Peluang perniagaan dalam bidang pertanian memiliki prospek yang luas dan menjanjikan keuntungan yang menguntungkan. Terutama pada masa kini, masyarakat banyak prihatin terhadap kesihatan, di mana mereka lebih memilih untuk makan makanan sihat seperti sayur sayuran dan buah buahan yang ditanam secara organik. Lebih-lebih lagi banyak kelebihan dan kemudahan yang boleh diperolehi sekarang seperti adanya teknologi moden yang sangat membantu dalam dunia pertanian.
Dengan adanya teknologi pertanian yang canggih, hasil tanaman yang dapat dituai juga akan bertambah di mana ia dapat meningkatkan pendapatan petani dan juga dapat meningkatkan ekonomi dalam bidang pertanian. Keuntungan yang anda akan peroleh akan berlipat kali ganda jika anda tahu dan menanam tanaman pertanian yang paling menguntungkan. Dengan mengetahui jenis tanaman pertanian yang menguntungkan anda akan mendapatkan keuntungan yang lebih besar dibandingkan dengan menanam tanaman pertanian biasa.
Ramai para petani yang telah berhasil menanam tanaman pertanian yang paling menguntungkan dalam waktu yang singkat. Maksud tanaman menguntungkan ialah tanaman yang memiliki nilai jual yang tinggi, mudah ditanam, mendapat permintaan yang tinggi serta dapat menghasilkan hasil yang banyak. Bukan itu sahaja, tanaman tersebut juga boleh dituai dalam waktu yang lebih cepat.
Dengan mengetahui apa saja tanaman pertanian yang menguntungkan, anda akan lebih mudah dan semangat untuk menanamnya. Bukan hanya tahu tanaman apa yang dapat menghasilkan keuntungan, tetapi anda juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih mengenai cara penjagaan dan perawatan tanaman yang anda ingin tanam. Bila anda salah pilih tanaman, bukan keuntungan yang diperolehi tetapi kerugian yang akan anda dapatkan.
Berikut merupakan 5 Tanaman yang Mudah Ditanam dan Menguntungkan:
1. Sayur Bayam
Nama Tempatan adalah Bayam Hijau, Bayam Merah. Manakala nama saintifik adalah Amaranthus sp. Bayam terdapat beberapa jenis yang kita boleh perolehi seperti bayam hijau dan bayam merah. Bayam Hijau daunya berwarna hijau sama ada berbentuk bulat atau bujur. Manakala Bayam Merah daun berbentuk bulat dan berwarna kemerahan di bahagian tepi dan tengah daun. Bayam dianggap tanaman yang berpotensi kerana khasiatnya yang tinggi dan juga ramai orang yang menyukai sayuran ini. Anda mesti pernah melihat dan menjumpai sayuran ini tumbuh liar di berbagai tempat seperti di pinggir jalan. Hal itu membuktikan bahwa tanaman ini mudah dalam penanamannya. Selain itu, perkara yang semakin menguntungkan sewaktu mengutip hasilnya, anda hanya perlu memotong bagian batang dan daunnya saja, tidak perlu mencabut sampai akarnya. Dengan begitu anda tidak perlu menanamnya kembali sebab rantingnya yang baru akan tumbuh semula.
Keperluan Asas Tanaman
Suhu : 23-35° C.
Jenis tanah : Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong .
pH tanah : 5.5 - 6.5
Amalan Kultur
Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk 1.2 m lebar dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3 - 5 tan/ha bagi tanah mineral. Tahi ayam ditabur di batas pada kadar 3 - 5 tan/ha.
Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih : 6 - 7 kg
Rawatan biji benih : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000g biji benih
Teknik menanam : Biji benih dicampur dengan pasir halus dan ditabur terus ke atas batas
Penjarangan : Penjarangan dibuat 14 hari selepas menabur
Jarak tanaman : 20 cm di antara baris dan 10 cm di antara pokok.
Pengurusan Air :
Bayam memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan. Siraman dibuat 2 kali sehari ketika cuaca panas dan dilakukan secara manual atau sistem pengairan renjis.
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
* Satu minggu sebelum tanam
Pengurusan Perosak
Kutipan Hasil dan Pengendalian Pascatuai
Masa kutipan hasil : 28 - 30 hari selepas menyemai .
2. Pokok Cili
Berikutnya adalah pokok cili atau dikenali sebagai Lada, Cabai, Cili Hijau dan Cili Merah. Nama Saintifiknya adalah Capsicum annum merupakan antara tanaman yang menguntungkan. Fungsinya adalah sebagi penambah cita rasa pedas sangat penting bagi setiap masakan. Jika kita tengok harga cili dipasaran harga cili tidak pernah stabil karena boleh mengalami kenaikan harga pada waktu waktu tertentu.Harga cili memang dikenali sering mengalami kenaikan. Dengan Anda menanamnya di kawasan yang luas pasti akan membuahkan hasil. Hasil yang diperolehi akan semakin menambah keuntungan sewaktu mengutip hasil. Tambahan pula, cara penanaman dan penjagaan yang mudah serta kos yang agak rendah berbanding tanaman lain membuatkan tanaman cili ini menjadi antara tanaman yang menguntungkan.
