, asalnya En Abu Talangi menggunakan Milagro untuk tanaman beliau pada mulanya. Sebelum beliau menjadi Ejen Milagro, beliau diuji dengan Isterinya kehilangan pekerjaan. Beliau berfikir bagaimana hendak menambahkan pendapatan dan menampung keperluan keluarga. Jadi beliau terfikir untuk menambahkan pendapatan dengan menjadi Ejen Milagro😊


Sepanjang En. Abu Talangi menjadi Ejen Milagro, beliau membuka peluang dengan membuka gerai di pasar tani berdekatan. Walaupun pendapatan beliau dah mula stabil, beliau masih membuka gerai tersebut kerana bagi beliau dengan perniagaan kecil itu beliau dapat kongsikan maklumat dengan orang awam serta minat beliau untuk berniaga. 

Walaupun beliau pada mulanya diuji dengan Isteri kehilangan pekerjaan, beliau kena buat sesuatu untuk dapatkan duit sampingan. Dengan hobi yang yang beliau miliki beliau jadikan ia sebagai sumber pendapatan walaupun bermodalkan nilai yang kecil sahaja. 

So, korang boleh jadikan hobi korang untuk jana pendapatan sampingan . πŸ˜‰


Minat menanam? Kita GENG ! Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey .




Thursday, May 30, 2019

DAUN LEBIH GEMUK DAN BERISI

Siapa je tak kecewa dan sedih kalau tengok tanaman tak menjadi. Dah guna macam cara tapi tak menjadi pun. Ada yang sampai guna bermacam jenis baja tapi hasilnya tak dapat lama pun. Macam salah seorang pelanggan kita ni, masalahnya bila menanam hasilnya tak keluar. Bila dah gunakan Milagro ni memang tak disangkalah orang kata.

Jom kita ikuti kisah Pak Rahim ni.

Masa Pak Rahim baru tanam pokok limaunya, daunnya tidak banyak , buahnya pun tidak banyak keluar. Pokok mangga Pak Rahim pun walaupun dah guna baja jenama lain tapi pengeluaran buahnya tidak banyak seperti yang dia nakkan.

Tapi sekarang..

Bila dah gunakan Milagro daunnya nampak lebih besar dan lebar serta kuantiti buahnya juga nampak 
lebih banyak. Hasil yang keluar pun Pak Rahim dapat sedekahkan kepada orang lain. Selain itu, tanaman beliau yang seperti serai juga nampak perubahan setelah gunakan milagro. Daunnya nampak lebih gemuk dan berisi. Hasil serai yang dapat pun Pak Rahim akan sedekahkan kepada jiran dan juga ada yang dijual untuk mendapatkan modal balik.



Bagi pokok durian belanda pun bila dah tabur dalam masa seminggu pucuk baru telah keluar. Pak Rahim kata hasilnya cepat dan membuatkan beliau yakin untuk gunakan Milagro pada tanaman yang lain. Dan pada pokok mangga beliau bila dah gunakan milagro dalam masa 2 bulan dapat hasil yang lebih berganda bunga lebih cepat keluar dan buahnya lebih banyak sampaikan tidak terkira. Hasil pokok mangga tersebut selain dimakan Pak Rahim juga jualkannya kepada orang kampung dah hasil jualannya melebihi modal membeli baja.

Seronok kan kalau dapat hasil macamni. Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta. Apa kata kenal dulu dengan Milagro ni.

Minat menanam? Kita GENG ! Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey .


Wednesday, May 29, 2019

PERSIAPAN MENJELANG RAYA

Hai, Assalamualaikum. Para pembaca dah dapatkan ke belum sepeket baja organik Milagro untuk raya ni? Tak nak ke laman meriah dan meletop masa raya nanti? Hihi. Sedar tak sedar tinggal minggu depan je lagi nak menjelang raya kan,,, dah buat persiapan ke korang semua? πŸ˜‰ Meh kami kongsikan bagaimana untuk menghias rumah anda untuk raya niπŸ’“


1. Korang boleh jugak pasang pelita kat halaman rumah korang tau. Nampak meriah je laman kalau ada pelita tau



2. Korang boleh pasang lampu kelap kelip di rumah korang untuk menampakkan seri rumah! Pasti rumah korang nampak meriah dengan kelap kelip hihi.





