Tuesday, March 5, 2019

Dekorasi Laman Kampung Yang Sejuk Mata Memandang


Kehidupan di kampung ialah kehidupan yang penuh dengan kemasyarakatan dan ketenangan. Hal ini kerana suasana kampung penuh dengan kesegaran dengan pokok-pokok yang menghijau.  Persekitaran seperti ini menyenangkan komuniti untuk berhubung mesra dan saling membantu.

Majoriti halaman kampung adalah luas dan banyak ruang. Selain menyenangkan anak cucu untuk bermain dan begurau senda, kebanyakkan penduduk di kampung suka untuk menghias halaman rumah dengan bunga - bungaan, buah-buahan dan tanaman herba. Hal ini menyebabkan laman tidak nampak terlalu kosong dan sedap mata memandang.

Justeru, tips dekorasi minggu ini ingin berkongsi dekorasi laman kampung yang boleh memberi inspirasi kepada pembaca.
  
 

First, dekorasi pejalanan kaki. Bukan sahaja di kawasan taman perumahan, kawasan kampung juga boleh mempunyai dekorasi pejalanan kaki ini. Penggunaan kemasan batu-batu kecil dan batu kerikil di sekeliling pejalan kaki membuatkan ruang ini kelihatan kemas dan menarik dengan suasana sekeliling yang menghijau.





Second, penggunaan pasu yang berlainan saiz, bentuk dan ketinggian juga sangat memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya. Susun atur dan perletakan pasu juga memainkan peranan supaya kelihatan harmoni di samping tanaman-tanaman yang lain




Penanaman bunga  ros jepun atau lebih dikenali sebagai bunga kembang 10 pagi juga kelihatan sangat memukau jika ditanam secara berkelompok di ruang halaman kampung yang luas. Ini akan membuatkan laman kelihatan berseri seri terutamanya ketika waktu pagi. Permainan ruang sangatlah penting untuk mengelakkan halaman kelihatan serabut.

Banyak lagi tips dan info-info berguna yang akan dikongsi pada minggu hadapan dalam segmen tips dekorasi. Bertemu lagi di segmen akan datang. 😉😉


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍


Jom join Facebook kami Geng Kebun Organik












No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...