Wednesday, June 26, 2019

PAGAR & DINDING RUMAH BURUK? JOM CANTIKKAN!!

Mesti ramai dalam kalangan kita yang impikan laman rumah yang cantik dan menarik. Antara cara mudah untuk kita mencantikkan laman rumah kita ialah dengan menanam tanaman yang melilit pada pagar rumah atau tanaman yang boleh diukir membentuk pagar rumah. Tanaman pagar rumah ni banyak tau kelebihannya kerana tanaman ini dapat menyejukkan ruang rumah anda, menghalang penglihatan umum kedalam kawasan rumah(bagi yang sukakan privasi), mencantikkan rumah, membekalkan oksigen kedalam rumah dan memberi ketenangan dengan kehijauan yang menakjubkan.

Ramai yang minat untuk menanam tanaman penghias pagar rumah, tapi tak tahu tanaman apa yang sesuai untuk dijadikan penghias. So, harini kami team Baja Milagro nak kongsikan kat anda tanaman yang boleh anda gunakan untuk menjadikan pagar anda berseri bagai di syurga. Aicececeh...


1. Morning Glory (Seri Pagi)
Haa.. Bagi anda yang sukakan bunga disamping kehijauan, anda bolehlah tanam pokok Morning Glory di kawasan rumah anda. Pokok Morning Glory @ Seri Pagi ni adalah jenis yang menjalar atau melilit. Oleh itu, pokok ni sesuai untuk rumah yang mempunyai pagar berjaring atau sekurangnya ada tempat untuk tanaman ni berpaut. Kalau takda tempat berpaut, pokok ini akan menjalar dan melilit sampai ke katil tidur anda. So hati-hatilah. haha

2. Golden Pothos

Pokok Golden Pothos ni paling pokok paling mudah kita jumpa rakyat Malaysia guna sebagai hiasan dinding kan? Tanaman ni menjalar, tapi tak terlalu melilit. So memang sesuai sangat dengan anda yang pagar rumahnya berbentuk dinding sebab pokok ni boleh memanjat dinding walaupun tiada tempat untuk berpaut. Memang cantik kalau guna pokok ni tau. Kalau anda tak percaya, tengok bawah ni saya bagi lagi satu gambar.


Cantik kan kalau dinding rumah anda macam ni? Apa yang best, pokok ni boleh hidup walaupun anda tanam di dinding dalam rumah yang kurang pancaran cahaya matahari tau. Tanam pokok ni, cukup 10 tahun rumah anda jadi belantara. haha

3. Creeping Fig

Kalau anda semua tanyakan pada kami pokok apa paling cantik dijadikan hiasan dinding, kami akan syorkan anda semua pokok ni. Pokok ni sangat cantik dan mudah dijaga sebab tanaman ni berdaun sangat kecil lebih kurang berukuran daun pokok duit-duit. Jika anda menggunakan pokok duit-duit, mungkin akan ada permukaan dinding yang kelihatan kerana pokok duit-duit berdaun tidak lebat. Tapi pokok Creeping Fig ni akan menutupi keleluruhan dinding anda. 


Ni lagi satu gambar Creeping Fig yang sedang dalam proses untuk memenuhi ruang permukaan dinding. Kalau pokok ni dah memenuhi ruang permukaan dinding, kita dah tak perlu keluarkan duit untuk cat dinding. Cantik kan? Bak kata pepatah orang Melaka "mereciks bossku"..


Ni hasilnya bila pokok ni dah siap menjalar ke seluruh dinding. Anda boleh trim pokok untuk mendapatkan corak yang anda inginkan. 

4. Bunga Telang

Bunga Telang ialah bunga yang melilit dan menjalar. Tanaman ini amat popular dalam kalangan masyarakat pantai timur kerana bunganya digunakan sebagai pewarna nasi kerabu. Kalau anda inginkan tanaman hiasan tapi dalam masa yang sama boleh dimanfaatkan sebagai bahan dalam masakan, kami syorkan anda untuk menanam bunga telang ni. Bunga Telang ni boleh menghiasi dengan cantik di pagar rumah anda tau dengan warna daun yang hijau, dan bunga yang biru.


Selain boleh digunakan dalam masakan, bunga telang juga sering digunakan untuk membuat jus. Jika air bunga telang dicampurkan dengan cairan asid seperti air limau, warnanya akan berubah dari warna biru kepada unggu. Akhirnya dicampurkan dengan daun pudina, rasanya seperti anda meminum air blackcurrent. Selamat mencuba!!

Cara Perawatan Tanaman Ini!!
Untuk menyuburkan tanaman seperti yang dinyatakan di atas, kami syorkan anda semua untuk menggunakan Baja Milagro. Hal ini kerana, Baja yang kami tawarkan pasti menceriakan laman anda. Untuk pembelian, boleh like page kami dan pm kami segera :)
Atau hubungi atau whatsapp je kami di nombor +60126449220 (En Muhammad)

Minat menanam? Kita GENG ! Jangan lupa join Geng Kebun Organik okey 

2 comments:

  1. Salam, mana boleh dapat pokok creeping fig untuk menghiasi dinding pagar batu luar rumah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. saya ada jumpe banyak pokok nie ..cuma camna cara nak tanam yea ..kalau potong akar senang mati

    ReplyDelete

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...