Kredit gambar kepada Liputan6.com
Pohon beracun di dunia sangat banyak dan sebahagian besar berada di depan mata kita tanpa kita sedari. Sesetengahnya luaran nampak indah dan cantik, namun siapa sangka, tumbuhan ini mengandungi racun yang dapat membunuh manusia. Sememangnya adalah tidak diketahui berapa banyak tumbuh-tumbuhan yang cantik di Malaysia adalah beracun kepada manusia dan juga kepada haiwan . Tidak kira sama ada ia dimakan atau pun disentuh, ia boleh menyebabkan kesan bintik-bintik merah mahupun ekzema .
Hal ini kerana kes-kes tentang keracunan tidak dilaporkan atau direkodkan secara tepat di Malaysia. Di Malaysia, adalah menjadi kebiasaan bagi orang-orangnya untuk mengguna ataupun memakan tumbuhan beracun sama ada dalam bentuk daun, biji, ataupun buah, setelah mereka menyediakannya dengan teliti. Misalnya, Terung meranti (Solanum nigrum) biasanya akan dimasak sebagai sayuran. Bagaimanapun, mereka telah sedar ia tidak baik dimakan dalam jumlah yang banyak. Menurut mereka, pengambilan buah tersebut yang berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala.
Bagi pengemar tanaman adalah amat penting bagi mereka untuk mengetahui tanaman tanaman yang beracun agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini. Berikut merupakan antara tanaman beracun yang boleh didapati di Malaysia.
1. Bunga tahi ayam (Lantana camara)
Bunga tahi ayam atau Lantana camara tergolong di dalam keluarga Verbenacea. Bunga tahi ayam adalah sejenis herba yang kelihatan seperti pokok renek, berasal dari Amerika tropika. Ia mempunyai
batang yang berbulu dan berduri serta berukuran lebih kurang 2 cm. Daunnya kasar, beraroma dan berukuran panjang beberapa sentimeter dengan bahagian tepi daun yang bergerigi. Tanaman ini berbunga dalam satu jambak dan berbentuk seperti sebuah payung . Bunganya terdapat dalam pelbagai warna iaitu kuning terang atau jingga yang akan bertukar menjadi merah. Kadangkala bunganya juga terdapat dalam 2 ton warna iaitu bahagian luar bunga bertukar dari jingga menjadi merah dan bahagian dalam pula bertukar dari kuning menjadi jingga. Selain bunga, buah pokok ini Juga terdapat dalam satu jambak yang akan bertukar dari hijau menjadi biru tua. Setiap biji buah mengandungi 2 biji benih. Bunga tahi ayam mudah disebarkan dan boleh dijumpai disepanjang jalan dan juga padang terbuka di negara ini.
Lantana mengandungi triterpenes tetapi tidak kesemuanya adalah toksid. Asid triterpene iaitu Lantadene A dan Lantadene B adalah toksid major yang bertanggungjawab ke atas ketoksidaan tumbuhan ini. Ia bertoksid apabila diberi kepada kambing pada dos 60mg per kg. Lantadene B kurang bertoksid jika berbanding dengan Lantadene A yang agak tinggi ketoksidaannya. Haiwan yang diserang oleh ketoksidaan ini akan menunjukan tanda-tanda toksid beberapa hari selepas memakan daun tumbuhan tersebut dan kematian pula akan berlaku beberapa hari kemudian. Keracunan menyebabkan intrahepatic cholestasis dan akibat kecederaan hati termasuk juga perebakan icterus, photosensitization, kurang aktif dan anorexia. Kematian juga mungkin disebabkan oleh kegagalan fungsi renal.