Keperluan Asas Tanaman
Suhu : 20-33 ° C .
Taburan hujan : 1500-2000 mm/tahun.
Ketinggian : Sehingga 500 m atas parat laut
Jenis tanah :Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong.
pH tanah :5.5 - 6.8
Amalan Kultur
Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm.
Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan.
Kadar mengapur adalah 20-25 tan/ha. Batas ditutup dengan sungkupan plastik selepas pembajakan asas dengan baja organik .
Penyediaan anak benih:
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih : 300-500 gm
Rawatan biji benih : Guna racun captan pada kadar 3g/ 1000 g biji benih .
Masa menyemai : Enam minggu sebelum menanam
Tempat menyemai : Di atas batas, polibeg atau di dalam kotak semaian
Penanaman di ladang :
Umur anak benih : 6 minggu
Jarak tanaman : 90 cm di antara pokok di dalam satu baris dan 120 cm di antara baris
Kepadatan tanaman : 8,570 pokok.
Menyulam : 1 minggu selepas menanam
Junjung pokok : Gunakan kayu pancang untuk sokong 1 bulan selepas menanam
Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.
Kos bahan bagi sistem ini adalah RM5,000-RM8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalir air bertakung ke parit utama .
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
* Satu minggu sebelum tanam
Pengurus Perosak
Kutipan Hasil Dan Pengendalian Pascatuai
Masa kutipan hasil : 2.0 - 2.5 Bulan selepas menyemai .
Hasil (kg/ha) : 15000
Tempoh kutipan hasil : 3 - 6 bulan
Ciri buah masak : Hijau tua kemerahan - pasaran segar. Merah sepenuhnya.
Cara memungut : Buah dipetik dengan tangkainya.
Masa mengutip : Pagi atau lewat petang.
Pengendalian hasil : Pemilihan, pembasuhan, penggredan an pembungkusan.
Penyimpanan : Suhu 5 - 8 °C dan kelembapan relatif 90 - 95%, boleh tahan selama 3-6 minggu.
3. Tanaman Kangkung
Seterusnya,nama tempatannya dikenali sebagai Kangkung. Manakala nama Saintifiknya IIpomea reptans. Terdapat 2 jenis kangkung iaitu Kangkong Darat dimana daunnya panjang menirus dan Kangkong Air daunnya bujur.Tempoh tanaman yang singkat dan kurang serangan penyakit ini berasal dari keluarga Convolvulaceae. Kangkung juga disebut dengan nama Weng Cai oleh masyarakat China, swapcabbage, water convovulus dan water spinach.
Sayuran kangkung merupakan sejenis makanan yang sangat digemari oleh masyarakat dunia kerana ianya berkhasiat untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. Selain itu, kangkung merupakan sayuran termurah berbanding sayuran yang lain.Tanaman ini hidup subur pada kawasan bersuhu iklim tropika dan subtropika.Ianya juga dijumpai ditanam di kawasan Asia, Afrika, Amerika Selatan & Amerika Utara dan kawasan Ocenia.
Pokok Sayur kangkung ini juga merupakan tanaman yang mudah ditanam dan mudah untuk dijaga. Caranya adalah anda perlu memberinya air yang mencukupi. Kangkung bukan hanya menjadi tanaman yang menguntungkan dalam perniagaan, malah kandungan zat di dalamnya juga sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita.
Keperluan Asas Tanaman
Suhu :24 °C
Jenis tanah :Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong
pH tanah : 5.5 - 6.5
Amalan Kultur
Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30cm.
Pengapuran dilakukan tidak kurang 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada
kadar 3-5 tan/ha bagi tanah mineral. Baja organik diberi pada kadar 3-5 tan/ha.
Penyediaan anak benih :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih : 30 kg
Rawatan biji benih : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000g biji benih.
Penanaman di ladang :
Cara menanam : Biji benih ditanam terus ke atas batas. Iaitu di dalam alur yang dibuat
merintangi batas
Penjarangan : Dibuat 10 hari selepas menanam
Jarak tanaman : 20 cm di antara baris dan 10 cm di antara pokok
Pengurusan Air :
Kangkong memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dilakukan
secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis.
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
* Satu minggu sebelum menanam
Pengurusan Perosak
Kutipan Hasil Dan Pengendalian Pascatuai
Masa kutipan hasil : 30 hari selepas menanam .
Hasil (kg/ha) : 10,000 - 15,000
Cara memungut :Pokok dicabut bersama akarnya .
Masa mengutip : Pagi atau lewat petang.
