Thursday, July 15, 2021

DIY TIANG TURUS SEBAGAI PENYOKONG DAHAN POKOK HIASAN MENJALAR MENGGUNAKAN BAHAN TERPAKAI

 


Pokok hiasan yang menjalar kita di rumah hidup subur dan cantik, tapi mata memandang tak sedap sebab kita letak sokongan ranting kayu sahaja untuk dahan pokok menjalar. Kayu yang kita pakai pun cepat reput, nak kena tukar ranting lain dan bentuk semula dahan pokok tu. Dah mengambil masa dan tenaga kita. Jadi kita cipta penyokong yang sesuai untuk dahan pokok menjalar. Antara jenis-jenis pokok yang menjalar untuk pokok hiasan dalam rumah (indoor) ialah:


1. Golden Pothos @ money plant (sirih gading tahan lasak)  

2. Monstera Andansonii (Daun keladi berlubang)


3. Keladi hijau silver

4. Pokok Hati (Philodendron)

4. Pokok Hati (Philodendron)


  1. Pokok anak keladi menjalar gantung @ White butterfly @ caladium live plant (syngonium podophyllum)


Kadang pokok hiasan menjalar ini kita tak letak tiang atau kayu sokongan, kita gantungkan pokok tersebut dan dahan akan hidup ke bawah melandai. Gunakan kaedah gantung untuk pokok nampak cantik. Ikut kreativiti masing-masing, anda nak gantung atau nak letak tiang untuk dahan menjalar. 



BAHAN-BAHAN:

  1. Pipe PVC

  2. Tali DIY @ sabut kelapa

  • Jika gunakan sabut kelapa anda perlukan jaring sekali untuk kedapkan atau bentukkan sabut kelapa memegang pada paip PVC

  • Anda nak gunakan sabut kelapa juga boleh, satukan sabut kelapa menjadi satu bentuk panjang dan gumpalkan. Letakkan sabut kelapa keliling paip PVC


  1. Hot glue gun

  2. Tali rapia

  3. Gunting

  4. Pokok hiasan menjalar

  • Golden Pothos (sirih gading tahan lasak)



CARA-CARA:


  1. Sediakan paip PVC dengan panjang ½ meter


🍀Panjang paip PVC ikut anda hendak berapa panjang

🍀Gunakan saiz diameter ½ inci (15 mm) . Nak gunakan 1 inci (25 mm) pun boleh.

🍀Anda nak gunakan paip PVC yang bocor pon boleh

🍀Kalau tiada paip PVC, anda boleh pakai poly paip juga boleh. Ambil saiz yang kecil

🍀Nak gunakan tiang besi pon boleh.

🍀Kegunaan Paip PVC ini sebagai tiang kukuh untuk dahan menjalar 



  1. Panaskan hot glue gun dan tampalkan tali DIY pada Paip PVC

🍀Panaskan hot glue gun dalam masa 2-3 minit

🍀Letakkan hot glue gun di bahagian atas paip PVC

🍀Cepat-cepat letakkan tali dan tekankan ia menggunakan kepala gunting

🍀Letakkan lagi hot glue gun di atas tali, untuk memberi ketahanan pada tali supaya tak tercabut


  1. Gulungkan tali di keliling paip PVC

🍀Gulungkan tali daripada atas ke bawah mengelilingi paip PVC

🍀Pastikan tali rapat satu sama lain

🍀Gulungkan tali ¾ paip pvc, tidak perlu sampai hujung paip PVC. 

🍀Sebab yang bahagian bawah kita nak tanamkan dalam pasu

🍀Tampalkan hujung tali dengan hot glue gun seperti langkah di awal tadi.


🍀Jika nak gunakan sabut kelapa pun boleh, sabut kelapa akan memberi kelembapan pada pokok. Akar pokok akan hidup dalam sabut kelapa 


🍀Akar pokok akan memegang tiang penyokong dengan kuat jika pakai sabut kelapa

🍀Menggunakan sabut kelapa ada dua kaedah: 



i. Satukan sabut kelapa menjadi satu bentuk panjang dan gumpalkan. Letakkan sabut kelapa yang digumpal keliling paip PVC


ii. Gunakan jaring untuk menahan dan membentuk sabut kelapa berpegang pada paip PVC. Anda nak ikatkan keliling sabut kelapa juga boleh. Jika tiada jaring.



