Monday, September 28, 2020

4 Tips Tanam & Jaga Kaktus Untuk Hiasan Dalaman Rumah

Ada peminat kaktus kat sini tak? Kaktus sememangnya pokok yang hebat dan ada kelebihannnya tersendiri.

Walaupun ia pohon berduri, ramai yang menjadikan pokok atau tumbuhan kaktus sebagai tumbuhan penyeri taman dan juga hiasan dalaman rumah. Ia tumbuhan yang tahan lasak serta mudah dijaga. Bentuk fizikalnya yang unik menjadikan ia tumbuhan yang sesuai untuk memenuhi 'landskap' di dalam kediaman.


Sejak sekian laman, kaktus telah menjadi salah satu tumbuhan hias yang cukup diminati. Selain penjagaannya yang mudah, antara sebab ia diminati adalah kerana reka bentuknya yang unik dan kesegaran rona hijau pada tumbuhan itu seringkali memikat pandangan.

Kaktus Adalah Tanaman Sesuai Untuk Mereka Yang Sibuk Bekerja


Bagi mereka yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk menyiram tanaman setiap hari, kaktus dilihat sebagai salah satu pilihan yang boleh menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana tumbuhan ini bisa hidup dengan kadar air yang sedikit dan tahan lasak. Selain tanah, kaktus juga sesuai ditanam dengan campuran pasir dan sedikit tanah.

Untuk pertumbuhan yang sempurna, kaktus harus mendapatkan penjagaan yang betul. Jika tidak, ia mungkin menghilangkan daya tarikan pada tumbuhan ini dan seterusnya akan mati. 

Perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah mendapat pencahayaan yang secukupnya, kadar penyiraman yang betul dan menggunakan baja yang sesuai.

Bagi mereka yang mengusahakan homestay, ia adalah tanaman terbaik untuk menghiasi dan memberikan kehijauan di dalam rumah kerana aspek penjagaannya yang minimal dan ekonomi. Ia bukan sekadar tumbuhan yang senang dijaga tetapi cantik serta boleh menaikkan seri dalaman rumah.


4 Tips Perlu Tahu Untuk Tanam Dan Jaga Pokok Kaktus


Berikut merupakan tip-tip yang perlu anda tahu untuk penanaman kaktus ini.

     


Perlu diketahui kaktus memerlukan cahaya matahari secara langsung dan mencukupi untuk proses tumbesaran yang lebih baik.

1. Kurangkan air pada tanaman atau seelok-eloknya kadar penyiraman dilakukan hanya sekali seminggu. Ia untuk pastikan berlakunya penyediakan ruang aliran air dalam tanah. Lebihan air akan menyebabkan akar kaktus cepat reput selain menyebabkan ia cepat mati.

2. Ditanam menggunakan tanah campuran atau campuran kompos, tanah pasir dan batu kecil atau pecahan kecil batu daripada tanah liat.

3. Baja yang sesuai untuk tanaman kaktus adalah sama ada jenis baja sebatian, baja campuran, atau baja organik Milagro.

4. Semua semburan baja ini mesti dilakukan hanya sekali untuk tempoh dua minggu. Kekerapan membaja juga boleh memusnahkan kecantikan kaktus terutama daripada jenis berdaun lembut.

Okey? Dah dapat tips penjagaan kaktus ni? Senang dan mudah je kan? Tumbuhan berduri ni ada banyak jenis. Walaupun umum diketahui ia adalah tumbuhan berduri tanpa daun, ada je jenis yang berdaun halus dan menghasilkan bunga yang cantik.

Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman boleh cuba buat dirumah! Kita geng!

Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍

No comments:

Post a Comment

3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...