Sunday, April 28, 2019

Tips Tanam Pokok Indoor Dalam Rumah

Kalau dah minatkan penanaman pokok ni, tak ada tanah pun mesti akan cari cara juga untuk ada tanaman dalam rumah. Salah satunya adalah menggunakan tanaman indoor yang dimana kebanyakannya sesuai untuk hiasa sahaja dalam rumah. Bukan je nampak cantik, malah akan rasa tenang je bila tengok tanaman indoor ni sebabkan kehijauannya.


Bukan sahaja boleh diletakkan atas meja atau atas lantai malah disetiap ruang dalam rumah pun boleh diletakkan jenis tanaman pokok indoor ni. Antara tanaman yang boleh diletakkan dalam kawasan rumah seperti pokok bunga orkid, aloevera, pokok lidah jin, pokok bunga lavendar, kaktus.

Tapi, kebanyakannya cuma perlu ditanamkan dalam pasu je. Walaupun tiada tanah, penggunaan pasu pun memudahkan untuk menanam lagi-lagi kawasan dalam rumah. Penjagaannya pun mudah dan tidak mudah rosak seperti diserang serangga seperti pokok diluar kawasan rumah.

Tapi, penjagaan yang baik pun perlu untuk pastikan tanaman indoor ini semua sentiasa dalam keadaan yang segar dan baik. Antaranya


PENCAHAYAAN

Walaupun tanaman tersebut sesuai untuk indoor tapi pencahayaan matahari untuk tanaman tersebut pun penting juga ye. Cara paling mudah letakkan pasu tanaman tersebut berdekatan dengan kawasan yang mudah mendapat pencahayaan seperti berdekatan tingkap atau ruangan balkoni.


PENYIRAMANAN 

Penyiraman pun main peranan bagi memastikan pokok tanaman kita tu terus hidup. Pokok yang disiram terlalu banyak air atau kekurangan air boleh menyebabkan risiko pokok menjadi layu dan mati.  Penyiraman sehingga menyebabkan air bertakung atau air terlebih pun akan mengakibatkan tanaman kita tu mati. Jadi, cara nak kenalpasti samada penyiraman kita tu cukup atau tidak dengan periksa kelembapan tanah tu dan perlu lihat juga dari segi saiz pasu.

PEMBAJAAN

Sekiranya cahaya memberikan sumber tenaga kepada tanaman, baja pula akan membekalkan nutrient yang diperlukan oleh tanaman untuk terus membesar dengan subur. Baja yang diberikan juga perlu bergantung kepada jenis tanaman yang ditanam. Jika pasu tanaman tersebut kecil, mungkin penggunaan baja pun hanyalah dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Kalau letak terlebih baja pun, akan memberikan kesan juga pada tanaman tersebut.

PINCHING DAN PRUNING

Pinching :
Kerja-kerja pinching ini dilakukan dengan membuang hujung batang utama pada pokok bunga menggunakan ibu jari. Ia bertujuan untuk memastikan bunga yang akan tumbuh kelak akan kelihatan kembang dan mekar dan tidak hanya kelihatan tumbuh menegak tanpa kembang dan tidak semua tanaman sesuai menggunakan kaedah ni ye.

Pruning:
Pruning pula adalah tidak digalakkan untuk memangkas dengan hanya menggunakan tangan. Sebaiknya menggunakan alatan khusus untuk melakukan kerja kerja pruning ni. Ianya dijalankan bagi mencantas dahan dahan yang merimbun,mengalakkan bunga keluar, membuang dahan dahan yang mati dan membuang daun yang kuning atau berpenyakit di mana ia boleh mengundang serangan kulat.

PEMASUAN

Ianya bermaksud menukar pasu tanaman tersebut. Sebab bila tanaman makin besar, akarnya akan menjadi lemas dan akan membantutkan pertumbesaran tanaman kemudian akan menyebabkannya mati. Bila melakukan pemasuan, pasu yang baru hendaklah lebih 2 inci lebar, 2 inci dalam daripada pasu asal. Ini kerana, pasu yan besar akan memberikan akar ruang yang banyak untuk membesar.

Memang seronok menanam ni kan, tapi jangan pula ambil mudah cara penjagaannya.

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍

Jom join Geng Kebun Organik

No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...