Showing posts with label tanaman organik. Show all posts
Showing posts with label tanaman organik. Show all posts

Sunday, June 27, 2021

NAK TAHU KENAPA BUNGA POKOK GUGUR? INI DIA 5 SEBAB BUNGA POKOK GUGUR & CARA MENGAWAL UNTUK HASIL TANAMAN YANG SIHAT DAN CANTIK

  • Tak tahu nak buat apa time PKP ni? Ada masa terbuang macam tu je. Nak jana side income time ni, tapi tak tau nak buat apa?

  • Haa, jom sini saya kongsikan kepada anda. Mesti ramai yang suka bercucuk tanam di rumah kan. Lagi-lagi kepada suri rumah dan mereka yang sudah pencen.

  • Jom saya sharekan kenapa bunga pokok gugur walaupun pokok belum matang lagi dan cara bagaimana nak atasi masalah ini.

  • Kebiasaan nya anda mesti ada mengalami masalah ini kan. Pokok bunga semalam segar je mekar tengok-tengok harini dia layu dan gugur.

  • Baru nak petik bunga dah gugur dan tak dapat lebah nak hinggap untuk buat pendebungaan 

  • Ia sangat penting untuk kita kawal kerana:

  • Pokok bunga kelihatan sihat, cantik dan menarik

  • Berlaku pendebungaan secara semula jadi oleh serangga


  1. Pokok kekurangan nutrien yang lengkap untuk membesar


  • Apabila pokok kekurangan baja atau nutrien tertentu yang diperlukan dalam pertumbuhan putik bunga atau buah, ini akan menyebabkan bunga gugur sebelum matang

  • Selain unsur utama yang penting untuk tumbesaran pokok, kekurangan unsur lain seperti kalium, kalsium, boron, magnesium dan asid amino juga merupakan antara penyumbang putik bunga ini gugur sebelum waktu matangnya

  • Juga boleh berlaku apabila kadar penyerapan nutrien tidak berkesan dan tidak sampai diserap oleh pokok melalui dahan


     Cara Mengatasi

  • Pastikan pembajaan dilakukan secara berkala, lakukan pembajaan dengan baja MILAGRO satu kali untuk dua minggu.

  • Baja MILAGRO mempunyai bahan utama seperti tahi ayam yang telah diproses, ia diletakkan dua minggu sekali di tepi pasu untuk memperbaiki struktur tanah dan menggalakkan aktiviti mikrob di dalam tanah

  • Boleh guna Natural Plant Vaccine (NVP) yang mempunyai bahan Chitosan iaitu bahan polimer yang diperbuat daripada kulit udang bagi membantu penyerapan nutrien dan sebagai perangsang tumbuhan dan menguatkan daya tahan pokok pada penyakit


  1. Pendebungaan tak berlaku secara semula jadi oleh serangga (natural pollination)

  • Bunga akan gugur apabila pendebungaan secara semula jadi oleh serangga tidak berlaku

  • Untuk sesetengah pokok jika bunga gugur adalah normal. Seperti pokok cili, bunganya gugur pada kali pertama pokok berbunga.

  • Ada beberapa jenis pokok mempunyai jantina jantan dan betina dalam satu pokok

  • Pokok akan mengeluarkan bunga jantan 2 minggu lebih awal berbanding bunga betina

  • Apabila tiada bunga betina pada masa itu, bunga jantan akan gugur dengan sendiri kerana tidak berlaku pendebungaan secara semula jadi

  • Contohnya, seperti pokok labu, peria, timun dan tembikai. Pokok jenis yang menjalar.

  • Ada juga pokok yang mempunyai dua bahagian reproduksi iaitu jantan (stamen: anther, filament) dan betina (carpel: stigma, style, ovary, ovule) dalam satu kuntum bunga seperti terung, bendi, tomato dan bunga raya. 

