Pokok pisang sangat dikenali di seluruh dunia kerana keenakannya. Rasanya yang lazat dan teksturnya yang lembut membuatkan ramai yang jatuh cinta dengan buah ini. Di Malaysia, warga menikmati keenakan buah pisang dengan pelbagai cara sama ada diratah buah yang telah matang secara terus, atau menggoreng sebagai santapan petang atau dimasak dalam masakan seperti lemak pisang atau jantung pisang.
Tanaman pisang mempunyai banyak varieti yang akan menghasilkan saiz buah pisang dan rasa yang berbeza. Jika di Malaysia, keseluruhan bahagian pokok pisang mempunyai fungsi yang akan dimanfaatkan oleh masyarakat melayu. Antaranya ialah:
- Daun pisang: Biasanya digunakan sebagai pinggan, atau diigunalan sebagai pembalut makanan seperti ikan bakar, atau digunakan sebagai alas.
- Batang pisang: Digunakan sebagai alas duduk atau alas orang berkhatan.
- Buah pisang: Biasa dimakan dengan cara di goreng, dibuat bubur, kek, dimakan terus dan sebagainya.
- Jantung: Biasa digunakan dalam masakan seharian.
- Umbisi: digunakan untuk membiakkan tunas pisang yang baharu.
Namun begitu, tahukah anda pisang juga merupakan salah satu daripada buah-buahan yang ada di syurga? Hal ini dibuktikan dengan ayat Al-Quran:
“Dan golongan kanan, Alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya)” (QS. Al-Waqiah 56:27-29)
Buah ini semesti mempunyai khasiat yang menakjubkan. Antara khasiatnya ialah:
- Membantu perkembangan janin.
- Tinggi Karbohidrat yang baik untuk jantung.
- Sumber tenaga.
- Menurunkan berat badan.
- Menghilangkan masalah jerawat.
- Mengurangkan sakit ketika haid.
- Mengubati sembelit.
- Mengatasi gatal akibat gigitan nyamuk.
ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
ReplyDeletedapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q