Sunday, June 16, 2019

HALIA MENGEMPISKAN PERUT


Perut buncit adalah satu masalah kesihatan yang banyak dialami oleh rakyat Malaysia disebabkan cara pemakanan yang tidak betul selain kurang bersenam. Masalah ini boleh mengundang pelbagai penyakit seperti badan berangin, perut membesar, kanser usus, masalah jantung, kencing manis dan banyak lagi jika tidak dirawat dengan segera.

Ada banyak cara mengatasi masalah perut buncit seperti kerap bersenam dan mengamalkan diet dan makanan yang seimbang.

Bagi yang mahu kempiskan badan secara semulajadi, boleh amalkan meminum jus jamu Halia Madu. Kelebihannya adalah tidak mengandungi sebarang bahan pengewet dan cara membuatnya amat senang.


Bahan- bahan yang diperlukan adalah :



  • 3 inci halia tua
  • 2 biji limau nipis atau 1 biji lemon
  • 3 cawan air biasa
  • 1/2 cawan madu lebah

Cara membuatnya adalah

1. Potong limau dan kupas kulit halia.
2. Masukkan semua hirisan halia dan limau ke dalam periuk. Tambahkan air dan masak sehingga tinggal 2 cawan air sahaja
3. Masukkan air tersebut ke dalam cawan dan biarkan sehingga suam.
4. Seterusnya masukkan air tadi (2 gelas) ke dalam blender bersama 1/2 cawan madu. Kisar hingga halus. ( limau dan halia dikisar bersama dengan kulitnya.)
5. Masukkan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Amalkan meminum jus jamu halia madu ini sebanyak 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam. Insyahallah berkesan kempiskan perut yang buncit.


PERINGATAN: Jus ini boleh bertahan selama 2-3 hari kecuali disimpan dalam peti sejuk, ia boleh tahan sampai berbulan-bulan. Boleh amalkan meminum jus ini selepas 2 bulan berpantang dan lahirkan bayi.



Cara nak tanam halia ni pulak sangatlah senang sebab tak memerlukan proses yang banyak. Tanam dalam polibeg pun boleh. Caranya cuma gunakan halia yang kita belum guna dalam peti sejuk tu, potongkan halia tersebut mengikut tunas yang dah tumbuh, rendamkan dalam racun kulat untuk mematikan fungus dan keringkan. Kemudian bolehlah ditanamkan ke dalam polibeg menggunakan medium tanaman yang sesuai.

Selain halia, banyak lagi tanaman yang sebenarnya kita tanam sendiri bermanfaat untuk kempiskan perut yang buncit tu. Antaranya aloe vera ( lidah buaya ), limau nipis, daun sirih. 

Semoga bermanfaat ! Jangan lupa like dan share kan okeyy .


Anda minat menanam? Kita GENG ! 

Jom join Geng Kebun Organik

No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...