Tuesday, December 24, 2019

BEGINNER PATUT CUBA CARA NI UNTUK TANAM BUNGA ROS


Bunga rose atau dalam bahasa Melayunya bunga Mawar memang akan menjadi kegilaan bagi mereka yang minatkan pokok bunga. Lagi pula, dengan pelbagai jenis warna yang ada dalam variati bunga ros ni membuatkan golongan peminat bunga gila akan pokok bunga ros ini. 

Ramai yang sanggup berhabisan wang demi mendapatkan koleksi hasil bunga ros yang cantik. Satu pokok harganya bukanlah sedikit, kadang boleh mencapai berpuluh ringgit betul tak?

Sebenarnya pokok bunga ros mudah ditanam jika kena dengan cara dan tekniknya. Antara teknik yang kerap digunakan adalah dengan menggunakan keratan batang. Melalui keratan batang, pembiakan boleh dilakukan dengan mudah dan cepat.

Cara paling mudah untuk membiakkan bunga ros melalui keratan batang adalah :

1. Ambil keratan batang dari pohon mawar yang sihat kemudian potong setiap keratan batang pada ukuran 6 inci panjang dan hanya tinggalkan sedikit daun dibahagian atas. Selepas dipotong, segera dimasukkan ke dalam air bersih yang tidak mengandungi klorin.

2. Kikis 1 inci kulit dibahagian bawah batang dengan menggunakan pisau atau gunting yang tajam. Tapi pada peringkat awal ini perlu dilakukan secara perlahan kerana khuatir batang akan tercedera.

3. Kemudian, direndamkan keratan batang tadi ke dalam penggalak akar.

4. Sediakan medium didalam botol atau cawan plastik sebagai bekas semaian. Tapi, perlu pastikan bekas semaian mempunyai saliran air keluar dibahagian bawah. Kemudian masukkan, keratan batang yang telah direndam dengan penggalak akar ke dalam ruangan yang telah disediakan.

5. Tekan dan padatkan medium tanaman di sekeliling keratan batang.

6. Lakukan siraman dengan menggunakan penyembur dan pastikan medium tanaman lembap sepenuhnya.

Selepas seminggu, keratan batang tersebut akan mengeluarkan tunas baru. Apabila tunas baru dah mula pecah dan daunnya menjadi matang, ia boleh dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.


Credit : Impiana

Anda inginkan info-info menarik mengenai tanaman? Follow Geng Kebun Organik




No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...