Tak tahu nak buat apa time PKP ni? Ada masa terbuang macam tu je. Nak jana side income time ni, tapi tak tau nak buat apa?
Haa, jom sini saya kongsikan kepada anda. Mesti ramai yang suka bercucuk tanam di rumah kan. Lagi-lagi kepada suri rumah dan mereka yang sudah pencen.
Jom saya sharekan kenapa bunga pokok gugur walaupun pokok belum matang lagi dan cara bagaimana nak atasi masalah ini.
Kebiasaan nya anda mesti ada mengalami masalah ini kan. Pokok bunga semalam segar je mekar tengok-tengok harini dia layu dan gugur.
Baru nak petik bunga dah gugur dan tak dapat lebah nak hinggap untuk buat pendebungaan
Ia sangat penting untuk kita kawal kerana:
Pokok bunga kelihatan sihat, cantik dan menarik
Berlaku pendebungaan secara semula jadi oleh serangga
Pokok kekurangan nutrien yang lengkap untuk membesar
Apabila pokok kekurangan baja atau nutrien tertentu yang diperlukan dalam pertumbuhan putik bunga atau buah, ini akan menyebabkan bunga gugur sebelum matang
Selain unsur utama yang penting untuk tumbesaran pokok, kekurangan unsur lain seperti kalium, kalsium, boron, magnesium dan asid amino juga merupakan antara penyumbang putik bunga ini gugur sebelum waktu matangnya
Juga boleh berlaku apabila kadar penyerapan nutrien tidak berkesan dan tidak sampai diserap oleh pokok melalui dahan
Cara Mengatasi
Pastikan pembajaan dilakukan secara berkala, lakukan pembajaan dengan baja MILAGRO satu kali untuk dua minggu.
Baja MILAGRO mempunyai bahan utama seperti tahi ayam yang telah diproses, ia diletakkan dua minggu sekali di tepi pasu untuk memperbaiki struktur tanah dan menggalakkan aktiviti mikrob di dalam tanah
Boleh guna Natural Plant Vaccine (NVP) yang mempunyai bahan Chitosan iaitu bahan polimer yang diperbuat daripada kulit udang bagi membantu penyerapan nutrien dan sebagai perangsang tumbuhan dan menguatkan daya tahan pokok pada penyakit
Pendebungaan tak berlaku secara semula jadi oleh serangga (natural pollination)
Bunga akan gugur apabila pendebungaan secara semula jadi oleh serangga tidak berlaku
Untuk sesetengah pokok jika bunga gugur adalah normal. Seperti pokok cili, bunganya gugur pada kali pertama pokok berbunga.
Ada beberapa jenis pokok mempunyai jantina jantan dan betina dalam satu pokok
Pokok akan mengeluarkan bunga jantan 2 minggu lebih awal berbanding bunga betina
Apabila tiada bunga betina pada masa itu, bunga jantan akan gugur dengan sendiri kerana tidak berlaku pendebungaan secara semula jadi
Contohnya, seperti pokok labu, peria, timun dan tembikai. Pokok jenis yang menjalar.
Ada juga pokok yang mempunyai dua bahagian reproduksi iaitu jantan (stamen: anther, filament) dan betina (carpel: stigma, style, ovary, ovule) dalam satu kuntum bunga seperti terung, bendi, tomato dan bunga raya.
Ada juga pokok yang mempunyai satu bahagian reproduksi sahaja, sama ada ia pokok jantan atau pokok betina seperti pokok kelapa dan pokok betik. Bunga akan gugur jika tiada pendebungaan berlaku.
Pendebungaan boleh berlaku melalui agen pendebungaan seperti angin, serangga dan manusia .
Jika sesuatu tempat tiada angin atau serangga (Natural pollination) seperti lebah, kelulut, kumbang, semut, rama-rama atau kupu-kupu, pendebungaan sukar berlaku dan ini menyebabkan bunga yang tidak dapat disenyawakan akan kering dan gugur
maka bantuan manusia diperlukan untuk membantu pendebungaan (Hand pollination).
