Apa tu Kebun sebagai Aset ? Mesti pembaca pelik dengan tajuk blog pada minggu ni kan ?😏
Kebun sebagai aset ni kita jadikan sebagai harta kita kerana jika kebun kita mengeluarkan hasil yang menjadi-jadi membuatkan kita lagi seronok untuk berkebun. Hasil kebun tu boleh dijadikan modal perniagaan kita bukan sahaja untuk dijual malah kita sendiri boleh makan hasil sendiri. Jom kami kongsikan bagaimana nak jadikan kebun sebagai aset :
1) Mulakan tanam kecil yang mudah untuk ditanam
- Mula menanam dengan saiz yang kecil dan menanam tanaman yang mudah untuk ditanam serta tanaman yang ingin dimakan.
- Tanaman yang mudah untuk ditanam dan mendapat hasil yang cepat adalah sayur-sayuran seperti kangkung, sawi, cili dan sebagainya.
2) Pilih tempat yang sekurang-kurangnya terdedah dengan matahari selama 6 jam.
- Tanaman sayur yang hendak ditanam hendaklah didedahkan dengan cahaya matahari untuk keluarkan hasil kerana ia dapat membuat proses fotosintesis.
- Jika cuaca panas terik hendaklah kerap menyiram tanaman untuk mengelakkan tanaman menjadi layu dan mati. Seelok-eloknya siram sebanyak 2 kali sehari.
3) Bertanya kepada mereka yang lebih pakar dalam bidang pertanian
- Hendaklah cari rujukan tentang proses menanam dengan mudah.
Jom join Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment