Thursday, February 6, 2020

KAEDAH PEMBIAKAN TANAMAN PART 3 (CANTUMAN)





Cantum satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan. Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan.


Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :

a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan

  • Sandingan

b) Cantuman mata tunas

  • Cantuman 'T'
  • Cantuman tampal
  • Cantuman takuk


c) Cantuman Belahan

  • Belahan tepi
  • Belahan rencung
  • Belahan baji

Pokok Penanti (Stock Plant)

Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garispusat) untuk menerima mata tunas.

Mata tunas

Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan lain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros.

Cara mencantum mata tunas

Contoh: Cantuman tampal


  1. Sediakan pokok penanti
  2. Potong dua garisan daripada atas ke bawah, panjang kira-kira 4cm pada batang pokok penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih.
  3. Potongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm.
  4. Buat satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan sama ada kulit itu boleh dikopek.
  5. Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada pokok penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkan kulitnya beserta mata tunas.
  6. Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit pokok penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm.
  7. Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu.
  8. 1 minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira 5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum.



Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar. Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti hendaklah dibuang.

Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih
b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama.
c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.
d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunas menjadi kering
e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur.
f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar
g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.



LENTURAN (layering)


Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup.

Terdapat empat jenis lenturan:

a) Lenturan Pucuk (tip layerage)
b) Lenturan Busut
c) Lenturan Peparitan (berbaringan)
d) Lenturan udara (tut)


a) Lenturan udara (tut)

Lenturan yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

Cara-cara mengetut:

Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses pengakaran.

Tanah campuran biasa digunakan ialah:


  • 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik
  • 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu baja Milagro


Cara memilih dahan yang sesuai


  1. Dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga.
  2. Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya lcm garis pusat.
  3. Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukup cahaya matahari.


Cara mengetut


  1. Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab.
  2. Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran yang akan dibuat.
  3. Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama.
  4. Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.
  5. Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas
  6. Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.
  7. Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan tanah itu padat dan melekat dengan baik.
  8. Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya.
  9. Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik.


Sekian dulu tips kali ini. Jangan lupa like page Baja Milagro untuk dapatkan banyak lagi tips pertanian.


-----------------------------------------------------------------

Untuk dapatkan baja Milagro, hubungi ejen-ejen berhampiran anda sekarang!

No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...