Sunday, March 31, 2019

Wajib ada Kitchen Garden Di Rumah

Ramai yang dah mula sedar bahawa bila kita menanam sendiri dikawasan rumah adalah lebih bermanfaat dan mudah lebih lagi tanaman sayuran atau buah. Mudah untuk kita gunakan tanaman yang ditanam untuk masakan atau ubatan. Sebenarnya tak perlukan ruang atau kawasan yang lapang pun untuk menanam seperti pandan , kunyit, pokok cili kerana ianya boleh juga ditanam dalam pasu.

Berikut adalah tips yang boleh sesiapa sahaja buat walaupun tidak mempunyai ruang yang besar dirumah untuk menanam.

Image result for kebun kecil dirumah flat1. Cari tempat yang mudah untuk mencapai hasil tanaman dan tidak memerlukan ruang yang besar untuk meletakkan media tanaman serta berdekatan dengan paip air supaya memudahkan untuk membuat penyiraman.

2.  Tempat yang dipilih juga memerlukan pengamatan cahaya yang mencukupi sekurang-kurangnya tanaman tersebut mendapat cahaya matahari selama 8 jam bagi tanaman berbuah dan 4 jam untuk tanaman sayur.

Image result for kitchen garden
3.Tetapkan jenis tanaman apa yang ingin ditanam serta medium tanaman bagaimana yang akan digunakan seperti saiz pasu samada besar atau kecil atau yang berbentuk bulat atau segi empat panjang. Kuantiti untuk ditanam juga penting bagi memastikan tanaman dapat membesar dengan sihat dan rapi.

4. Digalakkan untuk menanam tanaman yang lebih cepat untuk dituai seperti sayur bayam, kangkung, sawi dan sebagainya. Ini bagi memberikan kepelbagaian untuk Kitchen Garden yang akan dibuat.

5. Penjagaan yang rapi juga perlu sentiasa dilakukan bagi mengelakkan serangan serangga berlaku dan akan menyebabkan tanaman mati dan rosak.

6. Untuk ruangan yang sempit boleh memanfaatkan botol plastik kosong atau bekas yang tidak digunakan untuk memudahkan penyelenggaraan.

7. Tanaman yang ditanam juga perlu disiram pada awal pagi atau disebelah petang. Siraman perlu dilakukan ke atas permukaan tanah. Pembajaan juga perlu dilakukan bagi memberikan pertumbuhan yang baik kepada tanaman.

Sumber : Impiana

Anda Minat Menanam ? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik



Friday, March 29, 2019

MAKANAN SUNNAH YANG BOLEH DIAMALKAN

Assalamualaikum dan salam jumaat semua ..

Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita untuk bernafas dimuka bumi ini 😊

Hari ni nak kongsikan tentangmakanan sunnah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Makanan sunnah ni juga baik untuk kesihatan tubuh badan kita tau dan ada juga yang baik untuk kekuatan ingatan kita. Mesti nak tau kan  ?😏

Disini ada beberapa makanan sunnah yang boleh diamalkan, antaranya : 


1) MADU 

Madu ni dihasilkan oleh lebah. Ia mengandungi banyak komponen untuk keperluan hidup manusia antaranya enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak.

Dalam al-Quran ada menyatakan tentang kelebihan madu. Madu ni bagus untuk menguatkan ingatan bukan sahaja ingatan tapi ia banyak khasiat untuk tubuh badan kita.


Kalau nak tau, terdapat banyak kelebihan pada masu yang menjadi penawar pada pelbagai penyakit dan selari dengan janji dalam firman Allah SWT:

Maksdunya: "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Al-Nahl; 69).

2) KISMIS


Anggur kering atau dikenali sebagai kismis mengandungi pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpun, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.

Selain itu, kismis adalah salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati serta menguatkan ingatan.


Sabda Rasulullah SAW berkenaan kismis adalah:

"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan dan lendir, menyihatkan badan, mencantikan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". 

3) KURMA 


Kurma ni adalah sejenis buah yang manis dan suatu keajaiban untuk manusia. Ia memiliki mineral, vitamin, serta dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan sebagai pengganti diet yang paling baik terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.

Kalau nak tau, buah kurma ni diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai buah yang bagus untuk otak.


Rasulullah bersabda bahawa kurma diiktiraf makanan yang baik untuk otak:

"Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemirikannya"

Jadi, amalkan memakan buah kurma ini dalam kehidupan seharian kita bukan ketika berpuasa sahaja ye :)

4) BUAH TIN


Demi buah Tin dan Zaitun, gunung Tursina serta negeri (Makkah) yang aman ini "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya. " (At-Tin: 1-4)

Kalau nak tau, buah tin sangat hebat sehinggakan dalam al-Quran terdapat satu surah khas untuk buah tin. Apa yang menyebabkan buah ini mendapat kedudukan yang istimewa dalam Islam? Maka buah ni memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.

