Wednesday, April 22, 2020

JENIS TANAMAN YANG SESUAI UNTUK BEGINNER

Menanam merupakan aktiviti yang menarik disamping dapat memberi kita manfaat hasil daripada penanaman tu. Jika tanaman itu tak dapat hasil buah atau sayur pun, kita masih lagi dapat extra oksigen di kawasan pokok yang kita letak tanaman tersebut. Tanam pokok ni boleh juga boleh menjadi terapi bila kita sibuk dengan kehidupan seharian. Tetapi ia juga boleh jadi boleh murung bila tanaman tak menjadi. 

Pada kali ini, anda akan di kongsikan dengan jenis tanaman yang mudah sangat nak dibiakkan tanpa perlu penjagaan khusus dan amat sesuai untuk beginner. Penggunaan pasu tak kisah jenis apa yang hendak digunakan. Berikut merupakan jenis tanaman yang sesuai ditanam bagi beginner yang hendak berjinak jinak dengan tanaman. 

Aloevera


Aleovera ataupun dipanggil lidah buaya adalah tanaman yang paling senang hendak dijaga dan perlu diletakkan di kawasan yang panas dan penyiraman juga boleh dilakukan seminggu sekali. Aloevera ini tak boleh hidup di kawasan lembab atau tempat redup. Jangka masa untuk aloevera keluar anak pokok adalah dalam jangka masa yang pendek dan mudah untuk di biak kan. Bila ada anak, boleh pindah ke pasu lain.Lidah buaya adalah antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur. Aloevera ni juga banyak digunakan untuk produk minuman yang boleh memberi manfaat untuk menyejukkan badan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mask muka dan melebatkan rambut. Jika anda sering terdedah kepada cahaya matahari dan sunburn, anda boleh sapukan pada muka. Kesannya dapat dilihat selepas sehari penggunaan dan kulit kembali pulih. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. 

Cili


Sama seperti pokok aloevera, pokok cili juga tak perlu siram setiap hari sebab ia perlukan tempat panas dan tanah yang sederhana kering. Tanah juga tidak boleh kering sangat dan menyebabkan pokok mati tak cukup zat. Anda juga tidak perlu beli biji benih di kedai ataupun beli pokok dekat nursery kerana anda boleh ambil biji cili dari dapur anda dan tabur saja di dalam pasu. Sebelum keluar buah, pokok cili akan keluarkan bunga putih tetapi ia sangat mudah untuk tercabut jika ditiup angin. Masalah yang sering dihadapi pada pokok cili bila musim hujan atau separa hujan sebab bena akan datang menyerang. Pada waktu ini, pokok anda akan menjadi togel. Anda kena rajin buang daun yang terkena bena jika tak, habis dengan cili sekali kena bena. Buah cili pun jadi terbantut. Tanam cili ini anda kena rajin mengemburkan tanah, supaya akarnya mendapat nutrien lain.Tetapi jangan terlalu kuat sehingga tercabut akar. 

Bendi


Kebiasaannya, pokok bendi mampu mencapai ketinggian lebih 1.5 meter dan mempunyai jangka hayat yang agak lama. Sebab itu kebiasaannya pokok bendi ditanam terus di atas batas. Selain itu, pokok bendi juga sesuai dianam didalam bekas atau pasu.Tetapi bendi memerlukan saiz pasu antara 3-5 gelon bagi setiap batang pokok.Namun anda perlu pastikan pasu yang digunakan mempunyai lubang saliran untuk air keluar kerana batang bendi tidak tahan air bertakung dan akan mudah dijangkiti kulat. Hanya ada beberapa perkara yang perlu anda teliti untuk memastikan tanaman ini mendapat keperluan optimum.Kebiasaanya bila naik pokok dan berbuah, memang akan biarkan satu batang kering untuk dibiakkan dekat pasu yang lain. Dari 1 pokok membawa ke 5 ke 6 pokok. Sebelum pokok bendi berbuah, dia akan keluarkan bunga putih creamy dan ia tidak mudah jatuh ke tanah. Di pasaran terdapat pelbagai jenis bendi, sebaiknya anda perlu pilih jenis bendi renek kerana ia lebih mudah diuruskan dan hasilnya cepat. 

