Sunday, April 7, 2019

Rahsia Kejayaan Seorang Usahawan

Hai dan Assalamualaikum ...
Selamat berhujung minggu semua...

Mesti tak tau nak buat apa untuk hujung minggu ni kan ? Meh sini team kami isikan masa lapang anda yang terluang dengan topik menarik ! Hari ni topik tentang Rahsia Kejayaan Seorang Ushawan !

Ramai usahawan yang kita lihat berjaya dalam perniagaan yang mereka jalankan sehinggakan kita pun tertanya-tanya bagaimana mereka boleh berjaya dan apa rahsianya kan ? Jadi, anda semua jangan risau, dibawah ada beberapa perkara rahsia kejayaan mereka sehingga boleh bergelar usahawan berjaya. 

Antara rahsia kerjayaan seorang usahawan adalah :

1) TIADA KEJAYAAN DATANG TANPA USAHA



Seseorang yang hendak berjaya kenalah usaha lebih supaya mendapat hasil yang setimpal dengan usaha kita. Ni tidak, nak berjaya tapi tak usaha langsung pun. Hanya ungkapkan kat mulut nak berjaya, nak berjaya tapi satu tindakan pun kita tidak lakukan. Kalau nak berjaya, kenalah seiring matlamat dengan usaha kita sebab kalau kita hanya cakap kosong memang tak ada hasil pun. Lagipun, kejayaan atau hasil yang lumayan  tidak datang bergolek begitu sahaja tanpa kita selitkan usaha kita yang bersungguh-sungguh inginkan hasil. 

Kalau kita ada pengalaman pun dah cukup memadai kerana dengan pengalaman banyak benda yang kita boleh lakukan dan ia boleh mendorong kita kearah untuk memilik kerjayaan. Jadi, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya usaha dan tindakan kena bergerak seiring supaya hasil yang kita peroleh memuaskan hati dan kejayaan yang kita capai menjadi pembakar semangat untuk mencapai kejayaan yang beripat kali ganda lagi. Never give up ! 💪


2) TIDAK MALU MENJUAL


Point yang ni menarik . Nak jadi usahawan kena pandai komunikasi dengan orang ramai. Tidak kira dalam golongan muda atau tua. Siapa nak jadi seorang usahawan kena belajar berkomunikasi dari sekarang sebab kalau dah bergelar usahawan nak praktikkan tu agak mengambil masa yang lama. Sebagai permulaan, boleh belajar berkomunikasi dengan orang sekeliling kita. 

Lagi satu, kalau kita dah ada produk sendiri kenalah beranikan diri untuk promote produk kepada orang lain, jangan malu untuk kenalkan produk kita kepada orang lain. Kalau kita hanya berdiamkan diri dan kurang bergaul dengan orang lain akan menyebabkan kita akan lagi berasa malu untuk keluar berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Tak kiralah kita nak jadi seorang usahawan ataupun tidak, komunikasi tu sangat penting. Jangan pernah malu untuk bercakap dengan orang lain !


3) CARI ALTERNATIF JIKA GAGAL, BUKAN MERUNGUT


Setiap manusia tidak pernah lari dari dugaan yang mendatang. Kadang-kadang lepas satu dugaan yang datang, datang lagi dengan lebih mencabar. Jadikan dugaan yang datang tu sebagai pembakar semangat untuk terus maju tanpa merungut. Jika cara marketing kita tu salah atau tidak berjaya boleh guna cara yang lain, cari alternatif lain yang boleh membantu untuk tingkatkan cara marketing dengan betul. 

Nak memulakan perniagaan tapi duit tidak cukup, cari alternatif lain iaitu membuat pinjaman dengan keluarga atau sahabat, tak pun boleh try buat loan bank kalau mampu untuk bayar semula. Kegagalan yang kita hadapi bukan penyebab kita untuk gagal selama-lamanya, dengan kegagalan yang kita lalui tu lah yang perlu kita usaha lebih supaya kegagalan tidak berulang lagi. Sedangkan Edison mencuba banyak kali untuk menghasilkan mentol lampu walaupun gagal banyak kali, tapi Edison gunakan kegag alan tu adalah penambahbaik untuk hasilkan mentol lampu yang kita gunakan sampai hari ini. Jika gagal, jangan merungut tapi cari jalan lain untuk selesaikan. Tak ada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya 😉

4) TIDAK SOMBONG DAN SENTIASA MESRA DENGAN PELANGGAN



Kunci untuk menjadi ahli perniagaan yang sering diingati oleh pelanggan adalah dengan sentiasa mesra dengan pelanggan. Tidak sombong dengan pelanggan. Sentiasa meraihkan pelanggan. Pelanggan  kerap kaitkan 'Customer always right' kepada perniagaan dan kita hendaklah mengiyakan supaya mereka akan berasa selesa dengan kita. Selain itu, apabila kita dapat eratkan hubungan dengan pelanggan, mereka akan berasa seronok dan mungkin akan menjadi pelanggan setia kita sebab kita sentiasa memuliakan pelanggan.



Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍





No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...