Sunday, April 26, 2020

TANAMAN PERIUK KERA DAN KHASIATNYA



Pokok periuk kera yang juga dikenali dengan nama belanga kera biasanya tumbuh liar di kawasan lembab dan terbuka seperti paya. Pokok periuk kera sangat unik kerana mempunyai periuk dengan penutup yang menghalang air hujan memasuki dan bertakung di dalamnya. Bahagian dasar periuk mengandungi pepsin. Bahan kimia ini berfungsi untuk menghadamkan serangga yang terperangkap di dalam periuknya dan menukarkannya kepada nutrien untuk tumbuhan ini. Pokok periuk kera membiak melalui pecahan rumpun. Di Malaysia terdapat 6 jenis periuk kera yang boleh dijumpai. 


1. Nepenthes albormarginata 

Dikenali juga sebagai N tomentella Miq dimana ia boleh ditemui di puncak bukit rendah, kawasan terbuka bertanah gambut, kawasan batu kapur, hutan rawa atau kawasan berpasir di Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia, mampu tumbuh subur pada ketinggian 1000 meter ke bawah. Tumbuhan ini ini gemar makan anai-anai. Apa pun, sehingga kini tiada kajian terperinci bagaimana pokok ini bertindak memerangkap anai-anai kecuali hanya menemui beribu-ribu anai- anai memenuhi kendi lamanya. Kacukan spesies ini dikenal pasti jarang ditemui. 

2. Nepenthes ampullaria 
 
Dikenali N ampullaceae Low memang mudah dikenali kerana kendinya berbentuk bujur telur atau lonjong bersama serlahan peristoma yang lebar dan rekahan sempit penutup/tudung kendi yang tidak pernah menutup permukaan mulut kendinya.Spesies ini hanya ditemui memiliki kendi berwarna hijau dan sebahagian lagi ada adunan warna tompokan coklat dan ungu. Beberapa kendinya hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat serta jarang ditemui berbanding kendi di permukaan tanah. 


3. Nepenthes bicalcarata
 
Ia boleh dibezakan dengan spesies lain kerana ia satu-satunya pokok Periuk Kera yang memiliki duri dari tudungnya.Tumbuhan ini boleh ditemui di kawasan sawah bertanah gambut sekitar ketinggian 950 
meter dari paras laut dan tumbuh meliar di Sabah, Sarawak dan Brunei. 

4. Nepenthes edwardsiana 
 
Pokok keria jenis ini pula hanya boleh ditemui di kawasan bukit berlumut yang ketinggian antara 1500 hingga 2700 meter dari paras laut. Kendinya memang cantik dan menarik dengan saiz 50cm panjang dan 15cm lebar. 


5. Nepenthes fusca

Memiliki kendi berukuran 20cm panjang dan 4cm lebar juga boleh ditemui di kawasan sama, manakala Nepenthes mirabilis yang mempunyai sehingga 16 nama panggilan lain hidup subur di kawasan basah, hutan terbuka dan tepian paya terbiar. 

6. Nepenthes rafflesiana 
  
Adalah spesies Periuk Kera yang besar. Kendinya boleh membesar sehingga 40cm dengan bulu kemerah-merahan yang lazimnya berselindung disebalik susunan dedaun muda. Kendinya dikatakan sentiasa dilawati semut dan kelihatan seolah-olah bukan pokok insektivor. Bagaimanapun, cecair dalam kendinya sentiasa kelihatan likat untuk memerangkap mangsa. Spesies ini adalah tumbuhan liar yang biasa ditemui di kawasan tanah rendah di Brunei.


Memilih periuk kera sebagai tumbuhan di laman kediaman adalah trend baru dan kian diminati kerana keistimewaan tumbuhan itu. Tumbuhan yang hidup subur di kawasan beriklim tropika itu mampu menyerlahkan ruang laman anda supaya lebih semula jadi dan nyaman. Selain itu, periuk kera juga memerlukan tiga hingga empat jam cahaya matahari sehari untuk membesar secara optimum.“Kebanyakan tumbuhan ini di kawasan redup.“ Ini menyebabkan periuk kera hanya mengeluarkan daun besar atau subur tetapi tiada ‘pitcher’ (kantung) yang dihasilkan. 

Cara tanam pokok periuk kera amat mudah dan bentuknya yang unik menarik minat orang menjadikan pokok hiasan. Periuk kera tidak memerlukan tanah yang mempunyai kandungan nutrien tinggi berdasarkan sifat semula jadinya yang memproses makanan melalui ‘pitchernya’. Tanaman itu memerlukan media tanaman mudah menyerap air, berasid dan tidak mudah reput.Sphagnum moss (sejenis lumut) antara media tanaman yang disyorkan. Dari aspek penyiraman, spesies periuk kera memerlukan keadaan yang lembap untuk tumbesaran yang optimum. 

Penyiraman harian tidak diperlukan jika menggunakan media tanaman seperti Spagnum moss dan memadai dua hingga tiga hari sekali. Bagaimanapun, jangan biarkan media tanaman itu menjadi terlalu kering kerana ia boleh menyebabkan tumbuhan itu rosak dan mati.Periuk kera tidak memerlukan pembajaan yang kerap, cukup sekali untuk tempoh lima hingga enam bulan.

Kegunaan :

Air yang terdapat didalam periuk kera ini dipercayai berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata dan juga boleh melebatkan rambut dengan cara melumurnya pada rambut. Air rebusan akar dan batang diminum untuk merawat cirit birit, batu karang dan darah tinggi. Jus batang periuk kera diminum untuk mengurangkan sengatan bisa gigitan.Akarnya yang diasah pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih, dimasak sehingga mendidih, ditapis dan airnya diminum dapat merawat penyakit asma. Seluruh bahagian pokok ini yang dikeringkan dan direbus dapat digunakan sebagai herba lepas bersalin. 

Selain itu, bagi mengubati penyakit cirit birit, batuk dan demam, caranya adalah dengan merebus akar, batang dan daun selama satu jam sebelum airnya diminum bagi mengurangkan panas dan mengeluarkan kahak serta melegakan batuk.

Ada tak yang minat bercucuk tanam bermula dari perkongsian dilaman sosial ? Kita GENG 😍😍


Jom join kami di Facebook page Geng Kebun Organik 

1 comment:

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...