Terkadang niat di hati teringin untuk membeli pasu-pasu hiasan yang menarik dan cantik-cantik. Tetapi di sebabkan faktor kewangan dan kekangan waktu keinginan tersebut tidak dapat tercapai.
Jadi, segmen DIY minggu ini akan berkongsi bagaimana untuk membuat pasu hiasan menggunakan barangan terpakai. Bukan sahaja menjimatkan wang tetapi pasu itu juga akan kelihatan sangat kreatif.
Jadi, segmen DIY minggu ini akan berkongsi bagaimana untuk membuat pasu hiasan menggunakan barangan terpakai. Bukan sahaja menjimatkan wang tetapi pasu itu juga akan kelihatan sangat kreatif.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Pewarna air (water colour)
- Botol kaca ( botol kicap botol sos cili pon boleh😉)
Hanya memerlukan dua bahan sahaja boleh menghasilkan pasu hiasan yang akan memukau siapa sahaja yang memandang😍
Langkah 1 : Bancuhkan pewarna air (water colour). Boleh mengikut cita rasa untuk menggunakan warna yang diminati.
Langkah 2 : Tuangkan campuran tersebut di dalam botol kaca
Langkah 3 : Ratakan pewarna tersebut sehingga memenuhi seluruh ruang botol kaca dan biarkan ia kering seketika
Langkah 4 : Masukkan bunga hiasan ke dalam botol kaca tersebut
Dah siap!😍 Mudahkan. Boleh diletakkan di meja makan, meja belajar dan hiasan di rak televisyen. Wah! Tunggu apa lagi. Jom cuba sekarang!
Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍
Jom join Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment