
Tahu tak sebenarnya kita tak perlu pun nak membeli terlalu banyak pokok dari spesis yang sama sebab kebanyakannya senang dibiakkan. Asalkan kita ada satu pokok induk maka aktiviti membiakkan pokok tersebut boleh dilakukan dan dijadikan berpasu-pasu pokok.
Pokok Lidah Mak Mertua atau orang panggil pokok lidah jin ni memang mudah untuk dibiakkan. Bila saiznya dah cukup besar, perlu lah untuk kita pindahkan ke dalam saiz pasu yang lebih besar.
Bila dah keluarkan dari pasu, kita boleh biakkannya dengan pecahkannya kepada dua atau tiga bahagian.Kemudian barulah dipindahkan ke pasu yang lain.
Bila dah dipecahkan kepada beberapa bahagian, bolehlah diasingkan ke dalam beberapa jenis pasu mengikut kesesuaian saiz pokok tersebut.

Setelah siap dipindahkan dan diletakkan tanah, perlulah siram. Kaedah ini juga boleh dilakukan menggunakan tanaman yang lain. Cuma pecahkan kepada beberapa bahagian dan pindahkan ke dalam beberapa bekas pasu sahaja. Mudah dan senang serta jimat sebab tak perlulah nak beli satu jenis pokok itu sampai dua ke tiga pasu.
Sumber : Impiana
Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍
Jom join
Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment