Monday, May 13, 2019

AMALKAN BUAH ZAITON DI BULAN RAMADHAN INI

KEHEBATAN POHON ZAITON SEHINGGA TERCATAT DALAM AL-QURAN.
Nama pokok zaitun merupakan suatu nama yang tidak asing bagi masyarakat muslim di seluruh dunia. Hal ini disebabkan oleh kelebihan pohon ini sehingga disebutkan dalam kitab suci Al-Quran dan hadis.

Pokok zaiton dipercayai antara pokok tertua di dunia. Bahan perubatan berasaskan pohon zaitun telah digunakan sejak zaman purba mesir lagi tau :). Pokok zaitun atau nama saintifiknya Oleaeurofea mempunyai ketinggian kira-kira 3 meter dengan Sepanyol dan Itali merupakan negara pengeluar utama bahan yang berasaskan pohon zaiton.

Sempena Ramadhan yang mulia ini, penulis nak ajak anda semua untuk mengetahui kelebihan dan kehebatan yang Allah telah berikan pada tumbuhan ini. Antara ayat Al-Quran yang menyebutkan pohon zaiton ialah:


Dalam Surah At-Tiin Ayat 1, Allah SWT berfirman bersumpah atas nama pohon tin dan zaitun yang bermaksud "Demi buah Tiin dan Zaitun".

Ayat 35 Surah An-Nur : Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ayat 99 Surah Al- An'Aam : Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.

 Ayat 11 Surah Al-Nahl : Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.


Minyak zaitun dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit bahaya tau :). Bukan setakat dipercayai mampu mengubati, tetapi juga dibuktikan dengan kajian saintifik. Antaranya ialah:
  1. Mencegah penyakit Kardiovaskular
  2. Mengurangkan risiko kanser.
  3. Mencegah strok
  4. Mencegah Diabetes
  5. Mengawal keradangan
  6. Mengawal kolesterol dalam darah.
  7. Mengelakkan penyakit barah
  8. mengekalkan kesihatan kulit dan awet muda
haa, banyak kan khasiat zaitun? sebenarnya, ada 1001 khasiat lagi penyakit yang boleh diubati dengan mengambil makanan Zaitun. Apa yang paling penting ialah kita percayakan keajaiban dan kesembuhan yang Allah mampu beri dengan usaha kita memakan makanan berasaskan zaitun :)

Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍




No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...