Keistimewaan demi keistimewaan yang banyak dari buah kecil ni maka tidak mustahil apabila buah tin diangkat sebagai buah dari syurga seperti sabda Rasulullah SAW:

"Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata, 'inilah buahnya (tin)', sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya." (Hadis Riwayat Abu Darda)

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍



Wednesday, March 27, 2019

Mood menanam datang semula

Masalah tanaman yang Puan Nora hadapi adalah dari segi tanah dan baja sehingga menyebabkan pokok bunga menjadi rosak. Bila dah letakkan baja milagro ni, bunga jadi lebih besar dan lebih segar. Dulu Puan Nora sangat aktif menanam, antara pokok bunga yang Puan Nora sendiri tanam adalah bunga matahari, bunga kembang matahari, da kemboja cina.


Testimoni Puan Nora

Selepas 2 minggu, Puan Nora mula menanam semula kerana pokok bunga mula pulih semula. Pokok bunga Puan Nora lebih besar dan lebih lebat. Asalnya tandan tak berapa besar dan tak nampak cantik. Sekarang dari jauh dah nampak tandan nampak besar dan nampak lebih cantik.

Puan Nora masih dalam proses untuk memulihkan tanaman pokok menggunakan baja milagro kerana beliau yakin selepas ini tanaman pokok bunganya akan lebih cantik.


Kadang-kadang pokok bunga bermasalah kerana kurang sumber nutrisi untuk tanaman. Oleh itu, salah satu cara untuk membaiki tanah adalah menggunakan baja organik ke dalam tanah yang mempunyai masalah.
Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍
Jom join Geng Kebun Organik

Tiada masa untuk menyiram tanaman?

Hai assalamualaikum. Ada tak pembaca-pembaca yang selalu tiada masa untuk menyiram tanaman tapi sangat minat menanam? Ada tak yang selalu rungsing nak balik kampung musim panas ni sebab takut tanaman tak dapat air yang mencukupi?

Haa tips DIY minggu ini akan menyelesaikan segala kerungsingan yang pembaca hadapi. Nak tau apa dia say ai 😍




Eh apa benda tu? Macam menarik ja. Haa kalau pembaca nak tau nilah dia kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan pokok kita mendapat air yang mencukupi walau pun kita tiada waktu untuk menyiram dan kita tinggalkan untuk pulang ke kampung. Jom saya kongsikan bagaimana nak menghasilkannya πŸ˜‰

Bahan - bahan yang diperlukan :

  • Botol plastik minuman 1.5L berserta dengan penutup
  • Gunting
  • Paku
  • Penukul
  • Pisau
Cara-caranya:

Langkah 1 : Dengan menggunakan paku dan penukul tebuk satu lubang pada penutup botol dan tutup semula penutup pada botol.

P/s : Jumlah lubang bergantung kepada kelajuan air yang pembaca mahu. Lebih banyak lubang lebih laju air mengalir

Langkah 2 : Potong bahagian bawah botol kira-kira satu inci menggunakan pisau yang tajam. 

P/s : Pastikan tidak memotong sehingga habis untuk memudahkan pengisian semula air dan elakkan jentik- jentik memasuki botol tersebut


Langkah 3 : Gali lubang berhampiran pokok dengan kedalaman 1/3 atau 1/2 daripada ketinggian botol. Masukkan botol ke dalam lubang dan pastikan bahagian penutup di posisi bawah.

Langkah 3 : Isi air di dalam botol. Mampatkan tanah di sekeliling botol. 


Hanya dengan tiga langkah saja masalah dan kerungsingan dapat diatasi. Jadi tunggu apa lagi. Jomlah cuba kaedah penyiraman menggunakan bahan terpakai ni πŸ˜‰

Anda minat menanam ? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik







INGINKAN LAMAN RUMAH YANG MENARIK? APA TIPSNYA?

Hai. Assalamualaikum semua pembaca setia blog Milagro 😊

Minggu ini segmen tips dekorasi ingin kongsikan satu tips yang menarik untuk anda semua yang ingin mencantikkan laman rumah anda semua. Ha best ke best sangat. Nak tau ke tak apa tipsnya ?




Laman rumah amatlah penting kerana boleh mempengaruhi mood dan emosi orang yang bertandang ke rumah kita. Fikiran yang berserabut akan tenang dan mood beremosi akan kembali stabil. Cantikkan laman rumah ni? Nak tak laman rumah anda secantik ini ? 😍 Jom saya kongsikan.

1) Menanam tumbuhan yang besar dan tinggi di samping tumbuhan yang renek di sekelilingnya untuk ruang kelihatan lebih luas.

2) Elakkan mencampur adukkan penanaman pokok di kawasan yang sama untuk mengelakkan kelihatan serabut.

3) Elakkan daripada menanam tanaman atau tumbuhan berdekatan dengan pintu masuk atau laluan pejalan kaki

4) Elakkan penanaman pokok yang terlalu banyak kerana ia akan menenggelamkan panorama rumah anda

Ha. Dah tau tipsnya kan. Jom kita mula mencantikkan laman rumah kita dengan menanam! 😍


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik



Tuesday, March 26, 2019

1001 Rahsia Pokok Bidara yang tak diketahui ramai

(Pokok bidara- Carousell)
1001 RAHSIA POHON BIDARA
Pokok bidara atau nama saintifiknya Z. Mauritiana ialah tumbuhan yang berasal dari Asia selatan. Pokok ini merupakan pokok malar renek berduri yang berketinggian kira-kira 15 meter. Buah bidara mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza-beza mengikut jenisnya. Buah bidara sedikit berair dan mempunyai bau yang agak menyenangkan.