  • Ada juga pokok yang mempunyai satu bahagian reproduksi sahaja, sama ada ia pokok jantan atau pokok betina seperti pokok kelapa dan pokok betik. Bunga akan gugur jika tiada pendebungaan berlaku.

  • Pendebungaan boleh berlaku melalui agen pendebungaan seperti angin, serangga dan manusia . 

  • Jika sesuatu tempat tiada angin atau serangga (Natural pollination) seperti lebah, kelulut, kumbang, semut, rama-rama atau kupu-kupu, pendebungaan sukar berlaku dan ini menyebabkan bunga yang tidak dapat disenyawakan akan kering dan gugur

  • maka bantuan manusia diperlukan untuk membantu pendebungaan (Hand pollination).

 

 Cara Mengatasi 

  • Lakukan pendebungaan secara manual atau hand pollination dengan cara menemukan bahagian bunga jantan (anther) kepada bahagian bunga betina (stigma)

  • Bagi pokok yang mempunyai dua bahagian reproduksi iaitu jantan dan betina dalam satu kuntum bunga seperti pokok cili, tomato, terung dan bendi, boleh juga guna cara dengan menjentikkan sikit tangkai bunga supaya bahagian bunga jantan yang mengandungi debunga dapat bertemu dengan bahagian bunga betina dan seterusnya membantu proses pendebungaan

  • Kaedah mudah untuk kita kenal mana satu bunga jantan dan bunga betina adalah kebiasaannya pada bunga betina kita akan dapat melihat bentuk buah dibawah kelopaknya berbanding bunga jantan yang tiada putik buah


  1. Keadaan cuaca yang panas

  • Cuaca yang terlalu panas akan menyebabkan pokok stress dan bunga pokok akan gugur untuk pokok terus hidup “survive” 

  • Keadaan yang panas pokok akan kekurangan air, pokok tak dapat untuk salurkan air  sepenuhnya kepada tumbuhan.

  • Penyerapan air di dalam tumbuhan menjadi perlahan dan bunga berada dihujung pucuk.Ia menjadikan bunga pokok gugur dengan cepat sebelum pokok matang 

 

Cara Mengatasi

  • Pastikan tanah sentiasa dalam keadaan lembab dan siram dua kali sehari

  • Pada waktu pagi dan petang

  • Letakkan pokok di tempat yang redup sama ada menggunakan jaring hitam atau letakkan tumbuhan di bawah teduhan pokok besar

  • Menggunakan kaedah sungkupan/mulching untuk menutup permukaan tanah dengan silvershine, sabut kelapa, dedaun gugur, jerami padi, rumput kering untuk kekalkan kelembapan tanah

  • Kaedah ini sesuai untuk tanaman terus pada tanah

  • Letakkan di bahagian tepi batas tanaman secara menegak


  1. Pokok kurang dapatkan cahaya matahari sepenuhnya

  • Untuk pokok hidup subur dan sihat cahaya matahari adalah sumber penting yang diperlukan oleh tanaman

  • Untuk pokok menjalankan proses fotositensis dan aktiviti metabolisma bagi penghasilan makanan sendiri

  • Cahaya matahari juga diperlukan dalam proses transpirasi untuk membekalkan air dan mineral terlarut (nutrien) yang terdapat di dalam tanah untuk diserap oleh akar kemudiannya ke seluruh bahagian pokok seperti daun, batang, bunga dan buah supaya dapat digunakan oleh pokok untuk membesar dengan baik dan sempurna

  • Jika cahaya matahari kurang, berkemungkinan nutrien tidak dapat diserap sepenuhnya oleh pokok dan pertumbuhan akan menjadi terbantut dan penghasilan buah kurang berkualiti serta bunga juga akan gugur apabila pokok dalam keadaan tidak sihat kerana kekurangan nutrien untuk pokok membesar

 

Cara Mengatasi

  • Pastikan pokok menerima cahaya sekurang-kurangnya 4-6 jam sehari sama ada cahaya pagi atau petang untuk penghasilan buah yang lebih berkualiti dan sihat



