Wednesday, April 24, 2019

BEKAS KITAR SEMULA UNTUK MEDIA TANAMAN

Assalamualaikum pembaca semua. Pagi! Haa,, pasti kebanyakan pembaca merungut kerana bekas-bekas semaian yang dijual di pasaran terlalu mahal harganya๐Ÿ˜“. Pada yang baru berkecimpung dengan dunia menanam pasti akan membebankan.

Tetapi jangan risau, tips diy pada minggu ini akan berkongsikan bekas kitar semula yang boleh digunakan untuk menyemai biji benih ๐Ÿ˜. Bukan sahaja untuk menyemai biji benih bahkan bekas2 ini juga sesuai untuk dijadikan pasu kepada pokok-pokok yang bersaiz kecil.


Selain daripada menggunakan bekas semaian ataupun polibeg, bekas kitar semula ini juga boleh digunakan, antaranya :

1. Tupperware
                                             

Pasti dekat rumah korang ada kan tupperware ni. Jadi jangan sesekali buang sebab ia boleh membantu dalam penyemaian biji benih. Disebabkan ia bersaiz besar boleh memuatkan banyak biji benih di dalamnya.

2. Bekas aiskrim


Bekas kedua adalah bekas aiskrim. Sekiranya pembaca ada membeli aiskrim gunakanlah bekas asikrim tersebut sebagai bekas semaian ataupun pasu kepada tanaman anda.

3. Bekas cup plastik


Bekas cup plastik ataupun bekas dadih juga boleh digunakan untuk menyemai biji benih. Cuci sehingga bersih dahulu bekas yang ingin digunakan dan keringkan. Setelah kering bolehlah menyemai biji benih di dalam bekas tersebut. Comel je kan๐Ÿ˜

4) Plastik beras


Haa. Selalu mesti pembaca terus buang je kan bekas beras yang dah habis tu. Jangan buang, kerana ia boleh digunakan semula untuk menyemai biji benih ataupun boleh terus dijadikan pasu. Haa dah jimat wang di situ.

Tips kepada pembaca yang ingin menggunakan bekas kitar semula ni :
  • Pastikan cuci bersih bekas tersebut dan keringkan untuk mengelakkan sebarang bakteria yang boleh menganggu pertumbuhan pokok
  • Bagi bekas semaian bersaiz kecil seperti cup plastik, hendaklah selalu memerhatikan tanahnya kerana mudah kering. Semburlah dengan air untuk mengekalkan kelembapan tanah

Haa menariknyaa perkongsian tips diy minggu ini. Semoga para pembaca mendapat manfaat daripada perkongsian tips diy minggu ini๐Ÿ˜˜


Sumber : Tanomkinotuan

Anda minat menanam? Kita GENG ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Jom join Geng Kebun Organik


No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...