Di Malaysia, dianggarkan keluasan tanaman pokok bidara berkeluasan 150 sehingga 160 hektar [rujuk disini]. Negeri Perak merupakan pengeluar utama bagi tanaman ini. Pohon ini biasanya suka pada kawasan yang agak kering. 

Pokok bidara ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Bidara Upas, Bidara Laut, Bidara China, Bidara Epal, dan Bidara Kampung. Masyarakat di Mlaysia mengenali pohon ini dengan nama yang berbeza mengikut tempat atau daerah seperti bidara, jujub atau epal siam. Di Filipina pula orang mengenalinya sebagai manzanitas. 

Namun begitu, tahukah anda bahawa tanaman ini mempunyai rahsia kebaikan dan ada disebut dalam kitab suci Al-Quran? Benarkah pohon ini terdapat di syurga? Hal ini dibuktikan melalui ayat berikut.

(Gambaran syurga sekadar hiasan- KabarMakkah.com)

Allah SWT berfirman:
Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu.berada diantara pohon bidara yang tidak berduri, pohon pisang yang bersusun-susun(buahnya). Naungan yang terbentang luas, air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak”, (Surah Al-Waqiah ayat 27-32).

Nahh. Hebat bukan pokok bidara ni? Terdapat beberapa lagi ayat Al-Quran yang menyebut pokok bidara tau. Antaranya: 

(Kota Saba yang dibinasakan Allah -Kisah Muslim)

Allah SWT berfirman:

"Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara" (QS. Saba :16)


Selain itu, pokok bidara juga ada disebutkan di dalam hadis Baginda SAW kerana mempunyai kaitan dengan beberapa sunnah seperti ketika memandikan mayat dan ketika mandi hadas besar selepas haid bagi wanita. Hal ini dituliskan dalan hadis yang berbunyi: 

(Gambar sekadar hiasan)

Hadits Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma tentang orang yang jatuh dari untanya dan meninggal, Nabi SAW bersabda: 

"Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara dan kafan dengan dua baju". (HR. Bukhary-Muslim)


Ada juga Hadits Ummu 'Athiyah tatkala anak Nabi SAW meninggal, Baginda bersabda:
"Mandikanlah dia tiga kali atau lima kali atau tujuh atau lebih jika kalian melihatnya dengan air dan daun bidara". (HR. Bukhary-Muslim).
Dan berikut ini pula kegunaan daun bidara bagi wanita yang membersihkan diri dari hadas besar selepas haid atau orang yang mandi hadas ketika baru memeluk agama Islam berdasarkan hadis. Oleh itu, bagi pembaca diluar sana yang mempunyai daun bidara tetapi tidak sedar akan sunnah ini; anda boleh lah mengubah cara mandian mengikut apa yang telah di syorkan oleh Baginda sendiri. Hal ini kerana setiap apa yang telah diwajibkan dan disunnahkan oleh Rasulullah kepada kita mempunyai sejuta kebaikan didalamnya namun kita mungkin tidak sedar.
(Gambar sekadar hiasan- My Hayra)

Hadits 'Aisyah bahawasanya Asma binti Syakal bertanya kepada Nabi SAW tentang mandi haid, maka Nabi SAW bersabda:
"Hendaklah salah seorang dari antara kalian mengambil air dan daun bidara kemudian bersuci dengan sempurna kemudian menyiram kepalanya dan menyela-nyelanya dengan keras sampai ke dasar rambutnya kemudian menyiramnya dengan air. Kemudian mengambil sepotong kain (atau yang semisalnya) yang telah diberi wangi-wangian kemudian dia bersuci dengannya. Kemudian 'Asma bertanya lagi: "Bagaimana saya bersuci dengannya?". Nabi SAW menjawab: "Subhanallah, bersuci dengannya". Kata 'Aisyah: "Seakan-akan Asma tidak faham dengan yang demikian, maka  ikutilah (cucilah) bekas-bekas darah (kemaluan)". (HSR. Muslim)
Potongan hadis dan ayat Al-Quran di atas menunjukkan pohon bidara mempunyai kelebihan berbanding pohon lain yang telah diciptakan. Tahukah anda sebagai umat Islam kelebihan pohon bidara ini pada kehidupan seharian kita?

Kelebihan pokok bidara:
  1. Mandi Jenazah
  2. Mandi junub
  3. Boleh dibuat makanan dan minuman
  4. Melegakan kesakitan
  5. Membuang dan memusnahkan cacing atau parasit
  6. Melegakan demam
  7. Merawat cirit-birit
  8. Melegakan senak perut
  9. Merawat gangguan saraf dan sawan
  10. Akar pokok boleh menggalakkan haid
  11. Merawat ulser dan demam pada kanak-kanak
  12. Menghentikan pendarahan
Haa, banyakkan fungsi pokok bidara pada kita? Mungkin fungsinya pada mandian mayat adalah menghentikan pendarahan, mencegah parasit dan sebagainya. Namun banyak juga kelebihan untuk kita yang masih hidup. Oleh itu, selepas ini boleh lah kita ubah cara hidup dengan mengamalkan pokok bidara sambil meraih pahala sunnah. hehe. Sekian dahulu untuk artikel kali ini. Nantikan manfaat tumbuhan pada masa akan datang. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.

