Friday, December 13, 2019

CUBA CARA INI UNTUK BUAT POKOK BUNGA KERTAS ANDA MABUK BUNGA

Bunga kertas adalah tanaman yang mudah untuk dipelihara. Bagi peminat tegar kepada pokok bunga kertas, saat yang paling best adalah bila pokok dah mengeluarkan hasil bunga yang padat, padu dan lebat serta merimbunkan. Sehinggakan menampakkan bunga lebih banyak dari daun.

Tapi, mesti akan ada masalah yang dah tanam tapi pokok tak berbunga langsung. Kadang tu daun lebih banyak dari bunga. Dah gunakan pelbagai teknik, pelbagai cara tapi masih gagal dan tak menjadi.

Jadi untuk memastikan pokok bunga kertas anda merimbun mabuk dengan bunga, ini adalah antara perkara yang anda perlu lakukan:


1. Pokok bunga kertas akan lebih subur jika ditanam didalam pasu. Ini membolehkan untuk pokok bunga kertas anda dapat menyerap nutrien dengan lebih baik.

2. Pindahkan pokok pada kawasan tanah yang jenis berpasir sedikit. Sebabnya jenis tanah ini mempunyai pori-pori kecil yang berfungsi untuk melancarkan aliran udara. Selain itu, pasir juga mampu menstabilkan kelembapan.

3. Perlu ingat, pokok bunga kertas tidak digalakkan untuk diletakkan pada kawasan tanah yang terlalu lembap dan air bertakung. Perlu dikawal kedua perkara ini untuk memastikan pokok bunga kertas kita panjang jangka hayatnya.

4. Untuk hasil yang baik, perlu dedahkan pokok pada sinaran cahaya matahari secara langsung.

5. Buat penyiraman 2 kali sehari. Sebelum menyiram pastikan permukaan tanah kering barulah menyiram. Kalau hujan, tak perlu disiram lagi.

6. Akhir sekali, buat pencantasan bagi menggalakkan pertumbuhan ranting baru untuk menhasilkan bunga yang lebat.




Anda minatkan tanaman? Ingin dapatkan lebih banyak info mengenai tanaman? 


1 comment:

  1. kalau bunga saya lebat tapi saya tanam di tanah halaman dari pasu. Keadaan sekarangnya layu sedikit lepas tanam. Sudah sehari tanam di tanah halaman. Apa yang saya perlu buat?

    ReplyDelete

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...