Tuesday, April 30, 2019

RUMPUT TIRUAN PENYERI

Assalamualaikum salam hari rabu. Minggu ini tips dekorasi ingin berkongsi mengenai langkah mudah memasang rumput tiruan di balkoni. Dah nak puasa ni kejap lagi nak raya pulak. Haa pasti meriah balkoni rumah anda selepas dihiasi oleh rumput hiasan ini waktu hari raya nanti. Walaupun hanya hiasan namun ia mampu menenangkan sesiapa sahaja yang memandangnya. Bukan sahaja sesuai diletakkan di balkoni malah boleh diletakkan di halaman rumah sebagai penghias laman.


Haa sedap jee kan mata memandang bila ada rumput hijau seperti ini lagi-lagi kalau dihiasi dengan tanaman😍. Jom saya kongsikan cara pemasangan rumput tiruan ini.

  1. Kenal pasti ruang yang hendak di pasang dan pastikan ia sesuai untuk pemasangan rumput tiruan.
  2. Bersihkan kawasan yang hendak diletakkan rumput tiruan daripada sebarang kotoran. Alihkan barangan yang terdapat di ruangan tersebut. 
  3. Ukur ruang balkoni anda ataupun ruang laman anda dan membuat ukuran yang tepat menggunakan pita pengukur. 
  4. Bentangkan rumput tiruan memenuhi ruangan yang telah ditetapkan. Potong lebihan rumput tiruan menggunakan pisau pemotong
  5. Untuk mencantikkan lagi ruang balkoni anda letakkan batu putih seperti batu sungai di sepanjang sudut balkoni dan boleh letakkan bunga-bunga yang berkenan di hati.

Psst Milagro ada buat contest tau sempena Ramadhan ni iaitu  Cabaran 30 Hari Milagro. Hadiah yang ditawarkan juga sangat lumayan. Jom join contest ini! 😍😍

Sumber : Impiana

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik






Monday, April 29, 2019

KELEBIHAN BUAH KURMA DAN KHASIATNYA

KELEBIHAN BUAH KURMA DAN KHASIATNYA
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Bila kali terakhir anda makan buah kurma? Rata-rata warga Nusantara lazimnya hanya makan kurma bila Ramadhan menjelma sahaja. Diharap selepas anda membaca artikel ini, kita sama-sama dapat mengambil buah kurma pada setiap hari kerana khasiat yang dimiliki oleh makanan sunnah ini sangat luar biasa kelebihannya dan telah disunatkan kepada kita untuk makan sejak turunnya Islam di muka bumi ini.

Buah kurma atau nama lainnya tamar berasal dari kawasan Asia Barat Daya (senang cerita dari kawasan negara Arab dan kawasan kering). Terdapat pelbagai jenis kurma yang boleh kita temui di pasaran dan harga kurma bergantung kepada jenis kurma tersebut. Antara jenis kurma tersebut adalah seperti ajwa, mabroom, anbara, safawi, sukkari dan sebagainya. Sebaiknya jika kita ingin mengambil kurma, kita disarankan untuk mengambil dalam bilangan ganjil seperti satu, tiga, lima atau tujuh. Namun tahukah anda apakah khasiat kurma sehingga kita digalakkan untuk memakannya? Ikuti kupasan kami :)

  1. Melawan penyakit berjangkit
  2. Melawan kanser
  3. Mengurangkan risiko kencing manis
  4. Anti keradangan
  5. Mengurangkan risiko alzeimer
  6. Meningkatkan kesihatan otak
  7. Memudahkan proses bersalin dan menyihatkan rahim
  8. Menguatkan tulang
  9. Dapat membekalkan tenaga berpanjangan.
Haa banyak kan kelebihan buah kurma ni? jadi anda semua jangan lupa makan buah kurma walaupun bukan bulan Ramadhan tau :)

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

Sunday, April 28, 2019

Tips Tanam Pokok Indoor Dalam Rumah

Kalau dah minatkan penanaman pokok ni, tak ada tanah pun mesti akan cari cara juga untuk ada tanaman dalam rumah. Salah satunya adalah menggunakan tanaman indoor yang dimana kebanyakannya sesuai untuk hiasa sahaja dalam rumah. Bukan je nampak cantik, malah akan rasa tenang je bila tengok tanaman indoor ni sebabkan kehijauannya.


Bukan sahaja boleh diletakkan atas meja atau atas lantai malah disetiap ruang dalam rumah pun boleh diletakkan jenis tanaman pokok indoor ni. Antara tanaman yang boleh diletakkan dalam kawasan rumah seperti pokok bunga orkid, aloevera, pokok lidah jin, pokok bunga lavendar, kaktus.

Tapi, kebanyakannya cuma perlu ditanamkan dalam pasu je. Walaupun tiada tanah, penggunaan pasu pun memudahkan untuk menanam lagi-lagi kawasan dalam rumah. Penjagaannya pun mudah dan tidak mudah rosak seperti diserang serangga seperti pokok diluar kawasan rumah.

Tapi, penjagaan yang baik pun perlu untuk pastikan tanaman indoor ini semua sentiasa dalam keadaan yang segar dan baik. Antaranya


PENCAHAYAAN

Walaupun tanaman tersebut sesuai untuk indoor tapi pencahayaan matahari untuk tanaman tersebut pun penting juga ye. Cara paling mudah letakkan pasu tanaman tersebut berdekatan dengan kawasan yang mudah mendapat pencahayaan seperti berdekatan tingkap atau ruangan balkoni.