Artikel oleh : Muhammad Rafi

Anda minat menanam ? Kita GENG 😍😍












Sunday, March 24, 2019

Panduan Menanam Timun Melalui Biji Benih Dengan Mudah Dalam Pasu

Timun adalah kategori sayuran buah yang sememangnya ramai gemar nak makan samada secara mentah atau dimasak lagi-lagi dijadikan ulam pada sesiapa yang memang mengamalkan pemakanan yang sihat. Timun ni memang kaya dengan pelbagai khasiat yang mungkin ramai taktahu.

Kemajuan cara dan teknik menanam dalam bidang pertanian semakin maju dan berkembang. Banyak cara yang boleh kita buat untuk menanam sekarang samada menanam di tanah, di pasu, secara hidroponik dan macam-macam lagilah. Bagi mereka-mereka yang tinggal di bandar pun boleh menanam mengikut kaedah yang sesuai seperti menanam dalam pasu. Ini kerana menanam dalam pasu mudah di mana memerlukan sedikit media, pasu boleh dialihkan dan pembajaan juga tidak perlukan jumlah yang banyak cukup 2 sudu dalam 2 minggu sudah memadai. 


Image result for timun dalam pasuLangkah awal bagi memulakan untuk menanam timun dalam pasu adalah dengan mencari biji benih yang bersesuaian. Biji benih mudah untuk kita dapatkan di nurseri atau kedai-kedai pertanian.  Namun begitu, pemilihan mencari biji benih pun kena berhati-hati supaya bila kita dah semai pokok tersebut akan menjadi.

Semai terlebih dahulu dalam cawan plastik dan simpan ditempat selamat. Cara menyemainya ialah masukkan media ke dalam cup plastik buat lubang sedalam 2 inci. Masukkan benih dan timbus semula kemudian siram dengan air. Tunggu hingga 2 minggu atau anak pokok timun sudah mengeluarkan daun sebenar dan barulah alihkan ke pasu.

Setelah benih disemai, dapatkan pasu pula. Pemilihan pasu pun agak penting bagi menanam timun supaya pokok timun dapat membesar dengan lebih tinggi dan memberi keselesaan pada akar pokok untuk bebas bergerak. 


Pemilihan media juga penting dalam pertumbuhan pokok. Walaupun media bukan syarat utama dalam penanaman tetapi sekurang-kurangnya menggunakan media yang baik akan memberikan pertumbuhan yang baik kepada tanaman pokok timun.

Proses sebelum menambah media ke dalam pasu, masukkan dua genggam rumput kering atau daun kering yang mudah diperolehi di laman rumah. Jika tidak ada, boleh juga menggunakan batu kerikil. Rumput kering atau batu kerikil ini bertujuan agar air di bawah pasu cepat keluar dan tidak berlebihan atau bertakung di bawah pasu. Akar akan lemas dan mudah terkena jangkitan sekiranya media terlalu basah akibat air bertakung di bawahnya.

Genap 3 minggu lebih, pokok timun akan menghasilkan bunga jantan dengan banyak diikuti oleh bunga betina. Buah timun akan membesar dan membesar dan setelah lebih kurang 2 bulan lebih atau 3 bulan, pokok timun anda sudah bersedia untuk dituai hasilnya.
Anda minat menanam ? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

Friday, March 22, 2019

Pokok Cili Mak Cik Noriah

Masalah yang selalu orang hadapi pada tanaman mereka selalunya pokok yang lambat nak berbuah, pokok bunga tak keluar bunga, daun kekuningan. Antara kebanyakkan tanaman yang sangat mudah untuk mendapat penyakit adalah pokok cili.

Antara masalah yang sering menyerang pokok cili ni adalah buahnya mudah menjadi busuk dan cepat gugur. Jika kekerapan buah cepat busuk dan sering gugur selalu terjadi itu tandanya pokok cili kita telah diserang lalat buah.

Kemudian daun kerinting dan mudah luruh. Perkara pertama yang biasa orang buat adalah melihat di bawah daun pokok cili terutama daun tua di bahagian bawah pokok. Bila dilihat dengan teliti, kita akan nampak bintik-bintik hitam dan warna putih seakan tepung melekat di bawah daun. Itu adalah afid dan lalat putih. Kedua-dua serangga ini sering hinggap pada pokok cili. Mereka akan menghisap sap pokok dan seterusnya membuatkan pokok diserang penyakit.

Macam Makcik Noriah ni, dah guna pelbagai jenis baja tapi takde hasil. Pokok cili tak naik dan hasil cili tersebut tak nampak cantik.


Testimoni Makcik Noriah

'Bila dah pakai milagro, terus naik mendadak dan cili nampak lebih cantik. Pokok-pokok nampak lebih cantik dan lebih subur' - Makcik Noriah
Itulah kelebihan yang ada pada milagro, dapat memberikan hasil yang cepat dan berganda-ganda. Saiz hasil jadi lebih besar. Menyuburkan pokok dan merawat pokok yang sakit.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

Thursday, March 21, 2019

Jeans terbuang dijadikan alat kebun

Hai. Assalamualaikum haa segmen DIY minggu ini membawa sesuatu yang menarik untuk para pembaca. Terkadang banyak sangat seluar jeans kat rumah yang dah tak muat atau koyak dan sebagainya tapi sayang untuk dibuang. Haaa apa kata jadikan seluar itu sebagai sesuatu yang berguna lagi- lagi untuk orang yang gemar berkebun. Siapa pernah dengar apron kebun. Ha dengan adanya apron ini boleh mengelakkan daripada kotoran



https://www.instagram.com/p/Bsm88CvhOCs/

Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. Seluar jeans
  2. Gunting

Langkah 1 : Lipat sebelah jeans tersebut

Langkah 2 : Potong bahagian paha jeans

Langkah 3 : Potong bahagian sisi jeans

Langkah 4 : Potong bahagian depan

Hanya dengan 4 langkah sahaja terhasillah apron kebun yang cantik dan menarik ini. 