2. Tuba (Derris elliptica)
Tuba atau nama botaninya Derris elliptica digolongkan didalam keluarga Leguminosae. Ia adalah tumbuhan kayu memanjat. Ia jarang-jarang berbunga di negara ini, mungkin kerana iklimnya yang tidak bersesuaian. Di China dan Jepun, mereka menanam tumbuhan ini untuk digunakan sebagai racun serangga tetapi di Sabah dan Sarawak , mereka menanam tumbuhan ini bagi tujuan perikanan. Derris elliptica muncul sebagai tumbuhan yang paling berpengaruh bagi genusnya. Serbuk kasar yang diperolehi daripada akar tumbuhan ini mengandungi bahan toksid yang aktif iaitu rotenone dan telah digunakan sebagai racun serangga dan juga racun ikan. Malahan ternakan seperti lembu , kerbau , kambing dan lain-lain telah mati selepas memakan tumbuhan ini.
3. Penaga laut (Calophyllum inophyllum)
Pokok Penaga laut yang rendang ini banyak tumbuh di sepanjang tepi-tepi jalan dan juga pinggir-pinggir pantai di Malaysia. Ia tergolong didalam keluarga Guttiferae manakala nama botaninya ialah Calophyllum inophyllum. Pokok ini dipercayai berasal dari India dan kepulauan Pasifik. Ketinggian pokok ini lebih kurang 20 meter tinggi dengan daun yang licin dan berwarna hijau gelap ,bersaiz diantara 10 hingga 15 cm panjang .Pokok Penaga laut ini juga menghasilkan bau yang harum dan terdapat diantara 4 hingga 15 kuntum didalam satu jambak. Kelopak bunganya berwarna putih manakala stamennya pula berwarna kuning. Buahnya berbentuk bulat dan berwarna hijau, berdiameter kira-kira 2 cm. Biji-biji dari pokok ini mengandungi lebih kurang 75 % minyak . Daunnya pula mengandungi saponin dan asid hidrocyanic. Dengan memakan biji-biji dari pokok Penaga laut ini , ia akan menyebabkan rasa hendak demam, muntah-muntah dan cirit-birit. Cecairnya pula boleh menyakitkan kulit dan mata jika terkena. Kebiasaannya, cecair dari pokok ini sering digunakan sebagai racun pada anak panah.
Pokok sesudu adalah sejenis tumbuhan kaktus. Nama botaninya ialah Euphorbia lactea. Ia digolongkan dalam keluarga Euphorbiaceae. Pokok sesudu adalah tumbuhan yang berjus, tumbuh tegak setinggi lebih kurang 3 hingga 4 meter tinggi. Batangnya lurus dan bercabang sehingga hingga 3 hingga 4 yang selebar 7 cm. Cabang-cabang pokok sesudu mempunyai hujung yang tidak rata dan berduri tajam. Ia mengeluarkan susu getah yang melekit apabila dipotong atau sekiranya ia patah. Bunga dan buahnya pula jarang sekali dapat dilihat. Cecair seperti susu yang dikeluarkan oleh pokok sesudu boleh menyebabkan kerosakan yang teruk dan juga kecederaan dalaman. Penyerapan susu getahnya juga boleh menyebabkan kesakitan abdominal yang seterusnya mengakibatkan muntah-muntah, cirit-birit dan juga kematian. Jika getah tersebut terkena pada kulit, ia boleh menyebabkan dermatitis, pembengkakan serta melecur. Getah tersebut juga merbahaya kepada mata. Ia boleh menyebabkan pendarahan pada anak mata yang akhirnya boleh menakibatkan penglihatan kabur ataupun buta untuk sementara waktu sekiranya getah tersebut masuk ke dalam mata.