PENYIRAMANAN 

Penyiraman pun main peranan bagi memastikan pokok tanaman kita tu terus hidup. Pokok yang disiram terlalu banyak air atau kekurangan air boleh menyebabkan risiko pokok menjadi layu dan mati.  Penyiraman sehingga menyebabkan air bertakung atau air terlebih pun akan mengakibatkan tanaman kita tu mati. Jadi, cara nak kenalpasti samada penyiraman kita tu cukup atau tidak dengan periksa kelembapan tanah tu dan perlu lihat juga dari segi saiz pasu.

PEMBAJAAN

Sekiranya cahaya memberikan sumber tenaga kepada tanaman, baja pula akan membekalkan nutrient yang diperlukan oleh tanaman untuk terus membesar dengan subur. Baja yang diberikan juga perlu bergantung kepada jenis tanaman yang ditanam. Jika pasu tanaman tersebut kecil, mungkin penggunaan baja pun hanyalah dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Kalau letak terlebih baja pun, akan memberikan kesan juga pada tanaman tersebut.

PINCHING DAN PRUNING

Pinching :
Kerja-kerja pinching ini dilakukan dengan membuang hujung batang utama pada pokok bunga menggunakan ibu jari. Ia bertujuan untuk memastikan bunga yang akan tumbuh kelak akan kelihatan kembang dan mekar dan tidak hanya kelihatan tumbuh menegak tanpa kembang dan tidak semua tanaman sesuai menggunakan kaedah ni ye.

Pruning:
Pruning pula adalah tidak digalakkan untuk memangkas dengan hanya menggunakan tangan. Sebaiknya menggunakan alatan khusus untuk melakukan kerja kerja pruning ni. Ianya dijalankan bagi mencantas dahan dahan yang merimbun,mengalakkan bunga keluar, membuang dahan dahan yang mati dan membuang daun yang kuning atau berpenyakit di mana ia boleh mengundang serangan kulat.

PEMASUAN

Ianya bermaksud menukar pasu tanaman tersebut. Sebab bila tanaman makin besar, akarnya akan menjadi lemas dan akan membantutkan pertumbesaran tanaman kemudian akan menyebabkannya mati. Bila melakukan pemasuan, pasu yang baru hendaklah lebih 2 inci lebar, 2 inci dalam daripada pasu asal. Ini kerana, pasu yan besar akan memberikan akar ruang yang banyak untuk membesar.

Memang seronok menanam ni kan, tapi jangan pula ambil mudah cara penjagaannya.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

Friday, April 26, 2019

LEBIH BAIK TANAM SENDIRI JE

    Encik Ismail yang menetap di Klebang, selama beliau menggunakan baja milagro ni, nampak hasil buah daripada pokok-pokoknya. Sebelum gunakan baja milagro ni, masalah yang Encik Ismail hadapi adalah serangan serangga seperti dena putih di pokok-pokok buahnya dan susah nak keluarkan hasil.

    Bila dah taburkan milagro, pokok-pokok yang lama tak berbuah dah nampak keluar buahnya, pokok bunga pun nampak lebih banyak bunga. Antaranya pokok mangga Encik Ismail yang dulunya sering diserang dena putih tapi setelah gunakan milagro ni nampak bunga pun telah berputik.

    Selain itu, pokok mata kucing yang sebelum ini susah nak keluar buah walaupun pokok dah nampak besar. Tapi lepas gunakan milagro dah nampak pokok mata kucing tersebut keluar buah. Pokok jambu batu beliau juga bila ditanam dah lama tapi tak mengeluarkan buah juga. Bila dah ditaburkan baja milagro ini, beliau rasa seronok keranan pokok jambu batu beliau dah boleh dimakan hasil.

  Seterusnya, pokok mangga Encik Ismail dibelakang rumah walaupun saiz pokoknya nampak kecil tapi bila gunakan baja milagro ni dah boleh keluarkan hasil dan dapat dimakan hasilnya. Bagi beliau pokok tersebut macam terpaksa untuk berbuah bila dah gunakan baja milagro. Encik Ismail juga banyak menanam pokok sayur-sayuran dan pokok buah kerana bagi beliau ianya boleh dimakan sendiri bila ditanam sendiri bila gunakan baja milagro.

    Bagi Encik Ismail bila menanam sendiri dapat hasil yang sangat berganda adalah suatu pengalaman yang manis baginya kerana ia umpama bekerja untuk dapat gaji. Baginya ia juga sangat berpuas hati kerana lebih menjimatkan berbanding beli dikedai atau dipasar.

Anda minat menanam ? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

PERSIAPAN SEBELUM BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam jumaat :)

Allahu, tanpa kita sedari kita baru je tinggalkan bulan Rejab, sekarang kita dipenghujung bulan Syaaban. Dan tinggal berapa hari je lagi kita akan melangkah masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak. Subhanallah ! Aura Ramadhan kian terasa, mesti pembaca pun tidak sabar untuk merasai Ramadhan tahun ni kan 😏


Setiap kali masuk bulan Rejab sentiasa amalkan doa ini " Ya Allah berkati hidup kami di bulan Rejab ini serta di bulan Syaaban dan panjangkan umur kami untuk bertemu Ramadhan kali ini ". Hadis Riwayat Imam Ahmad, Rasulullah bersabda: 

"Ketika datang bulan Ramadhan, telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan Ramadhan juga pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup serta syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan tersebut ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini)." 