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍






Tuesday, March 19, 2019

Tanaman indoor yang tidak perlukan cahaya matahari


Tips dekorasi kembali lagi untuk minggu ini dengan topik tumbuhan yang tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak. Tumbuhan ini juga sesuai jika ingin dijadikan hiasan di dalam rumah sebagai penyambut tanpa sedar kepada tuan rumah dan tetamu yang datang bertandang.  Haa pasti semua tertanya - tanya pokok apa yang tidak memerlukan cahaya ni. Jom kita teroka tips dekorasi ini😊



1) Pokok Dracaena

Pokok ini sangat sesuai ditanam di dalam rumah kerana boleh hidup tanpa memerlukan cahaya matahari untuk jangka masa yang lama. Apa yang penting ialah siraman air untuk memastikan ia hidup dengan subur. Tumbuhan ini dikatakan dapat menyingkirkan udara yang tercemar, mengawal haba yang panas dan melegakan masalah pernafasan. Jadi tunggu apa lagi. Jom menanam dracaena di rumah !



2) Lidah Jin

Pokok ini antara pokok hiasan dalaman yang popular di pasaran. Walau bagaimana pun ramai yang mengetahui mengenai tumbuhan ini tetapi tidak mengetahui namanya ialah lidah jin ataupun lidah mertua. Jalurannya yang unik pasti memikat peminat hiasan dalaman kerana tumbuhan ini tidak memerlukan pengawasan matahari yang rapi, cukup siraman air untuk mengekalkan kesegarannya.

Pokok ini juga boleh membantu menyuburkan rambut, merawat penyakit darah tinggi, penyakit gatal-gatal dan sakit telinga. Haa banyak manfaat rupanya lidah jin ini !


3) Pokok Peace Lily

Selalunya pokok ini mudah ditemui di front office atau hadapan rumah. Penjagaannya juga amat mudah dan sesuai bagi orang-orang yang tiada masa untuk merawat tanaman disebabkan kekangan waktu. Pokok ini juga dapat menyegarkan udara di dalam kawasan yang tertutup.





4) Alocasia spp

Daun pokok ini hampir sama dengan pokok keladi tetapi perbezaan ketara antara ke dua dua pohon ini ialah warna daun Daun keladi keseluruhannya berwarna hijau manakala Alocasia mempunyai urat berwarna putih dan sangat menarik jika dijadikan pokok hiasan. Ia juga memerlukan siraman air yang banyak tetapi tidak memerlukan cahaya matahari untuknya kekal subur

Mudah bukan cara penanaman pokok-pokok ini. Jadi apa tunggu lagi, serikan halaman rumah dan dalaman rumah anda dengan pokok-pokok hiasan yang sangat menarik ini!


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

Kredit : Impiana

Monday, March 18, 2019

KHASIAT NENAS YANG RAMAI TAKTAHU

KHASIAT NENAS YANG WAJIB ANDA KETAHUI


Nenas merupakan tanaman yang berasal daripada negara Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Pada sekitar tahun 1500, orang eropah menyebarkan tanaman nenas ke rantau Asia seiring dengan peluasan kuasa-kuasa eropah ke atas negara-negara Asia. Orang eropah cuba menanam nenas di negara mereka namun gagal atas faktor iklim yang tidak sesuai lalu ditanam ke Asia termasuk negara kita Malaysia.

Kini, nenas banyak di tanam di Malaysia untuk tujuan komersial. Nenas di Malaysia terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu nenas Cayenne, Spanish, dan Queen. Terdapat banyak jenis nenas yang di taman di Malaysia iaitu nenas morris, nenas Sarawak, nenas gandol, nenas maspine, nenas josapine, nenas yankee, nenas moris gajah, dan nenas N36.

Menurut laporan Kementerian Pertanian Malaysia, tanaman nenas menunjukkan peningkatan pada setiap tahun (Data sehingga tahun 2011). Dianggarkan pada tahun 2010, jumlah pengeluaran nenas negara mencecah RM645 juta dengan Johor merupakan pengeluar utama tanaman ini yang menyumbang sebanyak 163 830 tan metrik. 

(Pertanian nenas di Negeri Johor berkeluasan 9 830 hektar pada tahun 2010)

Namun, tahukah anda nenas yang merupakan tanaman penyumbang pendapatan negara ini memiliki khasiat yang baik untuk tubuh manusia? Berikut adalah kebaikan yang mampu anda perolehi daripada pengambilan nenas berdasarkan pandangan beberapa doktor yang telah kami kaji untuk anda!