5. Pisang tanah (Dieffenbachia)
Pisang tanah adalah tumbuhan yang biasanya ditanam di dalam pasu di negara ini. Ia adalah dari keluarga Aracea. Genus, Dieffenbachia, dinamakan sempena dengan nama seorang tukang kebun, iaitu Herr Dieffenbach, dari istana Schoenbraun, Vienna pada tahun 1830. Ia mempunyai batang hijau yang tebal dan mengandungi banyak air, berukuran kurang daripada 1 meter tinggi. Daunnya rata, antara 25 hingga 30 cm panjang dan bertompok-tompok dengan warna putih atau hijau muda. Tumbuhan ini asalnya adalah daripada Amerika Selatan. Beberapa spesis dari tumbuhan ini boleh didapati di Malaysia, sama ada tumbuh secara liar, ditanam di taman ataupun di dalam pasu-pasu. Keseluruhan bahagian tumbuhan ini mengandungi jus yang aktif iaitu protoanemonine. Pisang tanah boleh menyebabkan kesan bintik-bintik merah jika mana-mana bahagian tumbuhan ini dimakan. Keracunan mungkin juga boleh menyebabkan kematian kerana kesukaran bernafas akibat daripada pembengkakan pharynx dan larynx. Pisang tanah juga merupakan faktor utama kepada kecederaan kanak-kanak terutamanya pada bahagian mata apabila cecair dari tumbuhan ini terkena pada mata ketika memetik buah tersebut. Ini akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat, perebakan oedema pada kelopak mata dan juga kerosakan pada permukaan kornea.
6. Kecubung hitam (Datura fastuosa)
Kecubung hitam atau nama botaninya Datura fastuosa adalah sejenis tumbuhan herba renek yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan. Ia tergolong di dalam keluarga Solanacea. Ukuran tingginya kira-kira 1 meter dengan ranting-ranting muda yang berbulu dan berwarna ungu gelap. Ia berbunga sama ada sekuntum, dua atau tiga, lebih kurang 15 hingga 20 cm panjang, berwarna ungu dibahagian luar manakala bahagian dalamnya pula berwarna putih. Buah kecubung hitam berbentuk bulat dan dipenuhi dengan duri-duri pendek. Buah yang telah masak akan pecah dengan sendiri untuk mengeluarkan biji benih. Biji benih tersebut kelihatan seperti biji cili tetapi lebih besar, berbentuk seperti kekacang dan berwarna keperangan. Sebiji buah mengandungi lebih kurang 500 biji benih. Setiap bahagian tumbuhan ini adalah bertoksid kerana ia mempunyai bahan aktif iaitu daturine. Daturine mengandungi alkaloid laevoscyamine, hyoscine atau scopolamine dan sedikit atropine. Alkaloid tumbuhan ini akan bertindak dan menghasilkan anti-cholinergic manifestasi. Dengan memakan mana-mana bahagian tumbuhan ini sama ada biji, buah atau bunga akan menyababkan muka menjadi merah, anak mata membesar, kekeringan dan melecur di mulut, dahaga, kesukaran menelan, diikuti rasa mengantuk, keletihan, hyperthermia dengan sejuk yang melanpau dan inkoordinasi. Ketidaksengajaan dengan menggosok mata selepas memegang tumbuhan ini akan pembengkakan anak mata. Kematian juga tidak mustahil akan berlaku kerana disebabkan oleh respiratori paralysis.
Sesuatu tumbuhan itu adalah dianggap beracun jika apabila ia digunakan dalam jumlah yang normal, ia boleh menyebabkan tindakbalas sepertu mengelakkan, menyekat, menahan atau memusnahkan proses semulajadi manusia atau haiwan yang seterusnya diikuti penderitaan, perubahan patologikal atau kematian perseorangan. Terdapat 7000 spesis tumbuhan beracun di dunia dan kebanyakkan spesisnya dijumpai di negara yang bersuhu panas dan lembap. Tumbuhan beracun akan berterusan ditanam kerana ia adalah bergantung kepada kegunaannya . Strategi yang terbaik sekali untuk mengelakkan keracunan tumbuhan ini ialah dengan mengelakkan ia daripada berlaku. Justeru itu, kita digalakkan untuk berhati-hati dalam mengendalikan tumbuh-tumbuhan ini.
Ada tak yang minat bercucuk tanam bermula dari perkongsian dilaman sosial ? Kita GENG 😍😍
Jom join kami di Facebook page Geng Kebun Organik
Jom join kami di Facebook page Geng Kebun Organik
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIzin promo ya Admin^^
ReplyDeleteBosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
- Telkomsel
- XL axiata
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)