Monday, November 18, 2019

TIPS MUDAH CUCUK TANAM SAYUR DALAM PASU


Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastikpolibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Ianya sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai tanah untuk menanam atau mempunyai ruangan yang kecil. 

Di sini terdapat 6 perkara yang harus kita tahu apabila kita ingin berkebun menggunakan pasu atau pot.
1. Lokasi
Perkara pertama yang perlu kita perlu ambil perhatian adalah di mana lokasi pasu kita.Adalah lebih baik jika kita letak pada tempat yang ada cahaya matahari seperti di tepi tingkap dan di tepi bangunan. Penting juga untuk tahu tanaman yang kita nak tanam itu tanaman apa kerana pencahayaan bagi setiap jenis tanaman adalah berbeza.
2. Jenis Tanaman
Kita juga perlu tahu jenis tanaman apa yang hendak kita tanam di dalam bekas. Lain tanaman lain penjagaannya. Cuba tanam dahulu di dalam bekas dan lihat perkembangannya di lokasi yang telah kita pilih. 
3. Pengairan

Pengairan bermaksud air siraman diserap oleh pokok manakala lebihan air disalurkan keluar dari bekas tanaman. Pastikan setiap bekas yang kita gunakan mempunyai lubang pengairan dibawahnya agar air siraman yang lebih boleh mengalir keluar dari pasu. 

4. Baja 

Pembajaan amat penting kepada pokok yang tumbuh di dalam bekas. Jika di atas tanah, akar pokok boleh menjalar jauh mencari sendiri air dan nutrien tetapi di dalam bekas tidak. Pembajaan boleh dilakukan dua minggu sekali ataupun sebulan sekali bergantung kepada jenis baja yang kita guna.

5. Media Tanaman 

Media di sini dimaksudkan adalah jenis-jenis tanah yang boleh kita gunakan untuk bertanam. Ada yang guna tanah campur, tanah bakar ataupun kompos sebagai media dalam pasu kita. Untuk penanaman pasu, lebih elok kita guna media yang tidak berat seperti kompos.  

6. Penyiraman

Terdapat dua sistem siraman iaitu automatik dan manual. Biasanya kita lebih senang untuk menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan terus menyiram dari paip air ataupun tong siraman

Credit : KebunBandar


Ingin dapatkan lebih banyak infomasi mengenai tanaman atau tips? 


No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...