Tips dekorasi kembali lagi untuk minggu ini dengan topik tumbuhan yang tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak. Tumbuhan ini juga sesuai jika ingin dijadikan hiasan di dalam rumah sebagai penyambut tanpa sedar kepada tuan rumah dan tetamu yang datang bertandang. Haa pasti semua tertanya - tanya pokok apa yang tidak memerlukan cahaya ni. Jom kita teroka tips dekorasi iniπ
1) Pokok Dracaena
Pokok ini sangat sesuai ditanam di dalam rumah kerana boleh hidup tanpa memerlukan cahaya matahari untuk jangka masa yang lama. Apa yang penting ialah siraman air untuk memastikan ia hidup dengan subur. Tumbuhan ini dikatakan dapat menyingkirkan udara yang tercemar, mengawal haba yang panas dan melegakan masalah pernafasan. Jadi tunggu apa lagi. Jom menanam dracaena di rumah !
2) Lidah Jin
Pokok ini antara pokok hiasan dalaman yang popular di pasaran. Walau bagaimana pun ramai yang mengetahui mengenai tumbuhan ini tetapi tidak mengetahui namanya ialah lidah jin ataupun lidah mertua. Jalurannya yang unik pasti memikat peminat hiasan dalaman kerana tumbuhan ini tidak memerlukan pengawasan matahari yang rapi, cukup siraman air untuk mengekalkan kesegarannya.
Pokok ini juga boleh membantu menyuburkan rambut, merawat penyakit darah tinggi, penyakit gatal-gatal dan sakit telinga. Haa banyak manfaat rupanya lidah jin ini !
3) Pokok Peace Lily
Selalunya pokok ini mudah ditemui di front office atau hadapan rumah. Penjagaannya juga amat mudah dan sesuai bagi orang-orang yang tiada masa untuk merawat tanaman disebabkan kekangan waktu. Pokok ini juga dapat menyegarkan udara di dalam kawasan yang tertutup.
4) Alocasia spp
Daun pokok ini hampir sama dengan pokok keladi tetapi perbezaan ketara antara ke dua dua pohon ini ialah warna daun Daun keladi keseluruhannya berwarna hijau manakala Alocasia mempunyai urat berwarna putih dan sangat menarik jika dijadikan pokok hiasan. Ia juga memerlukan siraman air yang banyak tetapi tidak memerlukan cahaya matahari untuknya kekal subur
Mudah bukan cara penanaman pokok-pokok ini. Jadi apa tunggu lagi, serikan halaman rumah dan dalaman rumah anda dengan pokok-pokok hiasan yang sangat menarik ini!
Anda minat menanam? Kita GENG ππ
No comments:
Post a Comment