Friday, April 26, 2019

PERSIAPAN SEBELUM BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam jumaat :)

Allahu, tanpa kita sedari kita baru je tinggalkan bulan Rejab, sekarang kita dipenghujung bulan Syaaban. Dan tinggal berapa hari je lagi kita akan melangkah masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak. Subhanallah ! Aura Ramadhan kian terasa, mesti pembaca pun tidak sabar untuk merasai Ramadhan tahun ni kan 😏


Setiap kali masuk bulan Rejab sentiasa amalkan doa ini " Ya Allah berkati hidup kami di bulan Rejab ini serta di bulan Syaaban dan panjangkan umur kami untuk bertemu Ramadhan kali ini ". Hadis Riwayat Imam Ahmad, Rasulullah bersabda: 

"Ketika datang bulan Ramadhan, telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan Ramadhan juga pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup serta syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan tersebut ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya (tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini)." 

Berikut adalah persiapan yang perlu kita buat sebelum bertemu di bulan Ramadhan :

  • Perlu persiapkan hati agar sentiasa teruja dengan datangnya bulan Ramadhan yang bakal menjelang 
  • Sentiasa panjatkan rasa kesyukuran kerana Allah SWT panjangkan usia kita untuk bertemu bulan Ramdhan dengan membuat sujud syukur pada malam 1 Ramadhan 
  • Memperbanyakan mempelajari ilmu-ilmu berkaitan dengan hal-hal berkenaan ibadah puasa seperti rukun, perkara yang membatalkan puasa, adab dan sebagainya 
  • Menjaga kesihatan supaya mudah untuk mengerjakan amal ibadah di bulan Ramadhan 
Jangan lupa untuk buat persiapan mental dan fizikal sebelum bertemu bulan Ramadhan 😄 Rebutlah peluang di Ramadhan kali ini dengan memperbanyakan amal ibadah dan tingkatkan amal soleh agar kita menjadi hamba Allah yang taat akan perintahNya, InshaAllah .



Anda minat menanam? KITA GENG 😍😍  

No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...