  1. Terlebih penggunaan baja

  • pokok akan menghasilkan lebih banyak daun berbanding bunga apabila terlebih nitrogen. Oleh itu, pembajaan dengan baja NPK (12:12:17) atau baja buah yang tinggi unsur kalium berbanding nitrogen adalah perlu untuk membantu tumbesaran bunga bagi penghasilan buah

  • Apa itu NPK. N adalah untuk nitrogen yang berfungsi untuk akar membesar sihat, P untuk Phosphorus bagi tumbesaran daun dan K untuk potasium bagi penghasilan buah yang berkualiti

  • Seperti yang ada dalam Baja MILAGRO. 

  • Untuk pokok durian, ketika pokok mengeluarkan bunga tak digalakkan membaja kerana baja tersebut bersifat panas dan boleh menyebabkan bunga durian kering dan gugur

 

Cara Mengatasi

  • Cantas sebahagian daun bagi menggalakkan pertumbuhan pucuk baru dan bunga

  • Gunakan baja MILAGRO 2 minggu sekali di awal bunga pertama muncul bagi menggalakkan pertumbuhan bunga dan menguatkan sel tisu tumbuhan supaya putik bunga tidak mudah gugur


    🌳Jadi bunga pokok gugur ada sebab nya. Kita perlu kenal pasti ia bagus untuk pokok kita atau tidak dan cara mengawalnya.


    🌳Anda minat bercucuk tanam. Jom kongsikan maklumat ini pada rakan-rakan anda yang lain


    🌳 Kalau hobi anda semua memang suka berkebun , sukakan tanaman boleh cuba buat dirumah! Kita geng!


    Jom join group facebook Geng
    Kebun Organik 😍

Wednesday, June 16, 2021

PKP TAK TAHU NAK TANAM APA! JOM TANAM HALIA. INI DIA 5 TIPS MUDAH TANAM HALIA DALAM PASU ATAU POLIBEG TIME PKP


Halia merupakan sejenis tumbuhan yang digunakan dalam masakan sebagai rempah yang berakar dan mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan dan perubatan kepada tubuh badan manusia. Pada zaman dinasti China, halia digunakan sebagai ubat untuk loya, membantu kawal kolestrol dan mengawal kesakitan haid. 

Halia disebut dalam Al-quran Surah Al-insan ayat (Q:76:17),  firman Allah yang  bermaksud “Dan mereka dalam syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya halia (zanjabil) ”. Fungsi halia dalam masakan adalah memberikan aroma dan penyedap dalam masakan. Tetapi ianya juga memberi manfaat untuk manusia. Antara khasiat yang terdapat dalam halia sebagai ubat ialah:


  1. Merawat kembung perut dan sakit perut

  2. Membantu penghadaman makanan lebih lancar

  3. Membantu mengeluarkan angin dalam badan

  4. Mengekalkan peredaran darah secara normal 

  5. Membantu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam usus (merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang bantu penyerapan nutrien).

  6. Mencegah demam dan selsema

  7. Mencegah barah usus

  8. Mnegurangkan kesakitan dan keradangan

  9. Melawan masalah pernafasan

  10. Menguatkan imuniti 

  11. mengurangkan risiko strok dengan cara menghalang lemak melekat pada arteri

  12. Untuk jus halia ianya dapat menghilangkan lendir dan kahak 


Kebanyakannya, halia yang dibeli tidak digunakan kesemuanya. Ada yang kecut sebab terlalu lama disimpan di dalam peti ais yang bersuhu sejuk. Jika ada halia yang disimpan sudah mengeluarkan tunas anda boleh tanam menggunakan tunas tersebut sebagai benih untuk tanaman halia. 

