Monday, September 21, 2020

DIY Tempat Tanam Pokok Bunga Dengan Hanya Guna PVC Sahaja

 

Buat anda yang memang gemarkan aktiviti bercucuk tanam dan menghias tanaman di hadapan kawasan rumah, pasu atau tempat pokok merupakan antara elemen yang paling penting. Ini untuk memastikan pembesaran tumbuhan dapat berjalan dengan subur dan dekorasi taman pun akan kelihatan kemas. Oleh itu, apa kata anda guna tips DIY hanya guna PVC berharga RM4 sahaja. Bukan sahaja jimat duit pada masa yang sama dapat mencantikkan kawasan perumahan anda.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

PVC kelabu – RM 3.60 per kaki.
PVC putih – RM 4.00 per kaki.

Ketinggian yang anda hendak buat adalah bebas tapi saya cadangkan buat ketinggian 4 kaki.

JOM KITA CUBA IKUT LANGKAH-LANGKAHNYA :


1. Buat garisan lurus pakai pensel. Pakai tape pengukur tu sebagai pembaris pun boleh.

2. Bahagikan…ukur lilit anggaran 35cm / 3 bahagian = anggaran 12cm untuk 1 bahagian. Dah ukur tu, lukis garisan panjang sampai ke bawah. Tak perlu tepat-tepat sangat.


3. Buat garisan melintang (untuk buat lubang). Anggaran 6 cm hingga 8 cm bergantung kepada jenis bunga / sayur nak tanam.

4. Gergaji ikut garisan melintang yang di lukis tadi. Jarak antara kelopak saya buat antara 10cm ke 15 cm (bergantung juga kepada jenis bunga / sayur yang nak di tanam).


5. Setelah siap di gergaji. Nampak kan anggaran jarak dan selang seli antara kelopak.

6. Guna api sederhana untuk panas & lembutkan PVC. Lebihkan api kat bahagian atas kelopak ya. Sebab bahagian atas ni yang banyak nak di bentuk.



7. Sementara PVC masih panas – tekan “kelopak atas” dengan towel lembab. Bentukkan. Kalau PVC tu terhangit takpa…perkara biasa.

8. Satu lagi cara – bentukkan pakai botol. Tekan je ke dalam. Kalau tak jadi, panaskan semula PVC tu. Ini kena buat latihan sendiri / try banyak kali.


9. Ini ukuran kelopak 8 cm.

10. Bahagian dalam pvc (bawah sekali), saya masukkan batu-batu untuk pengaliran air. Pastu baru saya masukkan tanah. Semasa masukkan tanah pastikan TEKAN setiap satu lubang supaya tak kosong. Kemudian Siap boleh dah tanam pokok yang anda minat!

Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman boleh cuba buat dirumah! Kita geng!

Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍

No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...