1. Merawat hingus, lendir dan kahak
Buah nenas kaya dengan Vitamin C. Vitamin C mempunyai fungsi yang besar untuk melegakan kahak dan selesema. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah ini, anda boleh mengambil makanan buah nenas sebagai ubat. Anda juga boleh mengambil nenas dengan menjadikannya jus atau pati.

2. Menguatkan tulang
Tahukah anda bahawa nenas bukan sahaja kaya dengan nutrisi, tetapi juga nenas kaya dengan mineral. Mineral ini sangat penting untuk membentuk tulang yang kuat. Gabungan mineral ini mampu untuk mencegah osteoporosis(keadaan dimana kalsium bergerak keluar dari tulang menyebabkan tulang menjadi berongga dan rapuh).

(tulang yang sihat vs tulang yang mengalami osteoporosis- Haven Pharmacy)


3. Kesuburan lelaki dan wanita
Selain baik untuk tulang, nenas juga baik untuk menambah dan mengekalkan kesuburan badan lelaki dan wanita. Kandungan mineral dan vitamin dalam nenas membantu untuk memberi kesuburan kepada badan. Jadi, bagi anda yang membaca artikel kami, jika anda mempunyai masalah terhadap kesuburan badan dan sukar memperoleh zuriat; anda boleh mencuba rawat masalah anda dengan mengamalkan nenas dalam menu harian anda. In shaa Allah.





4. Keradangan dan tumor
Apa yang lebih menarik pada tumbuhan ini ialah nenas merupakan satu-satunya tanaman yang mempunyai enzim yang mampu merawat keradangan dan pergumpalan darah iaitu Bromelain. Enzim Bromelain menjadi bahan ujikaji banyak saintis di seluruh dunia dan dipercayai mampu mengurangkan keradangan. Lebih lagi, Bromelain ini mampu merawat luka dan melecur akibat terbakar pada tubuh manusia. Oleh sebab itu, banyak produk dihasilkan menggunakan Bromelain ini antaranya ialah losyen untuk rawat kulit kesan terbakar dan jus nenas digunakan dalam masakan bertujuan untuk melembutkan daging yang dimasak.

5. Tenaga
Nenas juga merupakan sumber karbohidrat fruktosa,sukrosa, dan glukosa di dalamnya. Oleh itu, dengan mengambil makanan nenas, ia sudah membekalkan tenaga kepada badan anda sama seperti gula. Nenas merupakan buah yang sesuai untuk diambil bagi mereka yang ingin diet dan mengurangkan berat badan secara sihat. Nenas bukan sahaja mampu membekalkan tenaga untuk badan, tetapi juga untuk otak. Nenas kaya dengan Mangan yang membekalkan tenaga untuk otak sekaligus mampu mengurangkan stress.



Artikel oleh: Muhammad Rafi


Anda minat menanam? Kita GENG😍😍 

ikuti kami di facebook dan instagram kami di bajamilagro

Kredit: Ohbulan

References:

1. https://www.bidadari.my/manfaat-nanas/
2. https://ohbulan.com/tak-sangka-buah-nanas-banyak-khasiat-manfaat-jom-amalkan-setiap-hari/










KHASIAT BUAH MANGGA YANG WAJIB ANDA TAHU



KHASIAT BUAH MANGGA YANG WAJIB ANDA TAHU

Mangga merupakan buah-buahan tempatan yang banyak ditanam di negara kita Malaysia. Buahnya yang manis membuatkan ramai berminat untuk menanam buah ini di kawasan persekitaran rumah. Ada juga yang menanam buah ini untuk tujuan komersial. Buah ini sedap dimakan ketika masih muda ataupun sudah matang. 

Keunikan buah ini adalah kerana terdapat pelbagai cara kita untuk menikmatinya. Sebagai contoh, dijadikan kerabu mangga, jus minuman, dimakan mentah dicecah serbuk asam, dimakan ketika buahnya telah matang, dan dijadikan jeruk yang diperam.

Buah mangga sebenarnya berasal dari Asia Tenggara dan India. Terdapat pelbagai jenis magga yang berada di pasaran. Antara mangga yang popular di Malaysia ialah mangga harumanis, Mangga golek, Mangga mas muda, Mangga maha 65, Mangga nam dok mai, Mangga chauk anan, Mangga gedung gincu, dan Mangga sala.

Di Malaysia, menurut laporan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang ;negeri-negeri yang menanam mangga secara besar-besaran untuk tujuan eksport dan komersial ialah Perlis, Perak dan Kedah. Buah mangga juga dikatakan mengandungi banyak khasiat dan manfaat antaranya ialah:

  1. Tenaga (83kcal/100gm)
  2. Karbohidrat (15.6gm/100gm)
  3. Kalsium (9mg/100gm)
  4. Potasium (110mg/100gm)
  5. Besi (0.4mg/100gm)
  6. Magnesium (2mg/100gm)
  7. Vitamin B1 (0.05mg/100gm)
  8. Vitamin B2 (0.07mg/100gm)
  9. Vitamin C (23mg/100gm)
  10. Lemak (1.8gm/100gm)
  11. Protein (1.0/100gm)
  12. Niacin (0.5mg/100gm)
Itulah kandungan yang anda boleh perolehi jika anda memberi tubuh anda dengan mangga sebagai santapan. Namun begitu, tahukah anda apa fungsi setiap kandungan nutrisi yang kami nyatakan di atas? Jom ikuti ulasan kami tentang kebaikan yang anda boleh dapat dengan mengkosumsi buah mangga kepada tubuh anda.

