Wednesday, March 27, 2019

INGINKAN LAMAN RUMAH YANG MENARIK? APA TIPSNYA?

Hai. Assalamualaikum semua pembaca setia blog Milagro 😊

Minggu ini segmen tips dekorasi ingin kongsikan satu tips yang menarik untuk anda semua yang ingin mencantikkan laman rumah anda semua. Ha best ke best sangat. Nak tau ke tak apa tipsnya ?




Laman rumah amatlah penting kerana boleh mempengaruhi mood dan emosi orang yang bertandang ke rumah kita. Fikiran yang berserabut akan tenang dan mood beremosi akan kembali stabil. Cantikkan laman rumah ni? Nak tak laman rumah anda secantik ini ? 😍 Jom saya kongsikan.

1) Menanam tumbuhan yang besar dan tinggi di samping tumbuhan yang renek di sekelilingnya untuk ruang kelihatan lebih luas.

2) Elakkan mencampur adukkan penanaman pokok di kawasan yang sama untuk mengelakkan kelihatan serabut.

3) Elakkan daripada menanam tanaman atau tumbuhan berdekatan dengan pintu masuk atau laluan pejalan kaki

4) Elakkan penanaman pokok yang terlalu banyak kerana ia akan menenggelamkan panorama rumah anda

Ha. Dah tau tipsnya kan. Jom kita mula mencantikkan laman rumah kita dengan menanam! 😍


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik



No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...