Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai antara kita
terpaksa mengamalkan perbelanjaan berhemat termasuk berjimat cermat
dalam menguruskan perbelanjaan dapur.
Namun, bagi mereka yang
kreatif dan bijak akan menggunakan sebaik mungkin ruang yang ada di rumah,
mereka boleh mewujudkan konsep kebun di laman sendiri.
Kita boleh mewujudkan ruang yang menarik jika bijak menyusun atur tanaman dan
mungkin juga boleh mewujudkan taman mini untuk melengkapkan landskap
halaman.
Bersesuaian dengan cara kita untuk menyusun atur, taman kebun mini ini boleh mengandungi tanaman yang
boleh dimakan seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman dan pokok herba.
Kebiasaannya, pokok yang ditanam adalah tumbuhan berjangka pendek, iaitu
hidup dalam tempoh satu hingga enam bulan.
Ia bukan saja dapat
membantu mengurangkan kos perbelanjaan di dapur, tetapi mampu menjadi
lokasi sesuai untuk terapi minda selepas penat seharian di tempat kerja.
Sebenarnya bukan susah hendak mewujudkan taman kebun mini. Maklumat cara untuk membuatnya begitu mudah dicari dan banyak di Internet, bergantung
kepada diri sama ada hendak atau tidak mengusahakannya
Ia menjadi satu kepuasan apabila dapat masak dan makan
hasil sayur yang ditanam sendiri. Sesetengah orang kalau hendak beli sayur di
pasar kadang-kadang tidak habis dimakan, jadi dengan ada kebun sendiri
kita boleh makan dalam jumlah yang diperlukan saja.
Sesetengah orang turut mengakui dapat banyak berjimat selepas menanam sendiri sayuran
kerana ada antaranya seperti cili yang dijual agak mahal dengan harga yang tinggi tapi kuantitinya kurang. Penggunaannya pun hanya boleh dimasak 2 hingga 3 kali sahaja. Berbeza dengan kalau kita menanam sendiri. Bila perlu petik sahaja dan yang lebih boleh disimpan untuk digunakan .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH
Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...
-
Pokok Bakawali atau juga dikenali sebagai Akar Seruntun, Brotowali, Batang Wali mempunyai nama botani Tinospora crispa (Miers). Pokok ini me...
-
Peluang perniagaan dalam bidang pertanian memiliki prospek yang luas dan menjanjikan keuntungan yang menguntungkan. Terutama pada masa kini,...
-
Mesti ramai dalam kalangan kita yang impikan laman rumah yang cantik dan menarik. Antara cara mudah untuk kita mencantikkan laman rumah k...
No comments:
Post a Comment