Cara Mengatasi
Lakukan pendebungaan secara manual atau hand pollination dengan cara menemukan bahagian bunga jantan (anther) kepada bahagian bunga betina (stigma)
Bagi pokok yang mempunyai dua bahagian reproduksi iaitu jantan dan betina dalam satu kuntum bunga seperti pokok cili, tomato, terung dan bendi, boleh juga guna cara dengan menjentikkan sikit tangkai bunga supaya bahagian bunga jantan yang mengandungi debunga dapat bertemu dengan bahagian bunga betina dan seterusnya membantu proses pendebungaan
Kaedah mudah untuk kita kenal mana satu bunga jantan dan bunga betina adalah kebiasaannya pada bunga betina kita akan dapat melihat bentuk buah dibawah kelopaknya berbanding bunga jantan yang tiada putik buah
Keadaan cuaca yang panas
Cuaca yang terlalu panas akan menyebabkan pokok stress dan bunga pokok akan gugur untuk pokok terus hidup “survive”
Keadaan yang panas pokok akan kekurangan air, pokok tak dapat untuk salurkan air sepenuhnya kepada tumbuhan.
Penyerapan air di dalam tumbuhan menjadi perlahan dan bunga berada dihujung pucuk.Ia menjadikan bunga pokok gugur dengan cepat sebelum pokok matang
Cara Mengatasi
Pastikan tanah sentiasa dalam keadaan lembab dan siram dua kali sehari
Pada waktu pagi dan petang
Letakkan pokok di tempat yang redup sama ada menggunakan jaring hitam atau letakkan tumbuhan di bawah teduhan pokok besar
Menggunakan kaedah sungkupan/mulching untuk menutup permukaan tanah dengan silvershine, sabut kelapa, dedaun gugur, jerami padi, rumput kering untuk kekalkan kelembapan tanah
Kaedah ini sesuai untuk tanaman terus pada tanah
Letakkan di bahagian tepi batas tanaman secara menegak
Pokok kurang dapatkan cahaya matahari sepenuhnya
Untuk pokok hidup subur dan sihat cahaya matahari adalah sumber penting yang diperlukan oleh tanaman
Untuk pokok menjalankan proses fotositensis dan aktiviti metabolisma bagi penghasilan makanan sendiri
Cahaya matahari juga diperlukan dalam proses transpirasi untuk membekalkan air dan mineral terlarut (nutrien) yang terdapat di dalam tanah untuk diserap oleh akar kemudiannya ke seluruh bahagian pokok seperti daun, batang, bunga dan buah supaya dapat digunakan oleh pokok untuk membesar dengan baik dan sempurna
Jika cahaya matahari kurang, berkemungkinan nutrien tidak dapat diserap sepenuhnya oleh pokok dan pertumbuhan akan menjadi terbantut dan penghasilan buah kurang berkualiti serta bunga juga akan gugur apabila pokok dalam keadaan tidak sihat kerana kekurangan nutrien untuk pokok membesar
Cara Mengatasi
Pastikan pokok menerima cahaya sekurang-kurangnya 4-6 jam sehari sama ada cahaya pagi atau petang untuk penghasilan buah yang lebih berkualiti dan sihat
Terlebih penggunaan baja
pokok akan menghasilkan lebih banyak daun berbanding bunga apabila terlebih nitrogen. Oleh itu, pembajaan dengan baja NPK (12:12:17) atau baja buah yang tinggi unsur kalium berbanding nitrogen adalah perlu untuk membantu tumbesaran bunga bagi penghasilan buah
Apa itu NPK. N adalah untuk nitrogen yang berfungsi untuk akar membesar sihat, P untuk Phosphorus bagi tumbesaran daun dan K untuk potasium bagi penghasilan buah yang berkualiti
Seperti yang ada dalam Baja MILAGRO.
Untuk pokok durian, ketika pokok mengeluarkan bunga tak digalakkan membaja kerana baja tersebut bersifat panas dan boleh menyebabkan bunga durian kering dan gugur
Cara Mengatasi
Cantas sebahagian daun bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru dan bunga
Gunakan baja MILAGRO 2 minggu sekali di awal bunga pertama muncul bagi menggalakkan pertumbuhan bunga dan menguatkan sel tisu tumbuhan supaya putik bunga tidak mudah gugur
🌳Jadi bunga pokok gugur ada sebab nya. Kita perlu kenal pasti ia bagus untuk pokok kita atau tidak dan cara mengawalnya.
🌳Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda yang lain
🌳 Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman boleh cuba buat dirumah! Kita geng!
Jom join group facebook Geng Kebun Organik 😍
Best FS No Deposit Bonus Codes 2021 - CINCASINO
ReplyDeleteBest FS 메리트 카지노 쿠폰 No Deposit Bonuses · Bet365 · BetVictor · 888 Casino · LeoVegas. $10 worrione Free No Deposit Welcome Bonus 메리트 카지노 · Betway Casino · Caesars