Kunyit


Kunyit bukan saja dijadikan sebagai salah satu bahan dalam masakan, malah tumbuhan ini mempunyai 1,001 khasiat untuk kecantikan luaran dan dalaman seseorang. Buat pengetahuan anda, kunyit digunakan sebagai bahan penjagaan kulit sejak dulu lagi.Pokok kunyit memerlukan kawasan yang mempunyai sinaran matahari melebihi 6 jam dan tanah yang tidak ditakungi air, dan sekiranya ditanam dalam pasu, pastikan pasu diletakkan pada kawasan yang terkena cahaya matahari yang cukup, kerana ia memerlukan cahaya yang penuh untuk pertumbuhan yang baik. Kunyit sesuai ditanam di tanah lom, alluvium (telah di gembur) serta mempunyai pengairan dan saliran yang baik. Ia juga memerlukan PH tanah di antara 4.3 hingga 7.4.Untuk mendapatkan kunyit yang 'gemuk', gunakan tanah yang longgar dan tak padat. Pastikan tanah sentiasa lembap namun elakkan dari bertakung, dengan memastikan saliran air sentiasa dalam berkeadaan yang baik.Kunyit memerlukan baja organik (tahi ayam) pada 3 hingga 5 hari sebelum penanaman. Baja perlulah digaul dalam tanah di batas. Kunyit boleh dituai apabila genap 9 bulan. Cara mengetahui pokok kunyit sudah boleh dituai ialah melihat daun-daun yang sudah mula mengering. Sekiranya anda mahu menggunakan kunyit muda, tuai apabila kunyit genap 6 bulan. Jika mahukan yang matang pula tuai setelah genap 9 bulan. 


Kalau hendak tanam kunyit dalam pasu pastikan ada 3 perkara iaitu Pasu, Media Tanaman dan Benih Kunyit. Pilih benih kunyit tua yang sihat, tidak berpenyakit dan saiz yang sesuai untuk dijadikan benih. Sebaiknya pilih benih ubi kunyit yang mempunyai tunas besar berwarna keputihan di hujung ibu kunyit atau ia adalah mata tunasnya. Warna putih-putih itu sebenarnya menunjukkan ubi kunyit itu bersedia untuk tujuan mengeluarkan daunnya.Pastikan menyediakan saiz pasu sesuai dan media tanaman seperti jenis tanah campuran (3:2:1) yang sesuai.Pasu yang ada pokok kunyit boleh juga anda letakkan di bawah pencahayaan yang optimum.Tapi untuk rumah teres atau kondominium di bandar, anda boleh meletakkannya di bawah tempat separa berbumbung seperti di tepi balkoni atau bucu bumbung. Kalau letak di tempat yang terlalu teduh menyebabkan daun yang tumbuh tidak akan lebar dan lazimnya ia akan tumbuh kecil dan kurus sahaja. Pastikan air siraman tidak bertakung kerana pokok ini tidak suka 
tanah yang lembap. 

Halia


Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Menanam halia tidaklah rumit kerana ia mudah untuk ditanam mengunakan rizom (umbisi) nya sahaja. Jika anda ingin menanam di dalam pasu, sediakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 yakni 2 bahagian tanah hitam, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul hingga sekata dan masukkan ke dalam bekas yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan cocopeat sebagai media tanaman halia. Medium tanamannya hendaklah kaya dengan bahan organik serta sentiasa lembap untuk pertumbuhan yang lebih subur. Penjagaan dan penyiraman pokok halia adalah dengan mengemburkan tanah disekeliling pokok halia dan berhati-hati bila mengembur agar tidak pada akarnya.Lakukan penyiraman dua kali sehari ketika musim kemarau dan tidak perlu ketika hujan. Pokok halia sudah boleh dituai genap 8 bulan. Cara mengetahui pokok halia sudah boleh dituai ialah melihat daun-daun yang sudah mula mengering. Itu tandanya pokok halia sudah matang. Sekiranya anda mahu menggunakan halia muda, tuai pokok halia anda genap 6 bulan. Jika mahukan halia yang matang pula tuai setelah genap 8 bulan. 

