Monday, March 18, 2019

KHASIAT NENAS YANG RAMAI TAKTAHU

KHASIAT NENAS YANG WAJIB ANDA KETAHUI


Nenas merupakan tanaman yang berasal daripada negara Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Pada sekitar tahun 1500, orang eropah menyebarkan tanaman nenas ke rantau Asia seiring dengan peluasan kuasa-kuasa eropah ke atas negara-negara Asia. Orang eropah cuba menanam nenas di negara mereka namun gagal atas faktor iklim yang tidak sesuai lalu ditanam ke Asia termasuk negara kita Malaysia.

Kini, nenas banyak di tanam di Malaysia untuk tujuan komersial. Nenas di Malaysia terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu nenas Cayenne, Spanish, dan Queen. Terdapat banyak jenis nenas yang di taman di Malaysia iaitu nenas morris, nenas Sarawak, nenas gandol, nenas maspine, nenas josapine, nenas yankee, nenas moris gajah, dan nenas N36.

Menurut laporan Kementerian Pertanian Malaysia, tanaman nenas menunjukkan peningkatan pada setiap tahun (Data sehingga tahun 2011). Dianggarkan pada tahun 2010, jumlah pengeluaran nenas negara mencecah RM645 juta dengan Johor merupakan pengeluar utama tanaman ini yang menyumbang sebanyak 163 830 tan metrik. 

(Pertanian nenas di Negeri Johor berkeluasan 9 830 hektar pada tahun 2010)

Namun, tahukah anda nenas yang merupakan tanaman penyumbang pendapatan negara ini memiliki khasiat yang baik untuk tubuh manusia? Berikut adalah kebaikan yang mampu anda perolehi daripada pengambilan nenas berdasarkan pandangan beberapa doktor yang telah kami kaji untuk anda!

1. Merawat hingus, lendir dan kahak
Buah nenas kaya dengan Vitamin C. Vitamin C mempunyai fungsi yang besar untuk melegakan kahak dan selesema. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah ini, anda boleh mengambil makanan buah nenas sebagai ubat. Anda juga boleh mengambil nenas dengan menjadikannya jus atau pati.

2. Menguatkan tulang
Tahukah anda bahawa nenas bukan sahaja kaya dengan nutrisi, tetapi juga nenas kaya dengan mineral. Mineral ini sangat penting untuk membentuk tulang yang kuat. Gabungan mineral ini mampu untuk mencegah osteoporosis(keadaan dimana kalsium bergerak keluar dari tulang menyebabkan tulang menjadi berongga dan rapuh).

(tulang yang sihat vs tulang yang mengalami osteoporosis- Haven Pharmacy)


3. Kesuburan lelaki dan wanita
Selain baik untuk tulang, nenas juga baik untuk menambah dan mengekalkan kesuburan badan lelaki dan wanita. Kandungan mineral dan vitamin dalam nenas membantu untuk memberi kesuburan kepada badan. Jadi, bagi anda yang membaca artikel kami, jika anda mempunyai masalah terhadap kesuburan badan dan sukar memperoleh zuriat; anda boleh mencuba rawat masalah anda dengan mengamalkan nenas dalam menu harian anda. In shaa Allah.





4. Keradangan dan tumor
Apa yang lebih menarik pada tumbuhan ini ialah nenas merupakan satu-satunya tanaman yang mempunyai enzim yang mampu merawat keradangan dan pergumpalan darah iaitu Bromelain. Enzim Bromelain menjadi bahan ujikaji banyak saintis di seluruh dunia dan dipercayai mampu mengurangkan keradangan. Lebih lagi, Bromelain ini mampu merawat luka dan melecur akibat terbakar pada tubuh manusia. Oleh sebab itu, banyak produk dihasilkan menggunakan Bromelain ini antaranya ialah losyen untuk rawat kulit kesan terbakar dan jus nenas digunakan dalam masakan bertujuan untuk melembutkan daging yang dimasak.

5. Tenaga
Nenas juga merupakan sumber karbohidrat fruktosa,sukrosa, dan glukosa di dalamnya. Oleh itu, dengan mengambil makanan nenas, ia sudah membekalkan tenaga kepada badan anda sama seperti gula. Nenas merupakan buah yang sesuai untuk diambil bagi mereka yang ingin diet dan mengurangkan berat badan secara sihat. Nenas bukan sahaja mampu membekalkan tenaga untuk badan, tetapi juga untuk otak. Nenas kaya dengan Mangan yang membekalkan tenaga untuk otak sekaligus mampu mengurangkan stress.



Artikel oleh: Muhammad Rafi


Anda minat menanam? Kita GENG😍😍 

ikuti kami di facebook dan instagram kami di bajamilagro

Kredit: Ohbulan

References:

1. https://www.bidadari.my/manfaat-nanas/
2. https://ohbulan.com/tak-sangka-buah-nanas-banyak-khasiat-manfaat-jom-amalkan-setiap-hari/










No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...