1. Menurunkan kadar kolesterol
Manfaat pertama yang bakal anda dapat ialah anda boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Kadar kolesterol yang tinggi dalam badan amat merbahaya untuk kesihatan badan terutamanya jantung. Tahukah anda bahawa menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) "36 peratus rakyat Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung" [rujuk disini]. Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2017 menyatakan bahawa Malaysia mendahului negara lain dalam penyakit berkaitan jantung di rantau ini. Sungguh menakutkan bukan?

Setiap penyakit yang dicipta sebenarnya telah diciptakan juga penawarnya sama ada kita mengetahui ataupun tidak. Oleh itu, dengan mengamalkan buah mangga ini akan membantu anda mengurangkan kadar kolesterol dalam badan di samping anda mengurangkan mengambil makanan berlemak. In syaa Allah. Hal ini demikian kerana buah mangga mengandungi tinggi Vitamin C yang akan menyingkirkan unsur tidak penting dalam darah seperti kolesterol jahat sekaligus dapat menghindari kita dari masalah jantung dan obesiti.

(36% rakyat Malaysia mati akibat serangan jantung-Gambar hiasan)

2. Merawat anemia
Tahukah anda apa itu anemia dan punca anemia? Menurut MyHealth iaiti portal Kementerian Kesihatan, anemia ialah keadaan dimana badan manusia itu kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Keadaan ini terjadi berpunca daripada kurangnya zat besi dalam badan seseorang. Zat besi penting untuk menciptakan sel darah merah yang banyak dan berkualiti. Sel darah merah ini berfungsi untuk membawa oksigen dan menyebarkan oksigen itu ke seluruh badan kita



Penyakit anemia ini biasanya banyak menyerang kanak-kanak. Terdapat beberapa synthom serangan yang kita boleh lihat jika anemia menyerang antaranya ialah muka pucat, cepat marah, tidak boleh fokus, pening kepala, tidak boleh berfikir dengan baik dan cepat berasa letih dari kebiasaan. Oleh itu, anda boleh cuba ikhtiar dengan mengambil buah mangga sebagai makanan rutin harian anda jika anda atau orang terdekat anda mempunyai penyakit ini.

3. Kesihatan otak
Selain daripada menjadi ubat kepada penyakit-penyakit kronik, mangga juga berfungsi untuk menjadi ubat kepada minda atau otak kita. Bagi anda yang mempunyai anak yang sukar untuk fokus di dalam kelas atau sukar untuk mengingat apa yang cikgu mereka ajar, anda boleh memberi anak anda makan buah mangga. Buah mangga berupaya meningkatkan daya ingatan kita kerana kaya dengan Vitamin yang baik untuk otak. Selain daripada menguatkan daya ingatan, Vitamin yang dibekalkan juga mampu meningkatkan daya fokus seseorang. Oleh itu, demi masa depan anak-anak anda; jangan lupa amalkan makanan buah mangga untuk anak anda. Selamat mencuba!

4. Melegakan panas dalam
Buah mangga sangat kaya akan khasiatnya yang tersendiri. Buah mangga juga mampu merawat panas dalam. Mungkin ramai dari kalangan kita atau ahli keluarga terdekat yang sering menghadapi situasi dilanda sakit demam. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa buah mangga mampu berfungsi seperti ubat demam iaitu paracetamol. Demam atau panas dalam terjadi akibat dari pelbagai faktor. Antaranya ialah kekurangan Vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan dalam tubuh, jangkitan bakteria, cuaca yang panas dan sistem pencernaan yang buruk. Sifat mangga yang kaya dengan Vitamin C mampu memberi kelegaan dan keselesaan akibat dari suhu panas.

(Gambar sekadar hiasan-wanista.com)
5. Menghaluskan kulit
Haa... Poin yang ini mesti menarik bagi wanita yang inginkan kulit yang cantik, bersih dan halus. Tahukah anda Vitamin dalam kandungan buah mangga juga baik untuk menghaluskan kulit anda, menjadikannya sentiasa kelihatan lembab dan mencegah berlakunya jerawat pada muka anda. Oleh itu, bagi anda yang sentiasa menjaga keterampilan diri amat digalakkan untuk memakan mangga pada pagi hari, tengah hari dan malam atau mengambil buah mangga setiap kali sebelum memakan makanan berat. Selamat mencuba!!


Artikel oleh: Muhammad Rafi

Kredit: Buah Mangga

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍






Sunday, March 17, 2019

Panduan Untuk Capai Kejayaan

Hai semua ! 
Selamat berhujung minggu πŸ˜„...

