Monday, October 28, 2019

TANAM BAYAM BRAZIL DENGAN MUDAH DAN CEPAT


Bayam brazil ni rugi kalau tak tanam kat rumah sebabnya mudah dan cepat je nak tanam. Tak susah dan tak memerlukan langkah yang banyak pun untuk tanam bayam brazil ini.

Cara tanamannya pun cuma gunakan keratan batang je. Paling penting adalah untuk memilih keratan batang yang baik supaya nanti akan dapat hasil sayur bayam brazil yang baik jugalah.

Permulaannya, pilih keratan batang dan potong dalam beberapa ukuran cm sahaja. 

Kemudian, dibuatkan lubang dalam sejengkal untuk cucukkan keratan batang bayam brazil tersebut. Pemilihan keratan batang juga perlu diambil berat. Jangan dipilih keratan batang yang terlalu tua atau muda. 

Bila dah dibuatkan lubang pada media tanaman tersebut, tanamkan keratan tersebut ke dalam lubang tanaman tu tapi jangan terlalu dalam. 

Kemudian, bila dah ditanamkan keratan batang tersebut, bolehlah disiram kan air secukupnya untuk pastikan pertumbuhan bayam brazil tersebut berjalan dengan lancar. Proses pertumbuhan bayam brazil ini cuma mengambil masa dalam 2-3 minggu sahaja. 

Bayam Brazil ni pun ada banyak khasiat yang ramai orang taktahu. Antaranya adalah boleh melawan kanser, menguatkan tulang badan, mampu membantu untuk menurunkan berat badan dan banyak lagilah.

Nakkan tahu lebih lanjut tekan link dibawah terus  


Dapat sesuatu tak? Jangan lupa untuk join Geng Kebun Organik untuk dapatkan lebih banyak info mengenai tanaman. 

Dan kalau nak tahu mengenai Milagro klik link ini www.wasap.my/60126449220/BLOG2810


No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...