Wednesday, April 15, 2020

CARA PENANAMAN ROSELLE

Image credit: http://bit.ly/2mi16Xt

ROSELLE dikenali dengan nama Saintifiknya ialah (Hibiscus sabdariffa)Juga dikenali sebagai 'asam  raya' atau 'asam susur' di kalangan orang tempatan dan juga merupakan tumbuhan industri  yang telah banyak dikomersialkan di pasaran.Roselle juga merupakan merupakan sejenis tanaman renek yang di perkenalkan di Malaysia untuk dikomersilkan di Terengganu sekitar tahun 1990'an.Tumbuhan berbunga merah dipercayai berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India. Kini beberapa varieti rosel seperti Varieti UMKL dan UMKL-2 telah menjadi tanaman penting di beberapa negeri seperti di Johor (Kawasan Rengit dan Mersing), di Kedah (Daerah Sik), Perak (Sekitar Sungkai) dan beberapa negeri lain. 




Penanaman rosel lazimnya akan menghasilkan bunga atau Kaliks (Calyx) atau kelopak dari bunga rosel yang boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli.Hasil Kajian makmal mendapati kehebatan rosel ia mengandungi kandungan vitamin C (Asid askorbik) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering. Selain itu, setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks. Kandungan vitamin C yang amat tinggi ini menjadikan ia lebih hebat daripada buah Oren dan Ribena. Bagaimana pun buah rosel yang baru dipetik perlu diproses segera untuk mengekalkan kandungan vitamic didalamnya. Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Disamping itu juga, pucuk dan akar pokok rosel juga digunakan dalam perubatan tradisional iaitu bagi mengubati masalah usus dan pelawas.Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun. 


Penanaman Menggunakan Biji Benih 




Penanaman rosel lazimnya hanya akan menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas semaian yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.

1. Rendam benih dalam air suam iaitu 40 darjah C selama 2 hingga 8 jam.

2. Untuk semai isi bekas semaian dengan tanah semaian, atau gaulkan 1 bahagian  tanah atas dengan 2 bahagian humus atau sabut. 

3. Sembur dengan air untuk lembapkan tanah semaian. 

4. Kemudian dengan menggunakan hujung pensel atau kayu penyepit, buat lubang sedalam 3 cm. Jarakkan antara lubang kira-kira 8 cm (3 inci). 

5. Letakkan 1 hingga 2 benih dalam satu lubang. 

6. Tutup lubang dengan tanah yang ringan atau humus. 

7. Tutup dengan plastik dan letak di tempat terang. 

8. Benih akan bercambah dalam masa 2 hingga 7 hari. 

9. Apabila benih benih bercambah, buka penutup plastik.Kekalkan kelembapan dengan tanah semaian dengan menggunakan semburan yang halus. 

10. Apabila empat helai daun tumbuh, alih cambahan ke dalam bekas yang disediakan. 

11. Buat lubang sedalam 5 cm (2 inci). Jika terdapat 2 pokok dalam satu lubang, gunting batang pokok yang lemah. 

12. Pilih pokok yang kukuh sahaja.Masukkan cambahan (pastikan akar tidak terusik) ke dalam lubang dan tutup lubang tanpa memampatkan tanah. 

13. Siram setiap hari di sebelah pagi untuk lembapkan tanah. Jangan siram terlalu banyak sehingga air bertakung dan mula membaja menggunakan baja organik selepas 2 minggu pokok dialih. 

14. Pokok akan mula berbunga selepas 6 hingga 8 minggu dialih.Pokok akan dapat dituai selepas 12 minggu disemai (10 minggu dialih). 



Penanaman Menggunakan Keratan Batang 





1. Anda perlukan bekas sedalam 15 hingga 30 cm (6 hingga 12 inci). 

2. Pokok Rosel perlu dipangkas apabila ia terlalu tinggi untuk menghasilkan buah yang lebih besar dan pokok yang tidak rebah ke tanah. 

3. Keratan yang dipangkas boleh ditanam semula menggunakan cara keratan. 


4. Kelebihan kaedah ini ialah, pokok yang dibiakkan lebih cepat membesar berbanding jika menggunakan kaedah semaian benih. 

5. Selain itu, pokok yang terhasil kebiasaannya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pokok induk.Sebab itu, kita perlu mengambil keratan batang dari pokok yang sihat dan mempunyai ciri-ciri yang kita mahu. 

6. Secara umumnya terdapat tiga jenis keratan batang iaitu:- 

  1. Keratan kayu lembut.
  2. Keratan kayu sederhana keras.
  3. Keratan kayu keras. 

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:-

1. Mula-mula, baca bismillah dan niat dalam hati supaya pokok kita ni akan tumbuh dengan sihat dan subur. 

2. Ambil keratan yang sudah dipilih daripada pokok yang kita mahu,yang sihat dan bebas penyakit. 

3. Seeloknya keratan dipotong waktu pagi atau selepas hujan. 

4. Gunakan pisau atau gunting yang bersih dan tajam semasa membuat kerja-kerja pemotongan keratan. 

5. Bersihkan keratan dan hiris hujungnya secara serong untuk permukaannya. 

6. Rendam keratan dalam penggalak akar 

7. Masukkan separuh keratan dalam botol atau beg plastik. 

8. Buat sedikit lubang untuk membenarkan udara mengalir.  

9. Letakkan keratan di bawah cahaya matahari separa teduh apabila tunas daun mula keluar, dan apabila akar mula keluar, sudah boleh pindahkan ke pasu (Gunakan medium campuran tanah + baja Milagro) 

10. Hati-hati dengan pemilihan baja, kerana pokok akan rosak sekiranya anda salah pilih baja. Sebaiknya gunakan Milagro, baja organik untuk tanaman anda. 


Anda minat menanam? Kita GENG 😍😍


Jom join Geng Kebun Organik






3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)

    ReplyDelete

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...