3. Yang paling penting korang kena cantikkan laman korang dengan tanaman tu! Orang datang beraya boleh jugak tangkap gambar dengan tanaman kita hehe


Sejuk je mata memandang taauu kalau ada tanaman sendiri dekat rumah

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍




Monday, May 27, 2019

Pisang Yang Wajib Anda Tanam Dikebun Kerana Khasiat Yang Tersembunyi

Pokok pisang sangat dikenali di seluruh dunia kerana keenakannya. Rasanya yang lazat dan teksturnya yang lembut membuatkan ramai yang jatuh cinta dengan buah ini. Di Malaysia, warga menikmati keenakan buah pisang dengan pelbagai cara sama ada diratah buah yang telah matang secara terus, atau menggoreng sebagai santapan petang atau dimasak dalam masakan seperti lemak pisang atau jantung pisang. 

Tanaman pisang mempunyai banyak varieti yang akan menghasilkan saiz buah pisang dan rasa yang berbeza. Jika di Malaysia, keseluruhan bahagian pokok pisang mempunyai fungsi yang akan dimanfaatkan oleh masyarakat melayu. Antaranya ialah:
  • Daun pisang: Biasanya digunakan sebagai pinggan, atau diigunalan sebagai pembalut makanan seperti ikan bakar, atau digunakan sebagai alas.
  • Batang pisang: Digunakan sebagai alas duduk atau alas orang berkhatan.
  • Buah pisang: Biasa dimakan dengan cara di goreng, dibuat bubur, kek, dimakan terus dan sebagainya.
  • Jantung: Biasa digunakan dalam masakan seharian.
  • Umbisi: digunakan untuk membiakkan tunas pisang yang baharu.
Namun begitu, tahukah anda pisang juga merupakan salah satu daripada buah-buahan yang ada di syurga? Hal ini dibuktikan dengan ayat Al-Quran:
Dan golongan kanan, Alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya)” (QS. Al-Waqiah 56:27-29)

Buah ini semesti mempunyai khasiat yang menakjubkan. Antara khasiatnya ialah:

  1. Membantu perkembangan janin.
  2. Tinggi Karbohidrat yang baik untuk jantung.
  3. Sumber tenaga.
  4. Menurunkan berat badan.
  5. Menghilangkan masalah jerawat.
  6. Mengurangkan sakit ketika haid.
  7. Mengubati sembelit.
  8. Mengatasi gatal akibat gigitan nyamuk.
Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍


BUNGA TELANG BOLEH MENGATASI STRESS DAN DIJADIKAN DETOX?


Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Fabaceae. Tumbuhan ni amat jarang ditemui, memang wajib korang tanam depan rumah sebab banyak khasiatnya. Di Kelantan ia dikenali sebagai bunga nasi kerabu kerana ia digunakan untuk memasak nasi kerabu hingga menjadi warna ungu.

Tumbuhan ini mudah ditanam melalui keratan batang atau dari biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman dalam pasu. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun tanpa musim.

Cara menyemainya ialah biji benih perlu direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam pasu atau tapak semaian. Biasanya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari.

Cara untuk menanam dari keratan batang pula ialah perlu semai dalam pasir yang lembap dan pastikan sentiasa lembab. Tumbuhan ini perlu selalu dicantas atau pruning untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Jom ketahui manfaat bunga telang yang masih ramai tidak tahu.


1. Meningkatkan kewanitaan
Tumbuhan ini diguna secara tradisional untuk merawat kitaran haid , ketidaksuburan dan penyakit seksual. Untuk membetulkan kitaran haid, ambil bunga dan akarnya lalu dimasukkan dalam air mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum.


