KELEBIHAN BUAH KURMA DAN KHASIATNYA
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Bila kali terakhir anda makan buah kurma? Rata-rata warga Nusantara lazimnya hanya makan kurma bila Ramadhan menjelma sahaja. Diharap selepas anda membaca artikel ini, kita sama-sama dapat mengambil buah kurma pada setiap hari kerana khasiat yang dimiliki oleh makanan sunnah ini sangat luar biasa kelebihannya dan telah disunatkan kepada kita untuk makan sejak turunnya Islam di muka bumi ini.
Buah kurma atau nama lainnya tamar berasal dari kawasan Asia Barat Daya (senang cerita dari kawasan negara Arab dan kawasan kering). Terdapat pelbagai jenis kurma yang boleh kita temui di pasaran dan harga kurma bergantung kepada jenis kurma tersebut. Antara jenis kurma tersebut adalah seperti ajwa, mabroom, anbara, safawi, sukkari dan sebagainya. Sebaiknya jika kita ingin mengambil kurma, kita disarankan untuk mengambil dalam bilangan ganjil seperti satu, tiga, lima atau tujuh. Namun tahukah anda apakah khasiat kurma sehingga kita digalakkan untuk memakannya? Ikuti kupasan kami :)
- Melawan penyakit berjangkit
- Melawan kanser
- Mengurangkan risiko kencing manis
- Anti keradangan
- Mengurangkan risiko alzeimer
- Meningkatkan kesihatan otak
- Memudahkan proses bersalin dan menyihatkan rahim
- Menguatkan tulang
- Dapat membekalkan tenaga berpanjangan.
Haa banyak kan kelebihan buah kurma ni? jadi anda semua jangan lupa makan buah kurma walaupun bukan bulan Ramadhan tau :)
No comments:
Post a Comment