 

Cara tanam halia yang paling mudah dipraktikkan:



  1. Cuci halia dan potong halia mengikut mata tunas yang sudah tumbuh


  • Perlu potong tanpa melukakan tunas halia

  • Pastikan alatan pemotong bebas daripada patogen seperti bakteria, fungus dan sebagainya

  • Kerana ia akan bertindak balas terhadap permukaan halia yang terbuka selepas dipotong

  • Potong halia seperti di dalam gambar di bawah:




  1. Rendamkan halia kedalam air bancuhan racun kulat selama 1-2 hari


  • Racun kulat menggunakan ‘Dithane NT’. Bancuh racun menggunakan sukatan yang disyorkan.

  • Racun kulat berfungsi untuk membunuh kulat atau fungi yang ada pada halia

  • Dengan rendaman juga melembapkan kulit halia dan menggalakkan pertumbuhan akar lebih mudah untuk keluar daun baru dan membuat proses fotosintesis untuk pokok membesar

  • Jika tidak mahu rendam boleh pakai ‘hormon penggalak akar’ sebagai penggalak untuk akar tumbuh lebih cepat dan mengelakkan pokok terbantut

  • Ada dua jenis hormon penggalak akar iaitu dari segi serbuk atau cecair.

  • Anda nak bancuh sendiri pun boleh untuk DIY hormon penggalak akar ini. Hanya gunakan bahan-bahan di dapur sahaja.



  1. Keringkan halia selama setengah hari (tidak terlalu kering)


  • Mengelakkan jangkitan kulat pada halia kerana kulat akan cepat tumbuh dalam keadaan lembap 

  • Keringkan dengan cara menyelerakkan halia untuk proses pengeringan di bawah cahaya matahari



  1. Tanamkan ke dalam pasu atau polibeg dengan media tanaman yang sesuai 


  • Tanah atas (top soil), sabut kelapa (cocopeat) dan baja Milagro. Menggunakan nisbah 2:1:1.  

  • Fungsi sabut kelapa ialah sebagai bio udara kepada tanah dengan memberikan pengudaraan yang baik untuk tumbesaran akar dan tanaman. Campuran dalam cocopeat mempunyai perlite untuk mengurangkan masalah pengudaraan akar.  

  • 2 scope untuk tanah, 1 scope untuk sabut kelapa dan 1 sudu untuk baja Milagro. Campurkan ke semua media tanaman dengan sebati.

  • Masukkan ke dalam polibeg ¾  dengan saiz polibeg 16 inci x 16 inci.

  • Manakala pasu perlu berisipadu 15Liter ke atas dengan ketinggian pasu 30 cm dan ukurlilit 25cm agar akar halia dapat berkembang dengan bagus.

  • Buatkan lubang sebesar 2 inci dibahagian tengah polibeg.

  • Masukkan halia ke dalam tanah dan timbuskan dengan tanah. Jangan timbus terlalu dalam untuk mengelakkan tunas halia terhalang untuk membesar


  • Tunas juga memerlukan cahaya matahari untuk pertumbuhan daun baru bagi proses membuat makanan (fotosintesis).

  • Siramkan halia yang baru ditanam dan letakkan di tempat yang teduh untuk 1 - 2 minggu.

  • Selepas 2 minggu tunas pokok mula tumbuh dan pokok halia hasilkan daun yang baru, pindahkan pokok ke tempat tanaman yang terdedah kepada cahaya matahari.



  1. Siram pokok halia sebanyak 2 kali sehari (pagi dan petang) dan membaja pokok sebanyak 2 minggu sekali.


  • Halia adalah tanaman yang banyak memerlukan baja berbanding tanaman lain. 

  • Sebelum membaja pastikan tanah perlu digemburkan dahulu dan buangkan rumput yang tumbuh di kawasan tanaman. Jumlah untuk membaja ialah sebanyak 1 sudu teh dengan menggunakan baja MilAgro.

  • Pastikan siram pokok halia di kawasan tanah tanaman dan air mengalir dengan lancar melalui lubang polibeg.

  • Tujuannya adalah untuk mengelakkan air bertakung di dalam polibeg dan menyebabkan pokok mati. 