Hari ni team kami nak kongsikan tentang panduan untuk mencapai kejayaan ! Mesti korang rasa pelik sikit kan kenapa nak capai kejayaan kena ada panduan, kan ?😏

Meh sini, nak kongsi sikit panduan untuk mencapai kejayaan !😘



1) Visi hidup yang jelas


Visi ni adalah perancangan yang kita nak capai dalam jangka masa yang panjang. Visi atau misi yang jelas akan membantu kita untuk capai kejayaan. Visi ni boleh dikatakan sebagai matlamat kehidupan kita, andai kita ada matlamat hidup yang jelas ia akan memudahkan kita untuk merancang bagaimana nak capai matlamat tersebut dengan teratur dan sistematik. So, visi sangat penting untuk kita mencapai kejayaan dalam kehidupan kitaπŸ˜‰








2) Sabar dan konsisten 

Sabar dan konsisten sering kali disebut dalam talk bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya. Hal ini kerana, kesabaranlah yang akan menunjukkan kita ni boleh buat kerja dengan baik ataupun tidak. Konsisten ni pula kita membuat kerja secara berterusan, means kalau ada kerja yang nak diselesaikan dalam waktu terdekat kena selesaikan sebab tu yang akan melihat kerja kita membuahkan hasil ataupun tidak. Kena fokus dalam membuat sesuatu dengan tidak mudah menyerah dan berputus asa kerana jika kita kekalkan kesabaran dan konsisten dalam diri, ia akan mendatangkan hasil yang memuaskan hati dengan usaha dan kesabaran yang kita lakukan sesuatu pekerjaan.


3) Hormat orang lain yang nak berjaya


Kalau nak berjaya, kita kena hormat orang lain tau tak kira la dia muda atau tua daripada kita, yang penting kita hormat orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang yang nak berjaya kita kena la sokong dia dengan bagi kata-kata semangat tanpa memperlekehkan usaha yang dibuat. One more things, kita jangan pandang rendah kepada orang yang baru nak mulakan hidup untuk menjadi seorang yang berjaya kerana kalau kita sokong, mereka akan bersemangat untuk menempuh dugaan jadi seorang yang berjaya dan kalau kita pandang rendah terhadap usaha mereka, mereka akan mula down dan give up untuk teruskan usaha mereka. So, jangan pernah untuk memperlekehkan seseorang yang hendak berjaya malah kita bantu dan beri semangat untuk teruskan kejayaan merekaπŸ˜‰


4) Percaya kebolehan diri untuk mencapai kejayaan

Panduan yang ke-4 ni sangat penting tau sebab kalau kita ada keyakian pada diri sendiri untuk capai kejayaan, kita akan berusaha lebih keras walaupun ada yang tidak suka atau cemburu dengan usaha kita. Paling penting kena sentiasa percaya pada diri sendiri ! Kalau kita percaya yang kebolehan diri kita ni dapat mendorong untuk berjaya, kita akan berusaha keras untuk mencari cara dan membuat penyusunan agar matlamat yang disenaraikan dapat dicapai. Dan disiplinkan diri juga dapat membuat seseorang mencapai kejayaan kerana jadual atau panduan yang kita buat harus dilaksanakan juga tidak kira mudah atau susah, kena lakukan juga ! Berusaha sehingga ketitisan darah terakhir untuk mendapat kepuasan dalam diri ! Jangan pernah menyerah ! Jangan mudah pandang rendah pada diri sendiri ! Keep fighting!πŸ’ͺ


5)Lakukan sesuatu perkara dengan keseronokan


Mood yang baik akan mendatangkan kerja yang baik juga tau ! Mesti tak tau kan ? Kadang-kadang sikap positif before pergi kerja akan membuatkan diri kita lagi bersemangat nak buat kerja  even susah tapi kita seronok, best kan ? Lagi satu, kalau kerja tu susah sangat jangan mengeluh tau jadikan ia sebagai cabaran untuk kita bakar semangat kita, Yeah!πŸ’ͺ 

Then, kalau kita always bersemangat time kerja kalau boleh semua kerja kat dalam office tu semua kita nak buat sebab kita seronok lakukan pekerjaan tu. Am i right ?😏 So, kena happy buat time buat kerja .





Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Friday, March 15, 2019

Kebun Mini Encik Fajar



 
Siapa ada masalah tanaman seperti Encik Fajar? Daun-daun kekuningan, buah lambat berputik, pokok bunga susah untuk berbunga, pokok tak nampak sihat.  

' Selepas menggunakan baja milagro ni, nampak perkembangan lebih baik daripada baja yang lain.' 'Pakcik tahu baja milagro ni dari kawan-kawan pakcik dan kawan-kawan isteri pakcik dimana mereka juga minat untuk membuat tanaman dirumah.' - Encik Fajar

Antara tanaman yang Encik Fajar ada adalah timun, pucuk keledek, buah tin, buah kedondong. Kata beliau nampak sangat perubahannya kerana bila tanam dulu menggunakan masa yang lama untuk hidup dibandingkan dengan sekarang nampak lebih bercahaya.

Encik Fajar galakkan semua orang menanam buah-buahan, sayur-sayuran untuk digunakan pada diri sendiri. Dan gunakan kelebihan pada baja milagro untuk dapatkan tanaman yang lebih baik daripada dulu. 

Yang tidak tahu kelebihan yang ada pada baja milagro ni adalah milagro mampu memberikan hasil yang cepat dan berganda, daripada pokok yang tak berbuah jadi berbuah lebat, pokok yang tak berbunga jadi lebih lebat pokok berbunga, dan boleh merawat pokok yang sakit,dan menyuburkan tanah. 

Anda minat menanam? Kita GENG😍😍 

Jom join Geng Kebun Organik

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...