Pengendalian hasil : Pemilihan, pembersihan, penggredan dan pembungkusan
Penyimpanan : Pada suhu 1 - 3°C dengan 90 - 95% kelembapan relatif. Boleh tahan selama 1 minggu.
4. Sayur Timun
Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Timun banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia terletak dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu.
Timun merupakan sejenis pokok memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar. Ia boleh membiak daripada biji benih. Sayur ini banyak digunakan dalam pelbagai makanan. Oleh itu permintaan pasaran terhadap timun sering mendapat permintaan yang tinggi. Tanaman ini tidak memerlukan jangka masa yang panjang untuk mendapatkan hasil tuaiannya. Oleh sebab itu, permintaan pasaran terhadap timur
sentiasa diperlukan.
Keperluan Asas Tanaman
Suhu : 18 - 35°C
Taburan hujan : 300 mm/musim
Jenis tanah : Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah berpasir
pH tanah : 4.8 - 6.5
Amalan Kultur
Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur, batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm.
Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-7.5 tan/ha (tanah gambut), 1-3 tan/ha (tanah BRIS) dan 3-5 tan/ha (tanah mineral).
Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih : 1.3 - 1.4kg
Rawatan biji benih : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000 g benih .
Jarak tanaman : 60 cm antara pokok 60 cm antara baris
Kepadatan tanaman : 21,333 pokok
Penjarangan : 1 minggu selepas menanam
Pemasangan junjung/penyokong : 2 minggu selepas menanam
Pembajaan : Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut
* Satu minggu sebelum menanam
Pengurusan Kultur
Kutipan Hasil Dan Pengendalian Pascatuai
Masa kutipan hasil : 5 - 6 minggu selepas menyemai .
Hasil (kg/ha) :20,000 - 25,000
Tempoh kutipan hasil : 60 hari
Cara memungut : Buah dipetik dengan tangkainya .
Masa mengutip : Pagi atau lewat petang.
Pengendalian hasil : Pemilihan, penggredan dan pembungkusan.
5. Jagung Manis
Jagung atau dalam bahasa Inggerisnya Maize, merupakan bijirin makanan ruji dari Mesoamerica, spesies Zea mays ssp. mays. Jagung merupakan tanaman yang ditanam berasal dari teosinte Zea mays ssp. parviglumis, tumbuhan asal di sungai Balsas Lembah di Mexico selatan, dengan sehingga 12% bahan genetik di dapati dari Zea mays ssp. mexicana melalui introgression.Tanaman jagung memerlukan masa yang sedikit panjang untuk menuai hasilnya.Tetapi jika anda memberikan penjagaan dan perawatan rapi yang tepat, masa untuk menuai hasilnya boleh menjadi lebih pendek dari waktu yang dijangkakan dan jagung yang dihasilkan lebih banyak dan bersaiz besar. Dengan hasil yang berkualiti dan saiz yang besar, harga jualnya adalah tinggi. Jagung manis mampu memberikan keuntungan yang besar apabila dijual di pasaran kerana buah jagung banyak digunakan dalam produk makanan. Anda hanya perlu memberikan perawatan yang baik maka hasil yang didapati akan sangat memberangsangkan.
Keperluan Asas Tanaman
Suhu : 30°C hingga 35°C .
Taburan hujan : 500 - 700 mm/tahun.
Jenis tanah : Kedalaman tanah > 50 cm, selain dari pasir yang tak bertekstur dan lempung.
pH tanah : 5.0 - 6.5
Amalan Kultur
Penyediaan Kawasan :Kawasan dibajak piring sedalam 22cm dan dibajak putar sekali.
Tanah gambut perlu dikapur dengan kadar 1 - 2 t/ha/musim.
Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih/ha : 10kg/ha
Jarak tanaman : 50cm dalam baris, 75 cm dalam baris
Teknik tanaman : 1 - 2 biji benih ditanam sedalam 3 - 4 cm.
Pengurusan Air :
Penyiraman boleh dibuat secara manual atau pun menggunakan sistem pengairan renjis.
Anggaran kos sistem renjis adalah antara RM5,000 - RM8,000/ha.
Kawalan Rumpai :
Campurkan 4.6 liter alachlor (Lasso) dengan 500 liter air digunakan sebagai racun
pracambah bagi kawasan 1 ha. Merumput secara manual juga dibuat dari hari ke sehari.
Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Pengurusan Perosak
Penyakit :
Kutipan Hasil Dan Pengendalian Pascatuai
Masa kutipan hasil : 68 - 72 hari selepas menanam .
Teknik kutipan hasil : Tongkol jagung dipetik dengan tangan yang dilakukan pada pagi atau petang sahaja.
Pengendalian pascatuai : Pada suhu biasa, jagung segar boleh disimpan selama 24 - 36 jam. Pada suhu 3 - 5°C, ia boleh disimpan selama 3 minggu.
Anda inginkan info-info menarik mengenai tanaman? Follow Geng Kebun Organik
test
ReplyDeletemari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.