2. Mengecutkan jerawat dengan cara ambil daun pokok bunga telang dihancurkan dan tampal pada jerawat tersebut dan dibiarkan selama 30 minit barulah dibilas.
3. Melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini dipercayai mampu mengkilatkan rambut dan menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang tersebut dalam sebekas air dan kemudian cuci rambut dengan air ramasan tersebut seperti biasa menggunakan syampu.
4. Dijadikan sebagai detox dengan mengamalkan air rendaman bunga telang pada setiap pagi untuk menguruskan badan.
5. Mengurangkan sakit kepala dengan cara mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga menjadi bantal dan digunakan untuk dijadikan pelapik semasa tidur.
6. Mencuci darah kotor dengan mengamalkan air rebusan bunga telang kerana air tersebut berfungsi untuk mencuci darah.
7. Mengatasi sembelit iaitu biji kacang telang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah ini. Dan dijadikan air untuk diminum apabila mengalami sembelit.
8. Mengatasi stress. Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress. Amalkan meminum air rebusan setiap hari.
Semoga bermanfaat dengan perkongsian kali ini.
Anda minat menanam? Kita GENG ❤
Jom join Geng Kebun Organik

Friday, May 24, 2019

Panduan Menanam Timun Melalui Biji Benih Dengan Mudah Dalam Pasu

Timun adalah kategori sayuran buah yang sememangnya ramai gemar nak makan samada secara mentah atau dimasak lagi-lagi dijadikan ulam pada sesiapa yang memang mengamalkan pemakanan yang sihat. Timun ni memang kaya dengan pelbagai khasiat yang mungkin ramai taktahu.

Kemajuan cara dan teknik menanam dalam bidang pertanian semakin maju dan berkembang. Banyak cara yang boleh kita buat untuk menanam sekarang samada menanam di tanah, di pasu, secara hidroponik dan macam-macam lagilah. Bagi mereka-mereka yang tinggal di bandar pun boleh menanam mengikut kaedah yang sesuai seperti menanam dalam pasu. Ini kerana menanam dalam pasu mudah di mana memerlukan sedikit media, pasu boleh dialihkan dan pembajaan juga tidak perlukan jumlah yang banyak cukup 2 sudu dalam 2 minggu sudah memadai. 

Image result for timun dalam pasuLangkah awal bagi memulakan untuk menanam timun dalam pasu adalah dengan mencari biji benih yang bersesuaian. Biji benih mudah untuk kita dapatkan di nurseri atau kedai-kedai pertanian.  Namun begitu, pemilihan mencari biji benih pun kena berhati-hati supaya bila kita dah semai pokok tersebut akan menjadi. 

Semai terlebih dahulu dalam cawan plastik dan simpan ditempat selamat. Cara menyemainya ialah masukkan media ke dalam cup plastik buat lubang sedalam 2 inci. Masukkan benih dan timbus semula kemudian siram dengan air. Tunggu hingga 2 minggu atau anak pokok timun sudah mengeluarkan daun sebenar dan barulah alihkan ke pasu.

Setelah benih disemai, dapatkan pasu pula. Pemilihan pasu pun agak penting bagi menanam timun supaya pokok timun dapat membesar dengan lebih tinggi dan memberi keselesaan pada akar pokok untuk bebas bergerak.  

Pemilihan media juga penting dalam pertumbuhan pokok. Walaupun media bukan syarat utama dalam penanaman tetapi sekurang-kurangnya menggunakan media yang baik akan memberikan pertumbuhan yang baik kepada tanaman pokok timun.

Proses sebelum menambah media ke dalam pasu, masukkan dua genggam rumput kering atau daun kering yang mudah diperolehi di laman rumah. Jika tidak ada, boleh juga menggunakan batu kerikil. Rumput kering atau batu kerikil ini bertujuan agar air di bawah pasu cepat keluar dan tidak berlebihan atau bertakung di bawah pasu. Akar akan lemas dan mudah terkena jangkitan sekiranya media terlalu basah akibat air bertakung di bawahnya.

