Tuesday, June 29, 2021

5 TIPS KENALI POKOK TIMUN JEPUN ANDA DIJANGKITI PENYAKIT DAN CARA MENCEGAH UNTUK TANAMAN LEBIH SIHAT & SUBUR


  • Penanaman Timun jepun di Malaysia belum di perluaskan lagi sepenuhnya 

  • Timun jepun dan timun yang biasa di tanam di Malaysia mempunyai khasiat yang berbeza tetapi fungsi yang sama

  • Boleh dijadikan sebagai hidangan ulam 

  • Sangat rangup dan sedap di makan begitu saja 

  • Ia juga berbeza dari segi permukaan kulit. Dimana timun jepun mempunyai kulit yang Berbiji-biji, manakala timun biasa mempunyai kulit yang halus dan licin 

  • Mana yang lebih berkhasiat🤔?

  • Semestinya timun jepun lebih berkhasiat dan sesuai untuk mereka yang diet makan mengikut piramid makanan

  • Teknik tanaman timun jepun sama sahaja seperti timun biasa

  • Timun jepun kebiasaanya tumbuh dengan saiz yang kecil berbanding timun biasa

  • Bagaimana kita hendak dapatkan buah yang bersaiz besar?

  • Pasti nya dengan baja Milagro

  • Tak percaya🤨boleh cuba! Anda akan dapat hasil yang ajaib

  • Bagaimana kita nak kenal pokok jepun kita di jangkiti penyakit?

  • Antara penyakit yang sering di alami petani dan pekebun kecil dalam penanaman pokok timun ini ialah:


  1. Putus putih

  2. Akar reput

  3. Athracnose

  4. Virus Mosaic

  5. Bakteria layu



5 PENYAKIT POKOK TIMUN JEPUN YANG SERING DIHADAPI PETANI


  1. Putus putih

  • Tanda-tandanya:

  • Daun bertompok basah dan menjadi warna coklat keperangan 

  • Daun diselaputi seperti kapas putih

  • Keluarnya lendir dan pokok layu



  • Cara mengatasi:

  • Jika anda dapat kenal pasti tanda awal pada pokok timun

  • Jangan siram pokok anda

  • Jangan lakukan pembajaan selama seminggu

  • Cantas atau potong daun yang dijangkiti

  • Rawat kawasan tanaman dengan mengembur dan letak kan kapur

  • Selepas seminggu baru lah anda membaja dengan Baja MILAGRO satu sudu

  • Dan siram kan seperti biasa


  1. Akar reput

  • Tanda-tandanya:

  • Warna coklat pada pangkal dahan pokok yang berdekatan dengan akar

  • Daun menjadi kekuningan 

  • Pokok layu dan hujung dahan pokok timun mengering 


  • Cara mengatasi:

  • Jangan siram menggunakan air yang terlalu sejuk

  • Korekkan tanah hingga bahagian akar pokok dan buang kan pokok tersebut 

  • Pokok tidak dapat di selamat kan jika akar pokok sudah reput sepenuh ya

  • Rawat akar pokok dengan rendaman racun serangga perosak

  • Tanah yang dijangkiti perlu digali dan dibakar 



  1. Athracnose


  1. Tanda-tandanya:

  • Punca daripada kulat yang dipindahkan oleh serangga

  • Daun muncul bintik-bintik coklat, selepas itu daun akan menguning

  • Dahan pokok menjadi rapuh atau pecah

  • Buah tumbuh dengan saiz kecil dan cacat 


  • Cara mengatasi

  • Elak kan tanah terlalu lembap

  • Kerana ia mudah membiak ditempat yang lembap

  • Sebelum awal penanaman secara terus kepada tanaman 

  • Tanah perlu digembur terlebih dahulu

  • Untuk elakkan tanah terlalu lembap dan mempunyai Pengudaraan yang sempurna 




  1. Virus mosaic

  • Tanda-tandanya:

  • Punca penyakit adalah daripada Virus 

  • Tompok-tompok kuning dan jika dibiarkan ia akan menguning satu daun pokok timun

  • Jumlah bunga akan berkurangan seperti biasa

  • Pembentukan buah timun terbantut kerana Virus mengganggu pembentukan ovari pada pokok

  • Virus tersebar daripada tanah yang tercemar, rumput, alat berkebun, serangga perosak aphids dan angin yang membawa Sisa-Sisa TANAMAN yang berpenyakit


  • Cara mengatasi:

  • Lakukan pemeriksaan daun pokok secara berkala

  • Sebelum pindahkan atau tanam kan pokok timun secara terus ke tanah, pastikan tanah ditinggalkan selama 2 bulan jika ada tanam tanaman lain

  • Pastikan kawasan tanaman bersih daripada rumput 


  1. Bakteria layu

  • Tanda-tandanya:

  • Berlaku apabila cuaca terlalu panas dan tanah menjadi lembap

  • Muncul bintik-bintik putih atau Fungus di Pucuk muda

  • Daun berlubang dan pertumbuhan pokok terbantut

  • Buah timun diselaputi Fungus putih dan bentuk tidak seperti asal


  • Cara mengatasi:

  • Guna kan racun serangga perosak DIY bulatan sendiri daripada kulit bawang dan cili

  • Semburkan seminggu sekali di bahagian daun, tanah dan dahan pokok. Elakkan sembur di bunga pokok




Kesimpulannya, untuk dapatkan tanaman timun jepun yang sihat dan tidak dijangkiti penyakit kita perlu membuat pemilihan biji benih yang mempunyai variati yang berkualiti dan bebas daripada penyakit. Selain itu, teknik dan kaedah yang betul di awal penanaman hingga ke penjagaan yang rapi seminggu mengeluarkan hasil. Tempat kawasan tanaman juga perlu dititik beratkan daripada segi ke bersihkn rumpai degil yang boleh dijangkiti kepada pokok timun kita.