Berikut adalah persiapan yang perlu kita buat sebelum bertemu di bulan Ramadhan :

  • Perlu persiapkan hati agar sentiasa teruja dengan datangnya bulan Ramadhan yang bakal menjelang 
  • Sentiasa panjatkan rasa kesyukuran kerana Allah SWT panjangkan usia kita untuk bertemu bulan Ramdhan dengan membuat sujud syukur pada malam 1 Ramadhan 
  • Memperbanyakan mempelajari ilmu-ilmu berkaitan dengan hal-hal berkenaan ibadah puasa seperti rukun, perkara yang membatalkan puasa, adab dan sebagainya 
  • Menjaga kesihatan supaya mudah untuk mengerjakan amal ibadah di bulan Ramadhan 
Jangan lupa untuk buat persiapan mental dan fizikal sebelum bertemu bulan Ramadhan πŸ˜„ Rebutlah peluang di Ramadhan kali ini dengan memperbanyakan amal ibadah dan tingkatkan amal soleh agar kita menjadi hamba Allah yang taat akan perintahNya, InshaAllah .



Anda minat menanam? KITA GENG 😍😍  

Wednesday, April 24, 2019

BEKAS KITAR SEMULA UNTUK MEDIA TANAMAN

Assalamualaikum pembaca semua. Pagi! Haa,, pasti kebanyakan pembaca merungut kerana bekas-bekas semaian yang dijual di pasaran terlalu mahal harganyaπŸ˜“. Pada yang baru berkecimpung dengan dunia menanam pasti akan membebankan.

Tetapi jangan risau, tips diy pada minggu ini akan berkongsikan bekas kitar semula yang boleh digunakan untuk menyemai biji benih 😍. Bukan sahaja untuk menyemai biji benih bahkan bekas2 ini juga sesuai untuk dijadikan pasu kepada pokok-pokok yang bersaiz kecil.


Selain daripada menggunakan bekas semaian ataupun polibeg, bekas kitar semula ini juga boleh digunakan, antaranya :

1. Tupperware
                                             

Pasti dekat rumah korang ada kan tupperware ni. Jadi jangan sesekali buang sebab ia boleh membantu dalam penyemaian biji benih. Disebabkan ia bersaiz besar boleh memuatkan banyak biji benih di dalamnya.

2. Bekas aiskrim


Bekas kedua adalah bekas aiskrim. Sekiranya pembaca ada membeli aiskrim gunakanlah bekas asikrim tersebut sebagai bekas semaian ataupun pasu kepada tanaman anda.

3. Bekas cup plastik


Bekas cup plastik ataupun bekas dadih juga boleh digunakan untuk menyemai biji benih. Cuci sehingga bersih dahulu bekas yang ingin digunakan dan keringkan. Setelah kering bolehlah menyemai biji benih di dalam bekas tersebut. Comel je kan😍

4) Plastik beras


Haa. Selalu mesti pembaca terus buang je kan bekas beras yang dah habis tu. Jangan buang, kerana ia boleh digunakan semula untuk menyemai biji benih ataupun boleh terus dijadikan pasu. Haa dah jimat wang di situ.

Tips kepada pembaca yang ingin menggunakan bekas kitar semula ni :
  • Pastikan cuci bersih bekas tersebut dan keringkan untuk mengelakkan sebarang bakteria yang boleh menganggu pertumbuhan pokok
  • Bagi bekas semaian bersaiz kecil seperti cup plastik, hendaklah selalu memerhatikan tanahnya kerana mudah kering. Semburlah dengan air untuk mengekalkan kelembapan tanah

Haa menariknyaa perkongsian tips diy minggu ini. Semoga para pembaca mendapat manfaat daripada perkongsian tips diy minggu ini😘


Sumber : Tanomkinotuan

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik


IDEA LAMAN DEPAN RUMAH

Assalamualaikum, Salam hari Rabu dan salam tips dekorasi😍. Pasti rumah anda semua ada halaman rumah kan? Pasti terasa kosong je laman jika tidak dihiasi dengan dekorasi dan bunga bungaan yang sedap mata memandang. Tips dekorasi minggu ini ingin berkongsi mengenai tips bagaimana mahu membuat taman depan rumah sendiri.



1. Menganalisis kemampuan yang dimiliki
  • Menghias halaman rumah dengan seadanya mengikut kemampuan. Sebagai contoh, hias menggunakan pokok-pokok bunga yang tidak mempunyai tinggi kos kerana ia juga boleh mencantikkan laman sekiranya digunakan sebaiknya
2. Membuat pembersihan di kawasan taman
  • Membersihkan dahulu kawasan yang hendak dibuat taman supaya ruangan tersebut kelihatan kemas dan tidak serabut

3. Mula di kawasan hadapan 
  • Supaya laman tidak kelihatan serabut, mula menghias laman di bahagian hadapan dahulu iaitu berdekatan dengan pagar dan juga pintu masuk
Semoga anda semua mendapat manfaat daripada perkongsian pada minggu ini !



Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍




Tuesday, April 23, 2019

KENAPA GAJAH DI SAPU KUNYIT????

KHASIAT KUNYIT BUKAN BIASHE-BIASHE
Baru-baru ini kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan beberapa keping gambar seekor gajah yang viral. Di dalam gambar tersebut menunjukkan seekor gajah yang dilumurkan ke seluruh badannya dengan serbuk kunyit oleh pihak Zoo Negara Malaysia. 

Tentunya perkara ini bukanlah dilakukan tanpa sebarang sebab yang munassabah melainkan sudah dikaji oleh para saintis akan khasiat dan kelebihannya. Tapi persoalannya adalah ada apa dengan kunyit? Adakah pihak Zoo Negara Malaysia berhajat menghidangkan kepada pekerja mereka makan malam gajah goreng kunyit? Ikuti kupasan artikel kami..