  • Dengan simptom daun pokok halia kekuningan.Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat melakukan proses fotosintesis dengan lancar untuk memberikan makanan kepada pokok dan menyebabkan pokok terbantut dan mati.




Menanam halia di dalam pasu atau polibeg sangat sesuai untuk suri rumah atau pekebun kecil. Selain itu, jika tiada kawasan tanah yang luas untuk menanam juga boleh menggunakan cara ini. Tiada halangan untuk mereka yang duduk dikawasan rumah untuk bercucuk tanam jika tidak mempunyai tanah untuk menanam.


Anda minat menanam. Jom kita bercucuk tanam di laman rumah 😊


Nak tau lebih lanjut jom tekan link di bawah:


                                                                                    CARA TANAM HALIA



Anda suka bercucuk tanam! Kita geng! Jom join group facebook GengKebunOrganik😍 untuk anda tau lebih banyak tips tanaman yang dapat memberi manfaat kepada semua.

Tuesday, June 1, 2021

5 CARA DAPATKAN ANAK POKOK PISANG YANG BANYAK MENGGUNAKAN BONGGOL PISANG DENGAN MUDAH


 Pokok pisang merupakan tanaman yang popular dan mudah dijumpai di Malaysia. Kebanyakan tanaman pisang di tanam secara komersial dan kecil-kecilan oleh peladang dan pekebun kecil. Disebabkan oleh permintaan pisang yang tinggi ia menjadi antara tanaman penting di Malaysia. Kebanyakan pisang yang dimakan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisiana. Pisang adalah sekumpulan tanaman berbuah dan herba yang diketahui berasal dari kawasan tropika. 

    Berdasarkan kajian, tanaman pisang dianggap berasal dari rantau Asia Tenggara, terutama semenanjung Tanah Melayu, Filipina dan India. Tumbuhan ini juga dikelaskan sebagai tanaman monokot atau biji tunggal. Pisang bukanlah pokok kayu kerana tidak mempunyai batang kayu. Salah satu keunikan tanaman ini ialah menghasilkan buah dalam jumlah banyak.

    Pisang adalah buah yang sangat berkhasiat yang merupakan sumber vitamin, mineral dan karbohidrat yang bagus. Antara kelebihan dan khasiat nya ialah:
1. Mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 
2. Kulit pisang dapat digunakan untuk membuat cuka melalui proses penapaian alkohol dan cuka 
3. Menurunkan tekanan darah
4. Mengatasi masalah sembelit
5. Memberi tenaga dengan segera
6. Mengurangkan cirit-birit

    Untuk menanam pokok pisang, cara yang mudah ialah kita menggunakan anak pokok pisang yang tumbuh di tepi pokok pisang.


    
    Ia menjadi kebiasaan untuk petani dan pekebun-pekebun kecil untuk pokok pisang tumbuh dengan banyak dan cepat. Ia sesuai untuk pekebun kecil sahaja untuk kaedah ini kerana ia tidak memerlukan kuantiti anak pokok pisang yang banyak. Untuk mereka yang mempunyai ladang kaedah yang sesuai untuk menanam pokok pisang ialah dengan menggunakan bonggol pisang.


    Kebiasaan, dari bonggol yang telah di tebang pokok nya untuk tujuan di tuai,
ia mampu menghasilkan lebih daripada 5 anak pokok dalam satu masa. Namun ia bergantung kepada jenis dan saiz bonggol pisang.


CARA-CARA

Berikut adalah cara-cara penghasilan anak pokok pisang dari bonggol nya.
1. Pilih bonggol pisang yang sihat dan bersihkan dari segala kotoran.