Amalkan pembajaan dengan sukatan yang ditempatkan dan jangan berlebihan.

🌳Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda yang lain


🌳 Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman boleh cuba buat dirumah! Kita geng!


Jom join group facebook Geng 
Kebun Organik 😍


Sunday, June 27, 2021

NAK TAHU KENAPA BUNGA POKOK GUGUR? INI DIA 5 SEBAB BUNGA POKOK GUGUR & CARA MENGAWAL UNTUK HASIL TANAMAN YANG SIHAT DAN CANTIK

  • Tak tahu nak buat apa time PKP ni? Ada masa terbuang macam tu je. Nak jana side income time ni, tapi tak tau nak buat apa?

  • Haa, jom sini saya kongsikan kepada anda. Mesti ramai yang suka bercucuk tanam di rumah kan. Lagi-lagi kepada suri rumah dan mereka yang sudah pencen.

  • Jom saya sharekan kenapa bunga pokok gugur walaupun pokok belum matang lagi dan cara bagaimana nak atasi masalah ini.

  • Kebiasaan nya anda mesti ada mengalami masalah ini kan. Pokok bunga semalam segar je mekar tengok-tengok harini dia layu dan gugur.

  • Baru nak petik bunga dah gugur dan tak dapat lebah nak hinggap untuk buat pendebungaan 

  • Ia sangat penting untuk kita kawal kerana:

  • Pokok bunga kelihatan sihat, cantik dan menarik

  • Berlaku pendebungaan secara semula jadi oleh serangga


  1. Pokok kekurangan nutrien yang lengkap untuk membesar


  • Apabila pokok kekurangan baja atau nutrien tertentu yang diperlukan dalam pertumbuhan putik bunga atau buah, ini akan menyebabkan bunga gugur sebelum matang

  • Selain unsur utama yang penting untuk tumbesaran pokok, kekurangan unsur lain seperti kalium, kalsium, boron, magnesium dan asid amino juga merupakan antara penyumbang putik bunga ini gugur sebelum waktu matangnya

  • Juga boleh berlaku apabila kadar penyerapan nutrien tidak berkesan dan tidak sampai diserap oleh pokok melalui dahan


     Cara Mengatasi

  • Pastikan pembajaan dilakukan secara berkala, lakukan pembajaan dengan baja MILAGRO satu kali untuk dua minggu.

  • Baja MILAGRO mempunyai bahan utama seperti tahi ayam yang telah diproses, ia diletakkan dua minggu sekali di tepi pasu untuk memperbaiki struktur tanah dan menggalakkan aktiviti mikrob di dalam tanah

  • Boleh guna Natural Plant Vaccine (NVP) yang mempunyai bahan Chitosan iaitu bahan polimer yang diperbuat daripada kulit udang bagi membantu penyerapan nutrien dan sebagai perangsang tumbuhan dan menguatkan daya tahan pokok pada penyakit


  1. Pendebungaan tak berlaku secara semula jadi oleh serangga (natural pollination)

  • Bunga akan gugur apabila pendebungaan secara semula jadi oleh serangga tidak berlaku

  • Untuk sesetengah pokok jika bunga gugur adalah normal. Seperti pokok cili, bunganya gugur pada kali pertama pokok berbunga.

  • Ada beberapa jenis pokok mempunyai jantina jantan dan betina dalam satu pokok

  • Pokok akan mengeluarkan bunga jantan 2 minggu lebih awal berbanding bunga betina

  • Apabila tiada bunga betina pada masa itu, bunga jantan akan gugur dengan sendiri kerana tidak berlaku pendebungaan secara semula jadi

  • Contohnya, seperti pokok labu, peria, timun dan tembikai. Pokok jenis yang menjalar.

  • Ada juga pokok yang mempunyai dua bahagian reproduksi iaitu jantan (stamen: anther, filament) dan betina (carpel: stigma, style, ovary, ovule) dalam satu kuntum bunga seperti terung, bendi, tomato dan bunga raya. 

  • Ada juga pokok yang mempunyai satu bahagian reproduksi sahaja, sama ada ia pokok jantan atau pokok betina seperti pokok kelapa dan pokok betik. Bunga akan gugur jika tiada pendebungaan berlaku.

  • Pendebungaan boleh berlaku melalui agen pendebungaan seperti angin, serangga dan manusia . 