Kunyit juga dikenali dalam erti lain sebagai Saffron India. Tanaman ini dipercayai berasal daripada Asia Selatan. Kunyit telah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu di nusantara dan India dalam apa jua masakan terutama dalam masakan gorengan. Hal ni kerana kunyit merupakan rempah dalam masakan yang dapat menjadikan makanan seharian kita lebih enak. 

Keseluruhan bahagian pokok kunyit boleh digunakan dalam masakan termasuklah daun dan kunyit itu sendiri. Kini, masyarakat kita telah berinovasi dengan menghasilkan kunyit dalam bentuk serbuk. Sebenarnya apakah khasiat yang ada pada kunyit yang kita makan setiap hari dalam kehidupan kita? 

1. Menentang keradangan
2. Menentang radikal bebas yang menjadi punca utama pembentukan sel kanser
3. Menyembuhkan luka pada kulit
4. Merawat gigitan serangga
5. Bertindak sebagai anti-septik pada kulit
6. Melambatkan proses penuaan
7. Menyuburkan badan


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

Sunday, April 21, 2019

ADA APA DENGAN POKOK CEKUR

Siapa yang tak kenal tanaman cekur ni memang sinonim dalam masakan orang Melayu. Tanaman ini biasanya ditemui atau ditanam di sekitar kampung dan jarang ditemui di bandar. Khasiatnya yang pelbagai dan juga cara memasaknya yang mudah menjadikan sayuran cekur ni suatu tanaman yang digemari ramai juga.

Daun cekur sangat berkhasiat bagi ibu yang baru bersalin dan bayi di mana daun ini akan dihancur dan dilumatkan lalu ditampal di payudara ibu bagi meransang penghasilan susu.

Air rebusan daun cekur manis ini boleh diminum bagi pemulihan rahim terutama bagi ibu yang bersalin, mengubati demam panas, masalah pembuangan air kecil, rawatan sakit kepala dan penyakit kardiovaskular. Jika mengambil daun cekur ni secara berlebihan, ada yang mengatakan ia akan menyebabkan seseorang itu berasa pening. Ianya mungkin kerana cekur mempunyai sifat yang berangin ketika dimakan.

Pokok cekur boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ditanam secara biji benih. Lazimnya pekebun lebih gemar menanam secara keratan batang kerana ia cepat bercambah dan tumbuh subur berbanding menaman secara biji benih yang akan lambat untuk tumbuh.

Pokok cekur ini sesuai ditanam atas pelbagai jenis tanah. Sekiranya cuaca terlampau panas hingga menyebabkan tanah rasa kering, pokok cekur ni perlulah disiram pada permukaan tanah agar tanah sentiasa lembap bagi menggalakkan pertumbuhan tunas dan pucuk.

Untuk pertumbuhan cekur yang terbaik, keratan batang boleh di semai secara menegak di dalam polibeg dan diletakkan di kawasan yang agak terlindung dari cahaya matahari. Keratan batang ini perlulah disiram sekali sehari dan dilindungi dengan sungkupan.  Pokok cekur yang telah bercambah dan mengeluarkan tunas boleh dipindahkan ke atas batas.

Selain itu, cara mudah tanam cekur bagi yang jarang nak menyiram dengan menggunakan pasu. Dan yang pasti pasu tersebut mempunyai lubang dan sediakan tuala serta bekas kosong. Kaedah ini adalah cara menanam semula.

Mula-mula masukkan kain ke dalam pasu yang berlubang sebelum dimasukkan tanah. Ianya bagi memudahkan penyerapan air berlaku dan kemudian baru letakkan medium tanah dan buat lubang dibahagian tengah dan tanamkan semula daun cekur itu. Kemudian ambil bekas kosong tersebut isikan air dan letakkan pasu tersebut diatas bekas kosong itu.







Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik


















Thursday, April 18, 2019

Hobi seorang Cikgu

Cikgu Zul seorang yang baru je pencen dari bekerja dan juga seorang penghidap kanser. Beliau menjadikan aktiviti menanam ni sebagai hobi dia diwaktu lapang. Bagi beliau, tumbuhan ni juga merupakan makhluk Tuhan yang bernyawa. Cikgu Zul juga berpendapat bahawa bila kita menjaga tanaman ni dengan baik, maka tanaman pun akan bagi pulangan yang baik kepada kita. Beliau merasakan keseronokan bila banyak tanaman ada disekeliling dia.

‘Dulu daunnya tak sehijau macam sekarang daunnya nampak hijau lebih pekat, nampak subur, dan dah berbuah.’ kata Cikgu Zulkifli. Pokok limau sunkist beliau juga nampak lebih subur dan nampak tumbesarannya lebih besar, daun nampak lebih kembang dan menarik berbanding yang dulu walaupun nampak subur tapi tumbesarannya tidak meningkat.

Pokok durian montong Cikgu dulu susah nak naik walaupun nampak kembang tapi bila dah taburkan baja milagro ni ketinggiannya sudah sama tinggi dengan Cikgu Zulkifli. Sama juga dengan pokok cempedak Cikgu Zulkifli bila dah taburkan baja milagro ni nampak lebih tinggi.

Pokok Cikgu Zulkifli yang lain ada juga masalah susah nak naik , daun sikit dan bila dah letakkan baja milagro, dahannya mula bercambah, daun lebih banyak dan dahan nampak lebih tinggi lebih subur. Selain itu, pokok mata kucing yang sebelum ni hampir nak mati juga kembali segar dan subur serta nampak pucuk baru mula tumbuh. Pokok durian Cikgu Zul juga nampak lebih meriah daunnya berbanding sebelum ini hanya nampak sihat tapi daunnya kurang.  