    Kenapa kita perlu ambil bonggol pisang yang sihat? Ia untuk mengelakkan anak pokok yang kita tanam bebas daripada penyakit. Pokok pisang sangat mudah dan sensitif untuk terkena serangan penyakit. Penyakit yang popular mudah dijangkiti pokok pisang ialah pokok layu akibat bakteria yang menyerang batang dan daun pokok pisang. Daun pokok pisang menjadi kuning dan bertukar coklat dan menyebabkan dahan layu dan mati. Menyebabkan tempoh pengeluaran hasil menjadi lambat. Jadi pastikan akar bonggol pisang tidak diserang bakteria Ralstonia solanacearum. Macam mana anda nak tahu diserang bakteria? Pastikan bonggol yang kita ambil daripada pokok pisang yang sihat dan daun tidak kekuningan atau layu. Kebiasaannya, bonggol pisang juga akan layu.

2. Potong bonggol pisang mengikut kesesuaian mata tunas. Kebiasaannya, saiz yang digunakan adalah 12 x 12cm.

    Pastikan pisau atau parang yang anda gunakan untuk memotong tajam dan bersih. Maksud bersih di sini ialah alatan memotong bebas daripada sebarang penyakit daripada tanaman lain untuk mengelakkan bonggol pisang dijangkiti


3. Bonggol yang telah siap dipotong tadi direndam ke dalam larutan anti fungus, dan racun serangga selama 15 minit

    Kenapa perlu direndam ke dalam larutan anti fungus? Ia untuk menghapuskan fungus atau bakteria yang ada pada bonggol pisang tersebut. Elakkan akar pokok dijangkiti penyakit dan menyebabkan tanaman mati
Jumlah larutan perlu mengikut sukatan yang telah ditetapkan.


4. Benih yang telah direndam boleh ditoskan dan terus disemai ke dalam medium semaian.
Pastikan benih tidak terlalu basah semasa disemai atau ditanam

    Untuk medium semaian bonggol pisang, ia memerlukan tanah yang mempunyai saliran yang baik. Oleh itu, medium serbaguna yang telah siap perlu dicampur dengan pasir pada nisbah 1:1. Jangan lupa campurkan baja Milagro pada medium tanaman anda sebanyak 1 sudu teh dan gaulkan dengan sebati.

5. Semaian perlu disimpan di bawah tempat tertutup untuk tempoh 1 bulan. 

    Setelah 1 bulan, pindahkan ke tempat terbuka. Setelah anak pokok berusia 3 bulan, barulah ia sesuai ditanam terus di tempat kekal.



    Antara tip penting tanaman pokok pisang yang ramai tak tahu! Macam mana kita nak dapatkan buah yang sihat, subur dan banyak. Ini dia tips penting yang mudah kita praktikkan:

1. Selepas 3 bulan anak pokok pisang membesar dan kita pindahkan di kawasan yang luas (Kawasan tanaman).
2. Jika jantung pisang sudah keluar kita boleh cantas daun pokok pisang di bahagian bawah. Kita tinggalkan 5-6 helai daun pisang.
3. Bila jantung pisang sudah dibuang, cantas daun pisang juga. Tinggalkan 4 helai daun pisang.
4. Apabila ada 2-3 daun layu, buah pisang boleh dipetik dan bahagian atas pokok pisang boleh dipotong.
5. Tinggalkan separuh bahagian batang pokok pisang untuk menggalakkan tunas baru tumbuh. Mengapa perlu dicantas daun tersebut? Tujuan nya adalah untuk:

    Untuk mempercepatkan proses pokok berbuah dengan cepat, mengurangkan persaingan nutrien yang diperlukan oleh buah dan daun pokok pisang dan menjadikan pokok pisang mengeluarkan hasil yang sihat dan subur.

Haa ada yang tahu tak tips penting ni! Mesti ada yang baru tahu kan. Kita geng! Jom kita bercucuk tanam.

Jom join Facebook page kami di Geng Kebun Organik 😊


3 JENIS POKOK BUNGA HIASAN INDOOR YANG MUDAH DITANAM DI DALAM RUMAH

Tak ceria rumah tanpa pokok hiasan hidup tiada diruang tamu. Kebanyakan suri rumah menggunakan pokok hiasan palsu untuk diletakkan di ruang ...