Genap 3 minggu lebih, pokok timun akan menghasilkan bunga jantan dengan banyak diikuti oleh bunga betina. Buah timun akan membesar dan membesar dan setelah lebih kurang 2 bulan lebih atau 3 bulan, pokok timun anda sudah bersedia untuk dituai hasilnya.

Anda minat menanam ? Kita GENG 😍😍

Thursday, May 23, 2019

Pokok Cili Berbuah Lebat



‘Pakcik seronok la gunakan baja ni sebab nampak pokok bunga pakcik subur, pokok cili lebih banyak berbuah.’ Pakcik Rosli yang memang gemar menanam dan antara tanamannya ialah pokok cili dan bunga raya.

Sebelum ini, pokok cilinya lambat nak keluar hasil dan cili yang keluar pun tak banyak. Bila dah gunakan baja milagro ni, dalam sebulan guna hasilnya berganda, bunga mula bercambah dan hasil cili yang keluar lebih banyak.

Pokok limau Encik Rosli juga sebelum ni bila ditanam susah nak naik disebabkan penggunaan baja yang tidak sesuai. Daun pun tidak banyak, buah ada tapi tidak besar. Lepas dah pakai sebulan, nampak buah lebih besar dan daun lebih banyak.

Pokok bunga Encik Rosli nampak lebih subur, gemuk dan kurang serangan serangga, daun nampak lebih lebar. Pokok bunga kemboja Encik Rosli juga nampak lebih besar daripada yang sebelum ni nampak kecil je.

Bagi Encik Rosli, beliau menanam juga dijadikan terapi bila nampak hasil yang cantik keluar. ‘ sebelum pakcik menanam tak berpuas hati dengan hasil sebab bila tanam je pokok mati, lepas pakcik guna baja milagro sangat berpuas hatilah sebab nampak lah hasil dia.’ 

Encik Rosli menggalakkan lah untuk orang ramai mencuba baja milagro ni sebab pasti berpuas hati bila guna baja ni pada tanaman. Baja Milagro ni bukan je sesuai untuk bunga, pokok sayur dan pokok buah pun boleh. Tak perlu dah cari baja yang berasingan untuk bunga, sayur dan pokok buah.

Anda minat menanam? Kita GENG

Tuesday, May 21, 2019

PELITA PANJUT




Assalamualaikum, hai :D Sedar tak sedar, sekejap jee kita dah masuk minggu ke-tiga Ramadhan kan. Tak lama lagi dah nak raya, dah buat persiapan untuk raya ke tu? hehe. Selalu minggu-minggu nak masuk raya ni meriah halaman-halaman rumah dengan pelita kan tapi dah jarang kita nampak pelita panjut yang dibuat daripada buluh. Selalu beli ja kat kedai dah siap. Meh kami kongsikan cara pembuatan pelita buluh panjut supaya boleh mengembalikan nostalgia pelita buluh ni😍😍


Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. Buluh
  2. Tin aluminium
  3. Drill/pisau/parang
  4. Kain buruk
  5. Minyak Tanah
Cara-caranya :

  1. Potong buluh mengikut panjang yang anda inginkan, 6-7 ruas dah cukup comel
  2. Bersihkan buluh dengan air untuk menghilangkan miang. Kang tak pasal tegaru garu sebab gatal hehe
  3. Tebuk lubang di tengah-tengah ruas menggunakan parang/pisau/screwdriver. Pastikan buluh tidak pecah dan lubang muat-muat sumbu sahaja


     4. Potong tin aluminium, jadikan dalam bentuk kepingan dan gulungkan. Selepas digulung, masukkan sumbu pelita/kain buruk ke dalam gulungan tin tadi sebelum dimasukkan ke dalam lubang yang ditebuk pada buluh.


5. Tuang minyak tanah ke dalam lubang yang telah ditebuk pada buluh tadi


6. Nyalakan api dan dah siap! Meriahkan laman anda dengan pelita buluh raya ni tau 😍




Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik


Monday, May 20, 2019

Cara Mudah Tut Pokok Tin


TANAMAN POKOK TIN merupakan satu jenis tanaman yang semakin minat ramai terutama orang disekitar kota disekeliling rumah ataupun di rumah condominium. Pokok tin ialah sejenis pokok yang berbatang lembut, pertumbuhan agak cepat dan mempunyai akar rerambut yang banyak.  