Bagi Cikgu Zul, beliau menggunakan Milagro ni sebabkan keseronokan dan rasa sayangnya terhadap tanaman dan sokongan beliau kepada Milagro kerana buatan bumiputera dan beliau merasakan beliau patut memberikan sokongan. 
Nak tahu apa lagi kata Cikgu Zul? Boleh tahu lebih lagi dalam segmen Live Cikgu Zulkifli. ( Klik link ni )

Anda minat menanam? KITA GENG 😍😍  

Tuesday, April 16, 2019

MADU PENYEMBUH PENYAKIT MENURUT AL-QURAN

Madu adalah sejenis cairan yang dihasilkan oleh tumbuhan yang kemudiannya dikumpulkan oleh lebah di saranganya. Lebah mengumpulkan madu ini sebenarnya bertujuan untuk menyediakan ubatan kepada manusia. Menurut Al-Quran melalui firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 69, dalam madu itu terdapat ubat yang tersedia sebagai penyembuh penyakit bagi manusia.

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia,’ kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (Quran Surat An-Nahl Ayat 68-69)



Hal ini bertambah menarik lagi apabila diceritakan oleh Al-Quran iaitu terdapat sungai madu di syurga bertujuan sebagai minuman bagi penghuninya melalui surah Muhammad ayat ke 15.

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) jannah yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?”  (Quran Surat Muhammad Ayat 15)

Uniknya lebah ini bukan hanya pada madunya, tetapi menurut kajian sengatan lebah juga berupaya menyembuhkan beberapa penyakit. Tapi kepada pembaca, jangan cuba aksi peluk sarang lebah sebab sengatan yang berlebihan akan mendekatkan diri kita kepada Tuhan (mati). hehe.



Terdapat banyak jenis madu yang dihasilkan oleh ratusan spesis lebah atas muka bumi ini. Namun tahukah anda madu yang manakah paling terbaik? Ikuti rungkaian persoalan ini.

1. Madu Tualang - Merupakan antara madu terbaik tetapi sukar diperoleh kerana berada di tengah hutan tebal dan terletak di dahan pokok yang terlalu tinggi. Tidak ramai sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mengambil madunya.

2. Madu Yaman/Yemen - Madu yang telah terbukti terbaik di dunia oleh para saintis tetapi harganya juga adalah termahal berbanding jenis madu lain.

3. Madu Ratu/Susu - Sejenis madu yang bewarna putih kekuningan seperti susu. Madu ini sangat sukar didapati kerana madu ini hanya diminum oleh Ratu lebah. Ratu lebah adalah lebah yang paling besar, sihat, dan panjang usianya. Oleh itu, ramai percaya sesiapa yang minum madu ratu/susu akan dapat kesan yang sama seperti ratu lebah itu.

4. Madu Kelulut - Madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut. Biasanya lebah ini membina sarang di kawasan tunggul kayu atau tanah. Rasanya agak pahit kemanisan.

5. Madu Asli - Sejenis madu yang dimiliki oleh para suami tanpa pengetahuan isteri. Madu sejenis ini lebih pahit berbanding madu kelulut bagi isteri, tetapi manis pada suami. (jangan marah ya- hehehe)

Demikianlah antara jenis madu yang terbaik. Namun begitu, tahukah anda apakah khasiat madu? Baca kupasan kami untuk anda selanjutnya :)
1. Menambah bilangan sel darah merah (hemoglobin)
2. Sumber vitamin dan mineral
3. Pengganti gula
4. Bertindak sebagai pribiotik (membantu sistem penghadaman)
5. Bersifat anti kanser
6. Melegakan batuk yang teruk
7. Melegakan sakit perut

Artikel oleh: Muhammad Rafi

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik 

Monday, April 15, 2019

4 TIPS NAK BERJAYA !

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua 😊 Minggu ni, tips kejayaan nak kongsikan 4 Tips Nak Berjaya ! Pembaca mesti nak tau kan bagaimana nak jadi berjaya, kan ?😏 Team kami akan kongsikan tips tersebut supaya pembaca dapat manfaat sama ✌

Sentiasa amalkan 4 tips ni jika nak berjaya dalam perniagaan. Nak tau 4 tips tu ? Jom teruskan membaca πŸ˜‰

1) Cabar Diri Sendiri 



Nak jadi seorang yang berjaya bukanlah perkara yang mudah kerana banyak rintangan perlu dihadapi. Cabar diri sendiri adalah perkara paling utama nak berjaya dan kena sentiasa cabar serta yakin dengan diri sendiri. Kalau nak tau, ramai diluar sana nak berjaya tapi tidak mempunyai keyakinan diri untuk melakukan sesuatu yang baru dalam kehidupannya. 

Musuh utama dalam diri kita adalah SIKAP NEGATIF, nak jadi seorang yang berjaya kena buang jauh-jauh sikap negatif dan gantikan dengan Vibe positif untuk membina keyakinan dalam diri. Percaya pada diri sendiri ! 


2) Sentiasa Positif 



Sentiasa pujuk diri sendiri untuk positif dalam apa jua keadaan. Dalam kehidupan seharian kita ni, tak boleh nak diketepikan lagi adat dalam kehidupan ada masanya berada di atas dan ada masanya berada di bawah. Kehidupan kita ni umpama roda yang berputar. Jika ada masalah atau ujian mendatang kena set dalam diri untuk sentiasa positif dengan situasi yang dihadapi. Kalau boleh, jangan biarkan fikiran yang negatif menguasai diri, belajar untuk terima sesuatu perkara dengan positif dan tenang. 


