Monday, May 27, 2019

BUNGA TELANG BOLEH MENGATASI STRESS DAN DIJADIKAN DETOX?


Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Fabaceae. Tumbuhan ni amat jarang ditemui, memang wajib korang tanam depan rumah sebab banyak khasiatnya. Di Kelantan ia dikenali sebagai bunga nasi kerabu kerana ia digunakan untuk memasak nasi kerabu hingga menjadi warna ungu.

Tumbuhan ini mudah ditanam melalui keratan batang atau dari biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman dalam pasu. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun tanpa musim.

Cara menyemainya ialah biji benih perlu direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam pasu atau tapak semaian. Biasanya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari.

Cara untuk menanam dari keratan batang pula ialah perlu semai dalam pasir yang lembap dan pastikan sentiasa lembab. Tumbuhan ini perlu selalu dicantas atau pruning untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

Jom ketahui manfaat bunga telang yang masih ramai tidak tahu.


1. Meningkatkan kewanitaan
Tumbuhan ini diguna secara tradisional untuk merawat kitaran haid , ketidaksuburan dan penyakit seksual. Untuk membetulkan kitaran haid, ambil bunga dan akarnya lalu dimasukkan dalam air mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum.


2. Mengecutkan jerawat dengan cara ambil daun pokok bunga telang dihancurkan dan tampal pada jerawat tersebut dan dibiarkan selama 30 minit barulah dibilas.
3. Melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini dipercayai mampu mengkilatkan rambut dan menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang tersebut dalam sebekas air dan kemudian cuci rambut dengan air ramasan tersebut seperti biasa menggunakan syampu.
4. Dijadikan sebagai detox dengan mengamalkan air rendaman bunga telang pada setiap pagi untuk menguruskan badan.
5. Mengurangkan sakit kepala dengan cara mengambil daun atau bunga telang, masukkan dalam kain hingga menjadi bantal dan digunakan untuk dijadikan pelapik semasa tidur.
6. Mencuci darah kotor dengan mengamalkan air rebusan bunga telang kerana air tersebut berfungsi untuk mencuci darah.
7. Mengatasi sembelit iaitu biji kacang telang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah ini. Dan dijadikan air untuk diminum apabila mengalami sembelit.
8. Mengatasi stress. Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress. Amalkan meminum air rebusan setiap hari.
Semoga bermanfaat dengan perkongsian kali ini.
Anda minat menanam? Kita GENG ❤
Jom join Geng Kebun Organik

1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...