Sunday, March 31, 2019

Wajib ada Kitchen Garden Di Rumah

Ramai yang dah mula sedar bahawa bila kita menanam sendiri dikawasan rumah adalah lebih bermanfaat dan mudah lebih lagi tanaman sayuran atau buah. Mudah untuk kita gunakan tanaman yang ditanam untuk masakan atau ubatan. Sebenarnya tak perlukan ruang atau kawasan yang lapang pun untuk menanam seperti pandan , kunyit, pokok cili kerana ianya boleh juga ditanam dalam pasu.

Berikut adalah tips yang boleh sesiapa sahaja buat walaupun tidak mempunyai ruang yang besar dirumah untuk menanam.

Image result for kebun kecil dirumah flat1. Cari tempat yang mudah untuk mencapai hasil tanaman dan tidak memerlukan ruang yang besar untuk meletakkan media tanaman serta berdekatan dengan paip air supaya memudahkan untuk membuat penyiraman.

2.  Tempat yang dipilih juga memerlukan pengamatan cahaya yang mencukupi sekurang-kurangnya tanaman tersebut mendapat cahaya matahari selama 8 jam bagi tanaman berbuah dan 4 jam untuk tanaman sayur.

Image result for kitchen garden
3.Tetapkan jenis tanaman apa yang ingin ditanam serta medium tanaman bagaimana yang akan digunakan seperti saiz pasu samada besar atau kecil atau yang berbentuk bulat atau segi empat panjang. Kuantiti untuk ditanam juga penting bagi memastikan tanaman dapat membesar dengan sihat dan rapi.

4. Digalakkan untuk menanam tanaman yang lebih cepat untuk dituai seperti sayur bayam, kangkung, sawi dan sebagainya. Ini bagi memberikan kepelbagaian untuk Kitchen Garden yang akan dibuat.

5. Penjagaan yang rapi juga perlu sentiasa dilakukan bagi mengelakkan serangan serangga berlaku dan akan menyebabkan tanaman mati dan rosak.

6. Untuk ruangan yang sempit boleh memanfaatkan botol plastik kosong atau bekas yang tidak digunakan untuk memudahkan penyelenggaraan.

7. Tanaman yang ditanam juga perlu disiram pada awal pagi atau disebelah petang. Siraman perlu dilakukan ke atas permukaan tanah. Pembajaan juga perlu dilakukan bagi memberikan pertumbuhan yang baik kepada tanaman.

Sumber : Impiana

Anda Minat Menanam ? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik



No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...