3) Self Realisation (Kesedaran Diri)



Sentiasa memberi kata-kata semangat pada diri sendiri. Kalau boleh lepas bangun, cuba untuk cakap pada diri " Saya bole lakukan ! ". Ujian yang kita lakukan, diri sendiri sahaja yang tau tahap kemampuan dalam melakukan sesuatu. Dan sentiasa proud pada diri apa yang kita lakukan, kerap puji diri sendiri tau !


4) Self Talk 



Jangan pernah berhenti untuk berdoa kepada Allah kerana setiap rezeki yang kita peroleh tu semua datangnya dari Allah. Sentiasa juga bersyukur dengan setiap rezeki yang diperoleh dan motivasi pada diri sendiri.  


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

Friday, April 12, 2019

POKOK KERTAS MEMERIAHKAN LAMAN


    Bagi Puan Fatimah, perancangan awalnya menanam hanya untuk membuat pagar bagi mengelakkan anak-anaknya berlari ke jalan tapi setelah menjadi salah seorang pengguna milagro, kawasan rumahnya menjadi meriah dengan pokok bunga dan poko buah. Beliau telah menanam selama 5 tahun. Sebelum menggunakan milagro, hasil pokok bunga kertasnya tidak seperti sekarang dan tidak kekal lama serta bunganya keluar tidak berhenti.

‘Apa yang akak terkejut, pokok ni dah lama akak tanam, dah pelbagai baja akak gunakan sampai dah besar batang dia tak pernah bebruah, akak rasa pokok ni tak berbuah kot.’ Setelah menggunakan baja milagro ni, kesannya sangat positif dan mengeluarkan buah serta putik baru dalam masa 2 minggu.

Pokok delima Puan Fatimah berbuah tapi tidak mengeluarkan hasil yang banyak seperti sekarang setelah menggunakan baja milagro. Perasaan Puan Fatimah melihat hasil tanaman pokoknya keluar sangatlah gembira kerana hasilnya berganda daripada yang sebelumnnya.

Hasil yang Puan Fatimah dapat daripada pokok buahnya beliau akan bagi kepada ahli keluarga, saudara mara dan juga jiran-jiran. Dorongan daripada ibu yang juga minat menanam menggalakkan Puan Fatimah untuk minat menanam juga. Ianya juga merupakan hobi bagi Puan Fatimah sehinggakan hari-hari beliau akan keluar untuk menguruskan kebun mininya.

Bagi Puan Fatimah, beliau mencadangkan untuk menggunakan baja milagro dan perlu rajin untuk menyiram pokok. Puan Fatimah menganggap bila menanam pokok bunga ini ia dijadikan sebagai terapi. Kerana bila tertekan, dan ada menanam pokok bunga ia akan meningkatkan keyakinan diri sebab bila kita pergi pada pokok bunga sendiri ia akan memberikan kepuasan kerana pokok bunga tersebut jadi subur.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

BERNIAGA MENGIKUT CARA RASULULLAH SAW


Assalamualaikum dan salam jumaat semua πŸ˜‰ Minggu ni tips keagamaan nak kongsikan bagaimana cara Rasulullah berniaga. Kalau pembaca nak tau, Rasulullah ni adalah ahli perniagaan yang hebat dan cara Baginda menjalankan perniagaan bole kita jadikan panduan kita semua πŸ˜„

Nak tau cara Rasulullah SAW berniaga, berikutan adalah cara-cara perniagaan Baginda :


TEKNIK MENJUAL YANG UNIK 

Menurut riwayat, Rasulullah menjual barang-barang niaga yang lain daripada peniaga-peniaga atau saudagar ketika itu. Kalau nak tau, para peniaga kebiasannya menjual barang-barang dagangan dengan meletakkan harga yang tinggi tapi, Rasulullah menjual barang niaga baginda dengan harga asal yang diborong dan meminta pelanggan untuk membayar dengan harga yang pelanggan inginkan. Dengan cara ini, pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. 

Selain itu, Rasulullah mempunyai sikap yang menjual barang niaga pada harga modal kepada pelanggan yang serba kekurangan atau miskin tetapi sangat memerlukan barang tersebut. Kita bole ambil pengajaran dari cara perniagaan dari Rasulullah kerana Baginda amat bertimbang rasa dan amat belas kasihan kepada sesama manusia.😊

SENTIASA SENYUM

Salah satu kunci perniagaan Rasulullah menarik para pembeli untuk membeli barangan daripada Rasulullah kerana reaksi Baginda sentiasa membuatkan pelanggan mudah untuk mendekati Baginda. Kalau nak tau, Rasulullah memiliki wajah yang manis dan menawan serta memiliki senyuman yang manis. Kemanisan pada wajah akan memancarkan keindahan dan keelokan pada wajah.

JUJUR

Riwayat Al-Imam At-tarmizi, Baginda bersabda " Peniaga-peniaga yang boleh dipercayai dan amanah akan bersama dengan para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan mereka yang mati syahid ". Kejujuran amat penting dalam perniagaan kerana perniagaan akan membina hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan. Rasulullah amat telilti dengan barang-barang dagangan Baginda dan tidak akan memberi barang yang tidak elok kepada pelanggannya. Baginda ada berkata ' barang siapa menipu kepada pelanggannya, dia bukan pengikut Baginda' .