Mulberi


Mulberi juga terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk buah yang boleh ditemui di serata tempat. Mulberi hitam atau nama saintifiknya Morus nigra adalah pokok yang biasa ditanam di negara kita kerana sesuai tumbuh di kawasan bersuhu panas. Cara menanam pokok mulberi adalah dengan menggunakan keratan batang yang telah matang. Keratan batang pokok mulberri haruslah ditanam dalam polibag terlebih dahulu. Perlu dimaklumkan bahawa pokok mulberi sesuai tumbuh pada nilai pH tanah yang sedikit berasid iaitu 5.5 hingga 6.5. Keratan pokok mulberi yang sudah ditanam harus disimpan atau diletakkan di kawasan teduh terlebih dahulu sehingga 4 minggu atau sehingga mata tunas mengeluarkan tunas kira-kira 3 inci. Barulah dipindahkan ke kawasan menerima sinaran matahari penuh. Tanah lembab diperlukan untuk mempercepat kan pengeluaran akar keratan batang pokok mulberi anda. 

Pokok mulberi sesuai ditanam di tepi pagar rumah anda, tanam sebaris dengan pagar di sekeliling rumah dengan jarak rapat. Ia bukan sahaja menjadi pokok hiasan tetapi sebagai penghadang yang praktikal. Pokok mulberi juga boleh ditanam di dalam pasu jenis besar dan sekiranya pokok mulberi anda terlalu rimbun atau tinggi, cantas pokok mulberi tersebut. Dengan cantasan ini pertumbuhan pokok mulberi dapat dikawal dan paling penting ia akan menghasil kan buah yang enak dan sedap. 

Bayam


Bayam hijau adalah dari tumbuhan keluarga Amaranthacea. Nama saintifiknya adalah Amaranthus gangeticus. Nama Inggerisnya adalah Red Spinach. Ia adalah pokok berbunga tahunan yang mempunyai bunga hijau gelap. Ia mampu tumbuh setinggi 2-3 kaki tinggi.Bayam sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai suhu 23 – 35 darjah celcius dan kelembapann yang tinggi. Bagaimanapun hujan yang terlalu banyak juga akan mengurangkan kualiti kerana air akan bertakung menyebabkan akar dan daun menjadi rosak. Jika anda ingin menanam di dalam pasu, sediakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 yakni 2 bahagian tanah hitam, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul hingga sekata dan masukkan ke dalam bekas yang digunakan. Pokok bayam sangat senang membiak, bila bayam dah membesar, ia akan keluarkan benih yang berhijrah ke pasu lain dengan angin. Hasil boleh dikutip dari 26-hingga 30 hari dari tarikh menyemai anak pokok bayam. 

Cekur


Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan. Cekur boleh ditanam sebagai pokok hiasan taman kerana ia mempunyai daun yang berwarna-warni dan mempunyai bunga menarik. Ada juga pokok cekur yang sesuai ditanam atas batas bagi membentuk pokok pinggiran disebabkan sifatnya yang rendah, selain dijadikan tanaman penutup bumi. Selain itu, pokok cekur juga sesuai ditanam dalam pasu dan ditempatkan bersama pokok hiasan lain di anjung.Pokok cekur sukakan persekitaran yang lembap dan kandungan tanah yang tinggi dengan bahan organik. Keadaan yang kering dan panas boleh menyebabkan pucuknya layu serta musnah. Pastikan pokok cekur mendapat naungan yang sesuai dengan menanamnya di bawah pokok tinggi yang boleh melindunginya daripada panas terik. Cekur boleh dikategorikan sebagai tanaman hiasan yang baru di negara ini dan untuk menentukan ia hidup sihat dan segar, pastikan ia memperolehi kadar kelembapan dan cahaya yang 
sempurna.

Ada tak yang minat bercucuk tanam bermula dari perkongsian dilaman sosial ? Kita GENG 😍😍


Jom join kami di Facebook page  Geng Kebun Organik

1 comment:

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...