Gastrik ni sesiapa je boleh kena. Kadang sampai boleh merbahayakan badan kita tau kalau tak mendapatkan rawatan dengan segera. Jadi jangan diambil mudah bila kena gastrik. Gastrik ni terjadi bila terlewat makan atau skip makan, stress, makan makanan terlalu pedas, tak kunyah makanan dengan betul dan yang hadapi masalah penghadaman.
Gastrik ni bukanlah sejenis penyakit, tapi sebenarnya masalah kesihatan. Jadi ia boleh diubati samada cara moden dengan berjumpa doktor, dan cara tradisional dengan mengamalkan bahan semulajadi.
Antara bahan semulajadi yang sesuai dijadikan pengubat sakit gastrik adalah
Sebab daun kunyit memiliki antioksidan yang tinggi dan mampu meningkatkan pertahanan tubuh badan melawan sebarang penyakit. Caranya, tumbuk daun kunyit tersebut dengan lumat dan campurkan dengan segelas susu. Amalkan setiap hari sehingga sakit gastrik berkurangan.
2. Daun Jambu Batu
Selain buahnya, daun jambu batu ni pun ada khasiatnya sendiri. Caranya adalah dengan rebus dan tapis kemudian minum airnya.
3. Halia, macam yang kita tahu halia ni bagus untuk melegakan perut kembung dan berangin. Kunyah halia setiap hari selepas makan atau boleh dijadikan air halia dan bolehlah diamalkan setiap hari.
4. Kayu manis. Macam pelikkan kayu manis untuk sakit gastrik. Selain berfungsi untuk dalam masakkan, rebus kayu manis hingga mendidih dan biarkan sejuk sebelum diminum. Antara cara lain, masukkan setengah sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu dalam segelas susu suam dan boleh diminum.
Selain itu, boleh juga dicampurkan ke dalam teh untuk lebih beraroma.
5. Bawang Putih yang mengandungi aliicin, iaitu salah satu komponen biologi aktif yang utama berfungsi sebagai zat anti bakteria. Untuk mendapatkan kesan maksimum, panggang 2 ulas bawang putih, buangkan kulit dan boleh dimakan begitu sahaja.
Kalau tak tahan nak makan macam tu je, rebus bawang putih dengan lada hitam dalam beberapa minit dan biarkan sejuk. Minum 2 kali sehari untuk hilangkan gastrik.
Tapiii, kalau gastrik tu masih berterusan, kenalah berjumpa doktor. Dapatkan nasihat dan rawatan dari yang lebih berpengetahuan. Takut-takut boleh membawa kepada penyakit lain pula..
Anda minat menanam? Kita GENG
Jom join Geng Kebun Organik
test
ReplyDelete