(Pokok bidara- Carousell) |
Pokok bidara atau nama saintifiknya Z. Mauritiana ialah tumbuhan yang berasal dari Asia selatan. Pokok ini merupakan pokok malar renek berduri yang berketinggian kira-kira 15 meter. Buah bidara mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza-beza mengikut jenisnya. Buah bidara sedikit berair dan mempunyai bau yang agak menyenangkan.
Di Malaysia, dianggarkan keluasan tanaman pokok bidara berkeluasan 150 sehingga 160 hektar [rujuk disini]. Negeri Perak merupakan pengeluar utama bagi tanaman ini. Pohon ini biasanya suka pada kawasan yang agak kering.
Pokok bidara ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Bidara Upas, Bidara Laut, Bidara China, Bidara Epal, dan Bidara Kampung. Masyarakat di Mlaysia mengenali pohon ini dengan nama yang berbeza mengikut tempat atau daerah seperti bidara, jujub atau epal siam. Di Filipina pula orang mengenalinya sebagai manzanitas.
Namun begitu, tahukah anda bahawa tanaman ini mempunyai rahsia kebaikan dan ada disebut dalam kitab suci Al-Quran? Benarkah pohon ini terdapat di syurga? Hal ini dibuktikan melalui ayat berikut.
(Gambaran syurga sekadar hiasan- KabarMakkah.com)
Allah SWT berfirman:
“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu.berada
diantara pohon bidara yang tidak berduri, pohon pisang yang
bersusun-susun(buahnya). Naungan yang terbentang luas, air yang tercurah dan
buah-buahan yang banyak”, (Surah Al-Waqiah ayat 27-32).
Nahh. Hebat bukan pokok bidara ni? Terdapat beberapa lagi ayat Al-Quran yang menyebut pokok bidara tau. Antaranya:
(Kota Saba yang dibinasakan Allah -Kisah Muslim)
Allah SWT berfirman:
"Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara" (QS. Saba :16)
Selain itu, pokok bidara juga ada disebutkan di dalam hadis Baginda SAW kerana mempunyai kaitan dengan beberapa sunnah seperti ketika memandikan mayat dan ketika mandi hadas besar selepas haid bagi wanita. Hal ini dituliskan dalan hadis yang berbunyi:
(Gambar sekadar hiasan)
Hadits Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma tentang orang yang jatuh dari untanya dan meninggal, Nabi SAW bersabda:
"Mandikanlah dia dengan air dan daun bidara dan kafan dengan dua baju". (HR. Bukhary-Muslim)
Ada juga Hadits Ummu 'Athiyah tatkala anak Nabi SAW meninggal, Baginda bersabda:
"Mandikanlah dia tiga kali atau lima kali atau tujuh atau lebih jika kalian melihatnya dengan air dan daun bidara". (HR. Bukhary-Muslim).
Dan berikut ini pula kegunaan daun bidara bagi wanita yang membersihkan diri dari hadas besar selepas haid atau orang yang mandi hadas ketika baru memeluk agama Islam berdasarkan hadis. Oleh itu, bagi pembaca diluar sana yang mempunyai daun bidara tetapi tidak sedar akan sunnah ini; anda boleh lah mengubah cara mandian mengikut apa yang telah di syorkan oleh Baginda sendiri. Hal ini kerana setiap apa yang telah diwajibkan dan disunnahkan oleh Rasulullah kepada kita mempunyai sejuta kebaikan didalamnya namun kita mungkin tidak sedar.
(Gambar sekadar hiasan- My Hayra)
"Hendaklah salah seorang dari antara kalian mengambil air dan daun bidara kemudian bersuci dengan sempurna kemudian menyiram kepalanya dan menyela-nyelanya dengan keras sampai ke dasar rambutnya kemudian menyiramnya dengan air. Kemudian mengambil sepotong kain (atau yang semisalnya) yang telah diberi wangi-wangian kemudian dia bersuci dengannya. Kemudian 'Asma bertanya lagi: "Bagaimana saya bersuci dengannya?". Nabi SAW menjawab: "Subhanallah, bersuci dengannya". Kata 'Aisyah: "Seakan-akan Asma tidak faham dengan yang demikian, maka ikutilah (cucilah) bekas-bekas darah (kemaluan)". (HSR. Muslim)
Potongan hadis dan ayat Al-Quran di atas menunjukkan pohon bidara mempunyai kelebihan berbanding pohon lain yang telah diciptakan. Tahukah anda sebagai umat Islam kelebihan pohon bidara ini pada kehidupan seharian kita?
Kelebihan pokok bidara:
- Mandi Jenazah
- Mandi junub
- Boleh dibuat makanan dan minuman
- Melegakan kesakitan
- Membuang dan memusnahkan cacing atau parasit
- Melegakan demam
- Merawat cirit-birit
- Melegakan senak perut
- Merawat gangguan saraf dan sawan
- Akar pokok boleh menggalakkan haid
- Merawat ulser dan demam pada kanak-kanak
- Menghentikan pendarahan
No comments:
Post a Comment