Tanaman yang bermasalah akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut. Bukan manusia je boleh terbantut, tanaman pun boleh. Apa yang kita boleh kesan pokok yang bermasalah ni daripada segi warna daunnya dari hijau menjadi kekuningan, pokok nampak tak sihat, dah lama tak berbuah atau berbunga.Antara kesan pertumbuhan tanaman daun pudar dan layu adalah disebabkan kekurangan air. Warna hijau akan jadi hilang dan pertumbuhan pokok menjadi terbantut dan bunga serta putik buah gugur.
Apabila kekurangan air berterusan daun akan bertukar warna menjadi perang dan gugur, akhirnya pokok akan mati.
Untuk mengatasi masalah ini kita kena gunakan bahan organik, sediakan sistem
pengairan, buat sungkupan dan elakkan menanam pada kawasan terlalu
curam.Kekurangan nutrien makro juga antara punca pertumbuhan terjejas. Nutrien makro bagi pokok ialah nitrogen, posfat, kalsium, magnesium dan sulfur. Ia menyebabkan pokok dan akar terbantut, daun kekuningan, tanda klorosis antara urat daun hingga menyebabkan tumbuhan itu mati. Bagi mengatasinya pastikan penggunaan baja mencukupi.
Berlebihan air juga antara punca pertumbuhan pokok terganggu. Pembentukan akar akan terganggu kerana kekurangan udara dalam tanah. Pastikan saliran baik dan elakkan menanam di kawasan rendah yang mudah ditenggelami air.
Anda minat menanam? Kita GENG
Jom join Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment