Friday, March 29, 2019

MAKANAN SUNNAH YANG BOLEH DIAMALKAN

Assalamualaikum dan salam jumaat semua ..

Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita untuk bernafas dimuka bumi ini 😊

Hari ni nak kongsikan tentangmakanan sunnah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Makanan sunnah ni juga baik untuk kesihatan tubuh badan kita tau dan ada juga yang baik untuk kekuatan ingatan kita. Mesti nak tau kan  ?😏

Disini ada beberapa makanan sunnah yang boleh diamalkan, antaranya : 


1) MADU 

Madu ni dihasilkan oleh lebah. Ia mengandungi banyak komponen untuk keperluan hidup manusia antaranya enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak.

Dalam al-Quran ada menyatakan tentang kelebihan madu. Madu ni bagus untuk menguatkan ingatan bukan sahaja ingatan tapi ia banyak khasiat untuk tubuh badan kita.


Kalau nak tau, terdapat banyak kelebihan pada masu yang menjadi penawar pada pelbagai penyakit dan selari dengan janji dalam firman Allah SWT:

Maksdunya: "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Al-Nahl; 69).

2) KISMIS


Anggur kering atau dikenali sebagai kismis mengandungi pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpun, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.

Selain itu, kismis adalah salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati serta menguatkan ingatan.


Sabda Rasulullah SAW berkenaan kismis adalah:

"Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan dan lendir, menyihatkan badan, mencantikan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". 

3) KURMA 


Kurma ni adalah sejenis buah yang manis dan suatu keajaiban untuk manusia. Ia memiliki mineral, vitamin, serta dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan sebagai pengganti diet yang paling baik terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.

Kalau nak tau, buah kurma ni diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai buah yang bagus untuk otak.


Rasulullah bersabda bahawa kurma diiktiraf makanan yang baik untuk otak:

"Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemirikannya"

Jadi, amalkan memakan buah kurma ini dalam kehidupan seharian kita bukan ketika berpuasa sahaja ye :)

4) BUAH TIN


Demi buah Tin dan Zaitun, gunung Tursina serta negeri (Makkah) yang aman ini "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya. " (At-Tin: 1-4)

Kalau nak tau, buah tin sangat hebat sehinggakan dalam al-Quran terdapat satu surah khas untuk buah tin. Apa yang menyebabkan buah ini mendapat kedudukan yang istimewa dalam Islam? Maka buah ni memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.

Keistimewaan demi keistimewaan yang banyak dari buah kecil ni maka tidak mustahil apabila buah tin diangkat sebagai buah dari syurga seperti sabda Rasulullah SAW:

"Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata, 'inilah buahnya (tin)', sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya." (Hadis Riwayat Abu Darda)

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍



No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...