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik 

Tuesday, April 9, 2019

DEKORASI TANAMAN HERBA DI RUANG BALKONI

Siapa kata orang-orang di rumah flat tidak boleh bercucuk tanam kerana tiada tanah ? Ramai sebenarnya minat menanam tetapi minat itu terbatas hanya kerana duduk di rumah flat dan apartment. tips dekorasi ingin berkongsi bagaimana untuk mewujudkan ruangan tanaman herba bagi pembaca yang duduk di rumah flat atau apartment


Wah. Sejuk je mata memandang kalau ada dekorasi macam ni di rumah kita kan 😍. Pemandangan ini boleh direalisasikan di ruang balkoni dengan mewujudkan laman herba. Daripada kita membeli di pasar dengan harga yang mahal apa kata kita buat macam ni. Hehe. Lebih mudah dan jimat bahkan sangat menyeronokkan. 

Penanaman pelbagai jenis herba seperti bawang, cili, daun pandan, kunyit dan sebagainya memudahkan anda supaya tidak perlu pergi ke pasar lagi. Ada banyak herba yang boleh ditanam di dalam pasu dan boleh digantungkan seperti cili, pandan, daun kari, daun kesum dah sebagainya. 


Walaubagaimanapun, pastikan tanaman herba ni mendapat cahaya matahari yang mencukupi tau 😘

Kredit : Impiana

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik 



RACUN SERANGGA ORGANIK

Hai. Assalamualaikum. Minggu ini tips diy ingin berkongsi satu tips bagaimana untuk membuat racun serangga organik dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Pembaca nak tau ke nak sangat tau. Hehe.


Pasti pembaca semua pernah mengalami masalah serangan seperti ini kan. Jadi tips diy akan kongsikan cara membuat racun serangga organik yang akan membaik pulih masalah ini dan tidak akan menjejaskan tanaman anda😍

Bahan A (kisar dan perap selama 24 jam) :
  • Bawang putih - 1 labu
  • Cili padi - 6 biji
  • Air - 300ml (satu cawan biasa)
Bahan B :
  • Minyak masak ( apa -apa jenis minyak masak pon boleh) - 1 sudu makan
  • Sabun pencuci pinggan - tak kisah jenama apa pun - 1 sudu teh
Alat :
  • Penapis
  • Penyembur 1.5l
Cara-cara : 
  1. Tapis bahan A dan ambil patinya. Hampasnya boleh diletakkan di pokok sebagai baja.
  2. Simpan pati di dalam bekas dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama
  3. Masuk 100ml pati dan bahan B ke dalam botol penyembur dan isi air sehingga penuh
  4. Goncang sehingga semua bahan menjadi sebati
  5. Sembur daun yang bermasalah terutama bahagian bawah daun dengan kadar 3 hari sekali
  6. Jika pokok tiada masalah serangga boleh juga disembur sebagai kawalan.
Haa mudah je kan cara nak buat racun organik ni. Jom kita cuba πŸ˜‰ Lebih jimat lebih mudah dan lebih tahan lama dan yang paling penting ianya organik!



Sumber : Kebun Bandar

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik 



Sunday, April 7, 2019

MUDAHNYA TANAM POKOK TOMATO

Salah satu bahan masakan yang selalu kita guna antaranya adalah tomato. Betul tak? Sebenarnya tomato ni adalah kategori buah bukan sayur. Tapi kebanyakannya anggap tomato ni kategori sayur sebabkan ianya sesuai untuk dalam masakan seperti sayuran yang lain. Pokok buah tomato ni pun senang nak ditanam terutamanya dikawasan keliling rumah samada luar dan juga dalam pun boleh.

Langkah pertama macam biasa kita tahu adalah bermula dengan biji benih. Biji benih buah tomato ni pun senang kita nak dapat dari nurseri atau kedai-kedai. Atau boleh juga dapatkan benih dari buah tomato yang dibeli dari pasar. Caranya, potong biji tomato tersebut dan keluarkan benih tomato dari buahnya. Masukkan benih tomato ke dalam satu bekas tambah air dan tapis menggunakan penapis agar dapat mengasingkan benih dari sisa buah. Pastikan benih tersebut tidak basah untuk elakkan benih tu rosak sebelum dapat untuk kita semai.

Kemudian, sediakan bekas semaian.
Boleh juga menggunakan bekas semaian seperti pasu, kontena dan polibag.Tapi, kalau nak kurangkan kos boleh juga gunakan bekas dari bahan-bahan yang terbuang seperti botol mineral, botol minyak masak yang besar pun boleh digunakan. Bekas semaian boleh didapatkan mengikut ruang yang ada dalam rumah. Sangat mudah sebab rumah yang tiada tanah pun boleh juga tanam pokok buah tomato ini sebab dalam pasu pun pokok buah ni boleh membesar. 


Penyediaan media semaian pun penting juga. Gunakan campuran tanah dengan nisbah 2:1:1 iaitu dua bahagian tanah loam, satu bahagian kompos dan satu bahagian pasir sungai. Tanah loam boleh diganti dengan tanah hitam atau tanah kebun manakala kompos boleh digantikan dengan tinja binatang

Kemudian, penyemaian biji benih tomato boleh dilakukan. Terdapat dua cara untuk menyemai benih tomato pertama tabur rawak di atas media semaian kemudian timbus sedikit tanah. Kedua, buat alur kira-kira 1/4 kedalaman secara memanjang di atas pasu atau kontena dan semai benih tomato ke dalam alur yang dibuat tadi. Seterusnya jangan lupa siram selepas di semai. Setelah benih tomato disemai, letakkan benih yang telah disemai di kawasan terkena suhu matahari. 

