Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam jumaat semua
Bertemu lagi kita di hari jumaat yang barakah ini :)
Alhamdulillah, Allah izinkan kita untuk bernafas dimuka bumi ini
Minggu ni, team Milagro nak kongsikan tentang 4S pembuka rezeki.. Mesti ramai yang tidak tau kan apa yang terkandung dalam 4S tu...
Apakah itu 4S Pembuka Rezeki?
1) SOLAT
4S yang pertama adalah solat. Kenapa solat? Sebab solat ni adalah perkara yang telah menjadi kewajipan buat umat Islam. So thats why solat tu yang paling utama dalam pembuka rezeki. Solat ni juga adalah tempat umat Islam berkomunikasi dengan Allah. Kalau kita menjaga solat bermaksud kita juga telah menjaga waktu kita, bukan sahaja kita perlu menjaga solat fardhu tapi kita juga kena perbanyakkan solat sunat lebih-lebih lagi solat suna sebelum subuh sebab dalam hadis ada mengatakan:
Daripada Aisya RA, bahawa Rasulullah bersabda:
"Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya"
So, jangan lupa untuk perbanyakkan solat sunat yaπ solat sunat dhuha juga jangan dilupaπ
2) SABAR
4S yang kedua pula adalah sabar. Mesti ramai yang pelik kenapa sabar perlu dikaitkan dengan pembuka rezeki, kan? Kalau nak tau, kesabaran ni la yang akan memudahkan urusan rezeki kita tau. Tidak semua sabar dalam menempuhi dugaan dan cabaran yang dilalui sebab melalui kesabaran yang kita terapkan dalam diri. Setiap orang ada tahap kesabaran masing-masing, ada yang sabar mencari rezeki siang dan malam, sabar dengan ujian yang melanda dan pelbagai lagi kerana kesabaran yang kita lalui akan mendapat habuan yang setimpal. So, kalau kita sabar dalam mencari rezeki, InshaAllah ia akan dipermudahkan sama ada lambat ataupun cepat. Sabar ni juga separuh daripada iman tau !
3) SEDEKAH
Sedekah ni adalah formulasi 4S pembuka rezeki. Sedekah ni walaupun nilainya sedikit atau kecil tapi balasan daripada sedekah tu boleh dapat berlipat kali ganda tau. Jangan pernah mindset kan dalam minda yang sedekah ni boleh menjadikan seseorang itu jatuh miskin, No ! Melalui sedekah ni lah yang akan menambahkan lagi sumber rezeki kita. Dalam al-Quran pun ada menyatakan bahawa Allah akan membalas orang yang bersedekah dengan 700 kali ganda. Setiap rezeki yang kita perolehi mungkin ada juga terselit rezeki orang lainπ
"Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan (sedekah), maka Allah akan menggantikanya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya" (Qs, Saba' :39)"
So, mulakan hari kita dengan sedekah. Senyuman tu juga merupakan sedekah ππ
4) SIDDIQ (KEJUJURAN)
4S yang terakhir adalah siddiq iaitu kejujuran. Dalam berniaga ni, kejujuran tu penting tau. Yela, kita nak berniaga kena jujur dalam apa jua. Maksudnya, kita jujur dalam jual beli yang kita laksanakan tanpa ada unsur penipuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Kalau kita jujur, orang akan percaya dan setia dengan kita tau sebab tu kita kena jujur. Kejujuran yang kita ada ni boleh melimpahkan lagi rezeki kita. So, kejujuran kena ada dalam diri tau !
Anda minat menanam? Kita GENG ππ
Jom join Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment