Agak sukar untuk mengawal serangan serangga atau haiwan perosak tanpa penggunaan racun serangga. Namun, kebiasaannya racun serangga jenis kimia sentiasa menjadi pilihan kerana ia lebih cepat berkesan.
Tanpa kita sedar, kebanyakkan racun serangga di pasaran mengandungi bahan kimia berbahaya yang mempunyai kesan jangka panjang terhadap sistem tubuh badan kita. Apa kata, mulai hari ini anda ubah dan set diminda untuk menggunakan racun serangga organik.
Terdapat beberapa resepi racun serangga organik yang telah dikongsikan di Facebook Page facebook.com/BajaMilagro. Ada yang diperbuat dari bahan-bahan mudah seperti bawang putih, cili, air beras dan sebagainya.
Hari ini, admin ingin berkongsi satu lagi resepi racun serangga yang paling mudah dan mujarab dengan hanya menggunakan BUNGA CENGKIH.
MANFAAT PENGGUNAAN RACUN SERANGGA DARI BUNGA CENGKIH:
1. Boleh digunakan untuk mengawal serangga dan haiwan perosak seperti lintah bulan, siput, nyamuk, semut dan sebagainya
2. Rendah kandungan toksin
3. Selamat untuk persekitaran
4. Mengawal rumpai dan kulat
5. Membantu menarik kehadiran agen pendebungaan terutamanya lebah dan rama-rama
RESEPI RACUN SERANGGA DARI BUNGA CENGKIH:
Bahan-bahan:
- 50gm bunga cengkih
- 1 liter air panas
- Air bersih
Cara-cara:
1. Tumbuk kasar bunga cengkih
2. Masukkan bunga cengkih yang telah di tumbuk ke dalam bekas yang mengandungi air panas
3. Rendamkan dalam tempoh 1 jam dalam keadaan bekas yang tertutup
4. Setelah sejam, tapiskan dan asingkan sisa
5. Campurkan 1 bahagian pati air rendaman cengkih bersama 5 bahagian air bersih
Cara penggunaan:
Semburkan bancuhan air bunga cengkih pada keseluruhan pokok dan permukaan tanah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali
Sumber : Impiana.my
💟 Nak dapatkan lebih banyak tips berkaitan tanaman?
Follow FB Group Geng Kebun Organik
Follow FB Group Geng Kebun Organik
No comments:
Post a Comment