Showing posts with label anggur. Show all posts
Showing posts with label anggur. Show all posts

Tuesday, December 24, 2019

BEGINNER PATUT CUBA CARA NI UNTUK TANAM BUNGA ROS


Bunga rose atau dalam bahasa Melayunya bunga Mawar memang akan menjadi kegilaan bagi mereka yang minatkan pokok bunga. Lagi pula, dengan pelbagai jenis warna yang ada dalam variati bunga ros ni membuatkan golongan peminat bunga gila akan pokok bunga ros ini. 

Ramai yang sanggup berhabisan wang demi mendapatkan koleksi hasil bunga ros yang cantik. Satu pokok harganya bukanlah sedikit, kadang boleh mencapai berpuluh ringgit betul tak?

Sebenarnya pokok bunga ros mudah ditanam jika kena dengan cara dan tekniknya. Antara teknik yang kerap digunakan adalah dengan menggunakan keratan batang. Melalui keratan batang, pembiakan boleh dilakukan dengan mudah dan cepat.

Cara paling mudah untuk membiakkan bunga ros melalui keratan batang adalah :

1. Ambil keratan batang dari pohon mawar yang sihat kemudian potong setiap keratan batang pada ukuran 6 inci panjang dan hanya tinggalkan sedikit daun dibahagian atas. Selepas dipotong, segera dimasukkan ke dalam air bersih yang tidak mengandungi klorin.

2. Kikis 1 inci kulit dibahagian bawah batang dengan menggunakan pisau atau gunting yang tajam. Tapi pada peringkat awal ini perlu dilakukan secara perlahan kerana khuatir batang akan tercedera.

3. Kemudian, direndamkan keratan batang tadi ke dalam penggalak akar.

4. Sediakan medium didalam botol atau cawan plastik sebagai bekas semaian. Tapi, perlu pastikan bekas semaian mempunyai saliran air keluar dibahagian bawah. Kemudian masukkan, keratan batang yang telah direndam dengan penggalak akar ke dalam ruangan yang telah disediakan.

5. Tekan dan padatkan medium tanaman di sekeliling keratan batang.

6. Lakukan siraman dengan menggunakan penyembur dan pastikan medium tanaman lembap sepenuhnya.

Selepas seminggu, keratan batang tersebut akan mengeluarkan tunas baru. Apabila tunas baru dah mula pecah dan daunnya menjadi matang, ia boleh dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.


Credit : Impiana

Anda inginkan info-info menarik mengenai tanaman? Follow Geng Kebun Organik




Sunday, November 10, 2019

Cara Tanam Anggur berbuah banyak dalam pasu sahaja



Ramai yang mesti tak sangkakan anggur ni sebenarnya boleh je tanam dekat Malaysia. Bukan negara yang beriklim sejuk sahaja tau. Hakikatnya, pokok buah anggur memerlukan iklim cuaca yang panas untuk tumbuh subur dan untuk mempercepatkan hasil keluar.

Yang lebih menarik pokok buah anggur ni tak semestinya perlu untuk tanam atas tanah, malah dalam pasu pun boleh. Tapi dengan penjagaan yang betul barulah pokok tu boleh mengeluarkan hasil buah anggur dengan lebat :)

1. PASU


Pokok anggur memerlukan pasu yang bersaiz besar untuk memastikan pertumbesaran pokoknya tumbuh dengan baik sehinggalah cukup usia matang. Kalau pasu yang digunakan kurang sesuai atau kecil, ai akan menyebabkan pokok anggur menjadi tidak produktif kerana akan menyebabkan akar pokok menjadi padat dan telah mengganggu tumbesaran pokok.

2. SISTEM SOKONGAN



Untuk memudahkan kawalan pertumbuhan pokok anggur, kita perlu menyediakan struktur sokongan bagi menyokong batangnya menjalar. Untuk peringkat awal cuma gunakan sahaja batang pemancang ataupun buluh pun sudah memadai. 

3. PEMANGKASAN



Proses pemangkasan pun penting untuk pertumbuhan pokok anggur. Pemangkasan ni mampu bantu untuk pokok anggur mengeluarkan ranting baru. Dari ranting yang baru akan mengeluarkan bunga dan kemudiannya mengeluarkan buah-buah anggur. 

4. PENYIRAMAN 

Pokok anggur memerlukan air yang banyak tapi perlu pastikan penyiraman tidak akan membuat air bertakung pada tanah. Penyiraman hanya perlu dilakukan pada pangkal pokok anggur sahaja tak perlu pada keseluruhan pokok.

5. PEMBAJAAN


Untuk pokok anggur, pembajaannya adalah berbeza menikut usia pokok tersebut. Pembajaan boleh dilakukan apabila pokok tersebut telah mencapai usia 2 minggu. Digalakkan untuk menggunakan baja organik kerana ia mengandungi nutrien yang lengkap untuk pokok. 

Lagi senang, bila gunakan baja Milagro. Tabur-tabur je dah cukup. 

                                     

Anda minat menanam? Jom join Geng Kebun Organik






3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...