Selain menggunakan kaedah keratan batang, pokok tin ini pun boleh dibiakkan melalui kaedah tut. Dimana kaedah tut ini ialah buatkan pokok tersebut keluarkan akar pada bahagian tertentu sampai keluar akar dan akan dicantas dan kemudian akan ditanam pada tanah. Dan tak semua tanaman sesuai menggunakan kaedah ini. Antara buah yang sesuai gunakan kaedah tut pokok betik, pokok limau, pokok tin.




Perkara yang pertama perlu dibuat adalah dengan mencarik sedikit batangnya menggunakan pisau. Carik disekeliling batang tersebut tapi jangan terlalu dalam. Dan kemudian boleh dikopekkan kulit batang pokok tin tersebut dan buangkan lapisan kulit. Nak buangkan lapisan kulit tersebut pun ada tipsnya dan ada pemilihan batang yang tertentu. Cara pemilihan bahagian batang yang sesuai adalah batangnya tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Dan juga tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dimana senang untuk kita memotong lapisan kulitnya. 

Akar baru akan tumbuh dalam masa 4 minggu. Tapi masa yang sesuai untuk dipindahkan ke dalam polibeg adalah dalam 6 hingga 8 minggu. Disebabkan akar akan tumbuh dibahagian atas, perlu sapukan penggalakkan akar. Yang digunakan untuk kaedah ini adalah menggunakan serbuk kayu manis. Kemudiannya hanya perlu disapu pada bahagian batang yang dah dipotong.

        



Kemudian ambil satu botol kosong atau apa jenis botol plastik dipotong dan dibuat lubang pada bahagian bawah botol tersebut. Sebelum menebuk seeloknya ukur dahulu mengikut saiz batang yang bersesuaian. Bahagian yang telah dipotong pada botol itu perlu dilekatkan dengan lebih rapat bagi mengelakkan tanah yang akan diisi keluar. Jenis tanah yang digunakan adalah tanah sawit hitam. Dan boleh didapatkan di nurseri.Tanah yang diisi perlulah dimampatkan supaya tanah tersebut perlu kena pada bahagian batang yang dibuang kulitnya bagi menggalakkan pertumbuhan akar. 

Bila dah diisikan tanah, perlulah disiram atau dilembabkan sahaja tanah tersebut. Kemudian perlulah dibalut bahagian tersebut dengan plastik seeloknya plastik yang jernih dimana kita boleh nampak pertumbuhan akar tersebut. Perlulah diikat dengan kuat dan rapat supaya botol yang telah diisi tanah tersebut tidak akan tercabut.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom joinGeng Kebun Organik

Friday, May 17, 2019

BUAT DUIT DARI HOBI

Assalamualaikum, salam Jumaat dan salam 12 Ramadhan semua 😊
Minggu ni tips kejayaan nak kongsikan tentang dari hobi jadi wang ringgit. Haa, mesti korang tak pernah dengar tajuk ni kan 😏 Dan mesti juga ramai yang tak terfikir untuk jadikan hobi sebagai wang ringgit kan ?


Kalau nak tau,  hobi yang kita miliki boleh dijadikan sebagai wang ringgit sebab hobi kalau makin diasah akan mendapat hasil. Sebagai contoh, jika anda meminat melukis dan bakat lukisan dapat diasah dengan lebih mahir dengan hasil lukisan kita dapat jual untuk jadikan wang ringgit. 

Selain itu, hobi menjadi sumber rezeki dengan tanpa mengira jenis kemahiran yang dimiliki, ia tidak akan bermakna jika kita tidak menghargai dan menggunakannya dengan cara bijak apatah lagi jika hobi tu dapat menambah pendapatan sampingan bagi menghadapi cabaran ekonomi pada hari ini.