  • Jika sesuatu tempat tiada angin atau serangga (Natural pollination) seperti lebah, kelulut, kumbang, semut, rama-rama atau kupu-kupu, pendebungaan sukar berlaku dan ini menyebabkan bunga yang tidak dapat disenyawakan akan kering dan gugur

  • maka bantuan manusia diperlukan untuk membantu pendebungaan (Hand pollination).

 

 Cara Mengatasi 

  • Lakukan pendebungaan secara manual atau hand pollination dengan cara menemukan bahagian bunga jantan (anther) kepada bahagian bunga betina (stigma)

  • Bagi pokok yang mempunyai dua bahagian reproduksi iaitu jantan dan betina dalam satu kuntum bunga seperti pokok cili, tomato, terung dan bendi, boleh juga guna cara dengan menjentikkan sikit tangkai bunga supaya bahagian bunga jantan yang mengandungi debunga dapat bertemu dengan bahagian bunga betina dan seterusnya membantu proses pendebungaan

  • Kaedah mudah untuk kita kenal mana satu bunga jantan dan bunga betina adalah kebiasaannya pada bunga betina kita akan dapat melihat bentuk buah dibawah kelopaknya berbanding bunga jantan yang tiada putik buah


  1. Keadaan cuaca yang panas

  • Cuaca yang terlalu panas akan menyebabkan pokok stress dan bunga pokok akan gugur untuk pokok terus hidup “survive” 

  • Keadaan yang panas pokok akan kekurangan air, pokok tak dapat untuk salurkan air  sepenuhnya kepada tumbuhan.

  • Penyerapan air di dalam tumbuhan menjadi perlahan dan bunga berada dihujung pucuk.Ia menjadikan bunga pokok gugur dengan cepat sebelum pokok matang 

 

Cara Mengatasi

  • Pastikan tanah sentiasa dalam keadaan lembab dan siram dua kali sehari

  • Pada waktu pagi dan petang

  • Letakkan pokok di tempat yang redup sama ada menggunakan jaring hitam atau letakkan tumbuhan di bawah teduhan pokok besar

  • Menggunakan kaedah sungkupan/mulching untuk menutup permukaan tanah dengan silvershine, sabut kelapa, dedaun gugur, jerami padi, rumput kering untuk kekalkan kelembapan tanah

  • Kaedah ini sesuai untuk tanaman terus pada tanah

  • Letakkan di bahagian tepi batas tanaman secara menegak


  1. Pokok kurang dapatkan cahaya matahari sepenuhnya

  • Untuk pokok hidup subur dan sihat cahaya matahari adalah sumber penting yang diperlukan oleh tanaman

  • Untuk pokok menjalankan proses fotositensis dan aktiviti metabolisma bagi penghasilan makanan sendiri

  • Cahaya matahari juga diperlukan dalam proses transpirasi untuk membekalkan air dan mineral terlarut (nutrien) yang terdapat di dalam tanah untuk diserap oleh akar kemudiannya ke seluruh bahagian pokok seperti daun, batang, bunga dan buah supaya dapat digunakan oleh pokok untuk membesar dengan baik dan sempurna

  • Jika cahaya matahari kurang, berkemungkinan nutrien tidak dapat diserap sepenuhnya oleh pokok dan pertumbuhan akan menjadi terbantut dan penghasilan buah kurang berkualiti serta bunga juga akan gugur apabila pokok dalam keadaan tidak sihat kerana kekurangan nutrien untuk pokok membesar

 

Cara Mengatasi

  • Pastikan pokok menerima cahaya sekurang-kurangnya 4-6 jam sehari sama ada cahaya pagi atau petang untuk penghasilan buah yang lebih berkualiti dan sihat



  1. Terlebih penggunaan baja

  • pokok akan menghasilkan lebih banyak daun berbanding bunga apabila terlebih nitrogen. Oleh itu, pembajaan dengan baja NPK (12:12:17) atau baja buah yang tinggi unsur kalium berbanding nitrogen adalah perlu untuk membantu tumbesaran bunga bagi penghasilan buah

  • Apa itu NPK. N adalah untuk nitrogen yang berfungsi untuk akar membesar sihat, P untuk Phosphorus bagi tumbesaran daun dan K untuk potasium bagi penghasilan buah yang berkualiti

  • Seperti yang ada dalam Baja MILAGRO. 

  • Untuk pokok durian, ketika pokok mengeluarkan bunga tak digalakkan membaja kerana baja tersebut bersifat panas dan boleh menyebabkan bunga durian kering dan gugur

 

Cara Mengatasi

  • Cantas sebahagian daun bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru dan bunga

  • Gunakan baja MILAGRO 2 minggu sekali di awal bunga pertama muncul bagi menggalakkan pertumbuhan bunga dan menguatkan sel tisu tumbuhan supaya putik bunga tidak mudah gugur


    🌳Jadi bunga pokok gugur ada sebab nya. Kita perlu kenal pasti ia bagus untuk pokok kita atau tidak dan cara mengawalnya.


    🌳Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda yang lain


    🌳 Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman boleh cuba buat dirumah! Kita geng!


    Jom join group facebook Geng
    Kebun Organik 😍

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...