  1. Cucukkan paip PVC di tengah-tengah pasu pokok

🍀Tanamkan paip PVC di tengah-tengah pasu tanaman

🍀Pastikan tiang stabil dan mampatkan tanah tanaman untuk elak tiang jatuh


  1. Letakkan dahan pokok dikeliling tiang dan ikatkan 

🍀Tanamkan pokok hiasan menjalar dan letakkan dahan pokok dikeliling tiang

🍀Ikatkan dengan tali untuk dahan terus bertahan pada tiang 

🍀Selepas 2-3 minggu tali boleh dicabut, pastikan akar pada dahan pokok sudah berpegang teguh pada tiang. Barulah anda cabut

🍀Jangan ikat terlalu ketat untuk elakkan dahan pokok tercedera dan sukar bernafas. Kerana dahan pokok merupakan saluran untuk pokok menerima air dan nutrien

🍀Jika ikat terlalu ketat akan mengganggu pokok mendapatkan sumber nutrien dan air ke bahagian yang lain

🍀Pada batang pokok mempunyai dua saluran untuk air dan nutrien masuk kebahagian lain seperti daun, bunga dan buah.


🍀Phloem untuk mengangkut makanan atau nutrien ke bahagian pokok dan membantu dalam proses fotosintesis untuk pokok membuat makanan

🍀mempunyai 2 laluan untuk nutrien diserap daripada tanah melalui akar pergi ke bahagian daun, buah dan bunga. Satu lagi laluan pokok akan mengeluarkan oksigen di siang hari dan menyerap karbon dioksida untuk proses fotosintesis

🍀Pada waktu malam sesetengah pokok akan melepaskan karbon dioksida dan menyerap oksigen untuk proses respirasi


🍀Xilem pula untuk mengangkut air dan mineral ke bahagian pokok

🍀Mempunyai satu laluan sahaja 


🍀Elakkan penggunaan dawai besi, kerana dawai besi akan berkarat dan merosakkan dahan pokok




TIPS PENTING:


Pastikan tiang kukuh di didalam pasu supaya tiang tidak terjatuh. Cucukkan tiang bersama dengan tanah di dalam pasu. Gunakan tali yang berbulu dan sabut kelapa untuk akar pokok memegang dan mencengkam atau memanjat tiang, kerana sabut kelapa lebih mudah untuk akar pokok memasuki dan menjalar di dalam sabut kelapa dan akan memberi kelembapan pada akar pokok. Sesuai untuk tanaman indoor. Ikatkan dahan pokok pada tiang jangan terlalu ketat untuk mengelakkan pokok mati kerana saluran air dan nutrien tersangkut. Jika hendak membaja pokok, pastikan anda pegang tiang tersebut semasa mengembur tanah.


Q&A:

  1. Boleh ke pakai untuk selain pokok hiasan. Contohnya pokok buah menjalar seperti terung, timun, pokok letup, sacha inchi dan sebagainya.

  • Boleh juga, tapi kurang sesuai. Kaedah ini lebih sesuai untuk pokok hiasan supaya nampak lebih cantik dan sedap mata memandang

  • Untuk sokongan pokok buah-buahan menjalar kebiasaanya menggunakan pancang sama ada bentuk segi tiga atau segi empat, mengikut jenis tanaman.



🍀Kaedah ini sangat sesuai untuk tanaman indoor untuk mereka yang suka menghias halaman rumah atau meletakkan pokok hiasan hidup di dalam rumah supaya kelihatan cantik, rapi dan sedap mata memandang


🍀Sangat mudah, cepat dan menarik untuk kita lakukan di rumah. Lagi-lagi PKP ni kita luangkan masa membuat DIY ni. Gunakan bahan yang ada di rumah sahaja. Kita hias tanaman kita cantik-cantik supaya kelihatan menarik.


🍀Semoga bermanfaat untuk mereka yang sukakan tanaman hiasan menjalar supaya kelihatan cantik mata memandang. Selamat mencuba dan selamat bercucuk tanam. 


🍀Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda. Yang ingin ketahui DIY tiang turus sebagai penyokong dahan pokok hiasan unrtuk menjalar. anda suka bercucuk tanam! Kita geng! 


🍀Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍


No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...