Monday, March 18, 2019

KHASIAT BUAH MANGGA YANG WAJIB ANDA TAHU



KHASIAT BUAH MANGGA YANG WAJIB ANDA TAHU

Mangga merupakan buah-buahan tempatan yang banyak ditanam di negara kita Malaysia. Buahnya yang manis membuatkan ramai berminat untuk menanam buah ini di kawasan persekitaran rumah. Ada juga yang menanam buah ini untuk tujuan komersial. Buah ini sedap dimakan ketika masih muda ataupun sudah matang. 

Keunikan buah ini adalah kerana terdapat pelbagai cara kita untuk menikmatinya. Sebagai contoh, dijadikan kerabu mangga, jus minuman, dimakan mentah dicecah serbuk asam, dimakan ketika buahnya telah matang, dan dijadikan jeruk yang diperam.

Buah mangga sebenarnya berasal dari Asia Tenggara dan India. Terdapat pelbagai jenis magga yang berada di pasaran. Antara mangga yang popular di Malaysia ialah mangga harumanis, Mangga golek, Mangga mas muda, Mangga maha 65, Mangga nam dok mai, Mangga chauk anan, Mangga gedung gincu, dan Mangga sala.

Di Malaysia, menurut laporan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang ;negeri-negeri yang menanam mangga secara besar-besaran untuk tujuan eksport dan komersial ialah Perlis, Perak dan Kedah. Buah mangga juga dikatakan mengandungi banyak khasiat dan manfaat antaranya ialah:

  1. Tenaga (83kcal/100gm)
  2. Karbohidrat (15.6gm/100gm)
  3. Kalsium (9mg/100gm)
  4. Potasium (110mg/100gm)
  5. Besi (0.4mg/100gm)
  6. Magnesium (2mg/100gm)
  7. Vitamin B1 (0.05mg/100gm)
  8. Vitamin B2 (0.07mg/100gm)
  9. Vitamin C (23mg/100gm)
  10. Lemak (1.8gm/100gm)
  11. Protein (1.0/100gm)
  12. Niacin (0.5mg/100gm)
Itulah kandungan yang anda boleh perolehi jika anda memberi tubuh anda dengan mangga sebagai santapan. Namun begitu, tahukah anda apa fungsi setiap kandungan nutrisi yang kami nyatakan di atas? Jom ikuti ulasan kami tentang kebaikan yang anda boleh dapat dengan mengkosumsi buah mangga kepada tubuh anda.

1. Menurunkan kadar kolesterol
Manfaat pertama yang bakal anda dapat ialah anda boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Kadar kolesterol yang tinggi dalam badan amat merbahaya untuk kesihatan badan terutamanya jantung. Tahukah anda bahawa menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) "36 peratus rakyat Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung" [rujuk disini]. Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2017 menyatakan bahawa Malaysia mendahului negara lain dalam penyakit berkaitan jantung di rantau ini. Sungguh menakutkan bukan?

Setiap penyakit yang dicipta sebenarnya telah diciptakan juga penawarnya sama ada kita mengetahui ataupun tidak. Oleh itu, dengan mengamalkan buah mangga ini akan membantu anda mengurangkan kadar kolesterol dalam badan di samping anda mengurangkan mengambil makanan berlemak. In syaa Allah. Hal ini demikian kerana buah mangga mengandungi tinggi Vitamin C yang akan menyingkirkan unsur tidak penting dalam darah seperti kolesterol jahat sekaligus dapat menghindari kita dari masalah jantung dan obesiti.

(36% rakyat Malaysia mati akibat serangan jantung-Gambar hiasan)

2. Merawat anemia
Tahukah anda apa itu anemia dan punca anemia? Menurut MyHealth iaiti portal Kementerian Kesihatan, anemia ialah keadaan dimana badan manusia itu kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Keadaan ini terjadi berpunca daripada kurangnya zat besi dalam badan seseorang. Zat besi penting untuk menciptakan sel darah merah yang banyak dan berkualiti. Sel darah merah ini berfungsi untuk membawa oksigen dan menyebarkan oksigen itu ke seluruh badan kita



Penyakit anemia ini biasanya banyak menyerang kanak-kanak. Terdapat beberapa synthom serangan yang kita boleh lihat jika anemia menyerang antaranya ialah muka pucat, cepat marah, tidak boleh fokus, pening kepala, tidak boleh berfikir dengan baik dan cepat berasa letih dari kebiasaan. Oleh itu, anda boleh cuba ikhtiar dengan mengambil buah mangga sebagai makanan rutin harian anda jika anda atau orang terdekat anda mempunyai penyakit ini.

3. Kesihatan otak
Selain daripada menjadi ubat kepada penyakit-penyakit kronik, mangga juga berfungsi untuk menjadi ubat kepada minda atau otak kita. Bagi anda yang mempunyai anak yang sukar untuk fokus di dalam kelas atau sukar untuk mengingat apa yang cikgu mereka ajar, anda boleh memberi anak anda makan buah mangga. Buah mangga berupaya meningkatkan daya ingatan kita kerana kaya dengan Vitamin yang baik untuk otak. Selain daripada menguatkan daya ingatan, Vitamin yang dibekalkan juga mampu meningkatkan daya fokus seseorang. Oleh itu, demi masa depan anak-anak anda; jangan lupa amalkan makanan buah mangga untuk anak anda. Selamat mencuba!

4. Melegakan panas dalam
Buah mangga sangat kaya akan khasiatnya yang tersendiri. Buah mangga juga mampu merawat panas dalam. Mungkin ramai dari kalangan kita atau ahli keluarga terdekat yang sering menghadapi situasi dilanda sakit demam. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa buah mangga mampu berfungsi seperti ubat demam iaitu paracetamol. Demam atau panas dalam terjadi akibat dari pelbagai faktor. Antaranya ialah kekurangan Vitamin C, kekurangan serat, kekurangan cairan dalam tubuh, jangkitan bakteria, cuaca yang panas dan sistem pencernaan yang buruk. Sifat mangga yang kaya dengan Vitamin C mampu memberi kelegaan dan keselesaan akibat dari suhu panas.

(Gambar sekadar hiasan-wanista.com)
5. Menghaluskan kulit
Haa... Poin yang ini mesti menarik bagi wanita yang inginkan kulit yang cantik, bersih dan halus. Tahukah anda Vitamin dalam kandungan buah mangga juga baik untuk menghaluskan kulit anda, menjadikannya sentiasa kelihatan lembab dan mencegah berlakunya jerawat pada muka anda. Oleh itu, bagi anda yang sentiasa menjaga keterampilan diri amat digalakkan untuk memakan mangga pada pagi hari, tengah hari dan malam atau mengambil buah mangga setiap kali sebelum memakan makanan berat. Selamat mencuba!!


Artikel oleh: Muhammad Rafi

Kredit: Buah Mangga

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍






No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...