Di luar sana, ramai yang minat menanam dan hasil tanaman mereka dijadikan sebagai wang ringgit. Pada mulanya mereka hanya minat bercucuk tanam sahaja tapi disebabkan hasil tanaman yang banyak serta tak tau buat apa dengan hasil tersebut dengan menjual hasil tanaman untuk menambah pendapatan. Setiap manusia berbeza minat dan hobi, jadi tak salah untuk teruskan hobi kita tanpa rasa malu kerana hanya dengan hobi kita dapat jadikan ia sebagai wang ringgit kita. 

Jadi, tanam hobi kita sehinggakan boleh jana pendapatan kita ! πŸ˜‰

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik


Wednesday, May 15, 2019

Pokok Bunga Mabuk Bunga


Puan Noraini memang seorang yang sangat sukakan dan sayangkan pokok bunga. Kalau boleh sekeliling rumah dia memang akan ada pokok bunga. Paling beliau sayangkan adalah pokok bunga raya, dan pokok bunga mak datin. Puan Noraini akan mengambil pokok bunga ditepi jalan raya untuk ditanam semula kerana baginya pokok bunga yang berada ditepi jalan raya tidak mendapat penjagaan yang baik. Niatnya hanya untuk membiakkan pokok bunga tersebut dengan penjagaan yang lebih rapi.


Sebelum gunakan milagro, pokok bunga beliau tidak mengeluarkan bunga yang banyak. Bagi Puan Noraini kalau tiada pokok bunga beliau merasakan tidak lengkap hidupnya kerana antara pokok bunganya yang paling digemarinya adalah pokok bunga mak datin. Sampaikan sanggup ambil pokok bunga orang lain kalau tiada bunga di rumahnya.


Bila Puan Noraini menggunakan baja milagro, pokok bunga mak datin beliau penuh dengan bunga dan pokok bunganya akan naik dan bunganya susah nak gugur serta melekat pada pokok. Bagi Puan Noraini bila menanam ni baik untuk kesihatan walaupun beliau sakit beliau nak juga keluar untuk menanam.


Puan Noraini akan menyemaikan dahulu pokok bunganya barulah beliau akan menaburkan baja milagro. Pokok bunga beliau juga jarang diserang ulat. Puan Noraini juga rajin untuk berbual dengan pokok bunganya kerana baginya pokok bunga juga adalah makhluk yang hidup.


Puan Noraini juga sampai terpaksa cantas pokok daun limau purutnya kerana dahannya naik tinggi sampai kerumah jiran kerana penangan baja Milagro ni. Bagi Puan Noraini, tahap kesayangannya terhadap pokok bunganya sampai boleh buat gaduh kalau ada yang mengganggu pokok bunganya. Kata-kata dari Puan Noraini kena cuba baja milagro, rajinkan menyiram, membaja bagi yang minatkan menanam. Baginya bila gunakan baja Milagro ini sangat bagus baginya dan jangan putus asa kalau memang berminat untuk menanam sendiri.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

Tuesday, May 14, 2019

MULUT TEMPAYAN BOLEH DITUTUP


Ada tak tempayan dekat rumah yang terbiar je tapi tak guna pun. Sampai dah ada sarang labah-labah dekat situ. Untuk pengetahuan semua tempayan juga mampu dijadikan hiasan dan dekorasi tau. Ia boleh jadi sangat menarik dan sedap mata memandang jika pandai mendekorasikan dengan sebaiknya. Meh Milagro kongsikan beberapa dekorasi menggunakan tempayan.





Selain daripada dekorasi, tempayan juga boleh dijadikan sebagai pasu tau. Haa cantik sangat-sangat tau kalau tempayan dijadikan pasu. Daripada dibiar begitu sahaja lebih baik dijadikan pasu kanπŸ˜‹.
Jom Milagro kongsikan tempayan yang dijadikan pasu dan boleh dijadikan inspirasi kepada pembaca😘

                                                                           



Haa. Banyak tau kegunaan tempayan ni dalam kehidupan kita. Jadi jangan sia-siakan tau kalau ada tempayan yang unik ni di rumah andaπŸ˜‰


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍






3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...