Pembajaan pun penting bagi pokok tomato yang baru ditanam. Lebih bagus kalau menggunakan baja organik kerana bila hasil keluar kualitinya lebih terjamin. Menjaga pokok tomato tidak serumit menjaga tanaman sayuran lain. Kita hanya perlu rajin merumput dengan mencabut rumput rumpai pada batas dan sekelilingnya. Batasnya juga perlu sentiasa dalam keadaan lembab dan juga tidak boleh terlalu kering dan tidak boleh terlalu basah kerana ia akan menyebabkan pokok tomato kita menjadi layu.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik 

Rahsia Kejayaan Seorang Usahawan

Hai dan Assalamualaikum ...
Selamat berhujung minggu semua...

Mesti tak tau nak buat apa untuk hujung minggu ni kan ? Meh sini team kami isikan masa lapang anda yang terluang dengan topik menarik ! Hari ni topik tentang Rahsia Kejayaan Seorang Ushawan !

Ramai usahawan yang kita lihat berjaya dalam perniagaan yang mereka jalankan sehinggakan kita pun tertanya-tanya bagaimana mereka boleh berjaya dan apa rahsianya kan ? Jadi, anda semua jangan risau, dibawah ada beberapa perkara rahsia kejayaan mereka sehingga boleh bergelar usahawan berjaya. 

Antara rahsia kerjayaan seorang usahawan adalah :

1) TIADA KEJAYAAN DATANG TANPA USAHA



Seseorang yang hendak berjaya kenalah usaha lebih supaya mendapat hasil yang setimpal dengan usaha kita. Ni tidak, nak berjaya tapi tak usaha langsung pun. Hanya ungkapkan kat mulut nak berjaya, nak berjaya tapi satu tindakan pun kita tidak lakukan. Kalau nak berjaya, kenalah seiring matlamat dengan usaha kita sebab kalau kita hanya cakap kosong memang tak ada hasil pun. Lagipun, kejayaan atau hasil yang lumayan  tidak datang bergolek begitu sahaja tanpa kita selitkan usaha kita yang bersungguh-sungguh inginkan hasil. 

Kalau kita ada pengalaman pun dah cukup memadai kerana dengan pengalaman banyak benda yang kita boleh lakukan dan ia boleh mendorong kita kearah untuk memilik kerjayaan. Jadi, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya usaha dan tindakan kena bergerak seiring supaya hasil yang kita peroleh memuaskan hati dan kejayaan yang kita capai menjadi pembakar semangat untuk mencapai kejayaan yang beripat kali ganda lagi. Never give up ! πŸ’ͺ


2) TIDAK MALU MENJUAL


Point yang ni menarik . Nak jadi usahawan kena pandai komunikasi dengan orang ramai. Tidak kira dalam golongan muda atau tua. Siapa nak jadi seorang usahawan kena belajar berkomunikasi dari sekarang sebab kalau dah bergelar usahawan nak praktikkan tu agak mengambil masa yang lama. Sebagai permulaan, boleh belajar berkomunikasi dengan orang sekeliling kita. 

Lagi satu, kalau kita dah ada produk sendiri kenalah beranikan diri untuk promote produk kepada orang lain, jangan malu untuk kenalkan produk kita kepada orang lain. Kalau kita hanya berdiamkan diri dan kurang bergaul dengan orang lain akan menyebabkan kita akan lagi berasa malu untuk keluar berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Tak kiralah kita nak jadi seorang usahawan ataupun tidak, komunikasi tu sangat penting. Jangan pernah malu untuk bercakap dengan orang lain !


3) CARI ALTERNATIF JIKA GAGAL, BUKAN MERUNGUT


Setiap manusia tidak pernah lari dari dugaan yang mendatang. Kadang-kadang lepas satu dugaan yang datang, datang lagi dengan lebih mencabar. Jadikan dugaan yang datang tu sebagai pembakar semangat untuk terus maju tanpa merungut. Jika cara marketing kita tu salah atau tidak berjaya boleh guna cara yang lain, cari alternatif lain yang boleh membantu untuk tingkatkan cara marketing dengan betul. 

Nak memulakan perniagaan tapi duit tidak cukup, cari alternatif lain iaitu membuat pinjaman dengan keluarga atau sahabat, tak pun boleh try buat loan bank kalau mampu untuk bayar semula. Kegagalan yang kita hadapi bukan penyebab kita untuk gagal selama-lamanya, dengan kegagalan yang kita lalui tu lah yang perlu kita usaha lebih supaya kegagalan tidak berulang lagi. Sedangkan Edison mencuba banyak kali untuk menghasilkan mentol lampu walaupun gagal banyak kali, tapi Edison gunakan kegag alan tu adalah penambahbaik untuk hasilkan mentol lampu yang kita gunakan sampai hari ini. Jika gagal, jangan merungut tapi cari jalan lain untuk selesaikan. Tak ada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya πŸ˜‰

4) TIDAK SOMBONG DAN SENTIASA MESRA DENGAN PELANGGAN



Kunci untuk menjadi ahli perniagaan yang sering diingati oleh pelanggan adalah dengan sentiasa mesra dengan pelanggan. Tidak sombong dengan pelanggan. Sentiasa meraihkan pelanggan. Pelanggan  kerap kaitkan 'Customer always right' kepada perniagaan dan kita hendaklah mengiyakan supaya mereka akan berasa selesa dengan kita. Selain itu, apabila kita dapat eratkan hubungan dengan pelanggan, mereka akan berasa seronok dan mungkin akan menjadi pelanggan setia kita sebab kita sentiasa memuliakan pelanggan.



Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍





3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...